Tuesday, April 26, 2011

Macam-Macam-Ada

Geram tengok toys yang banyak tu kan?...Masuk² pintu aku dah ternganga jap...humang aiiiii... Cuba tengok Alany, cam tak keruan je. Itu nak pegang, ini nak pegang...sama gelabah cam mamanya....:D

Okay showroom tersebut terletak di TTDI.  Showroom ni dibuka setiap hari kecuali Isnin, 10 pagi sampai 6 petang. Please note yang showroom tu adalah rumah keluarga dan barang² tersebut diletakkan di sekitar living hall and dining area....perggghhhh!!! Kalau rumah aku ntah apalah akan jadi...family rajen bertandang ..:P Korang boleh terjah dunia-idaman-kanak² kat sini.   Fyi, mostly barang kat situ adalah preloved item, tapi ada jugak yang baru. Semestinya kalau dah preloved tu haruslah nak tengok dulu condition macam mana kan. Macam ada 1 toy tu, aku dah berkenan sangat...tapi bila test pasang bateri, tak berbunyi plak... enchek..enchekk sound diaaaaa rosakkkk...hehehe. 

Selain di MMA, kowang boleh check sini juga...jom cuci mata...dah gaji kan :D


http://thetottoys.blogspot.com

http://secondbargainbox.blogspot.com

http://babyroomclearance.blogspot.com
 
http://tinystars-outlet.blogspot.com


Owh ya... mencari kiddies wear??? Sila ke AFAMAYA ONLINE STORE.. Mention my name leh dapat murah... :P

Monday, April 25, 2011

Branded toys murah

Cuci mata dulu la ye. Sorry takda caption.  
Let the pictures portray everythings…ewahhh :P










Thursday, April 21, 2011

Bagaimana mengajar anak memberus gigi


Masa Alany takda gigi lagi, aku ada la ushar² berus gigi untuk bayi. Sebab rasa comey² pastu cantik² je design. Tambahan pula ubat gigi ada pelbagai flavour. Rasa besh je. Bila Alany dah tumbuh gigi, aku boleh terlupa plak.. sampailah dah ada 4 batang ni tetiba wujud kesedaran. *Padahal kesedaran tu wujud bila aku mengusha website PUREEN pagi tadi...muahaha hampeh* 

 Gigi kapak yang besar dan jarang

Orang kata mencabar nak gosok gigi anak ni. Tak taw la camna peel Alany nanti...Harapnya senang lah. Bila aku tekap² guna towel, mesti dia dok gigit towel tu. Pastu gelak² bila aku suruh lepaskan... kelako beno gamaknya. Google punya google, aku terjumpa info ni.


Pemberusan gigi anak anda - Bila dan Bagaimana?
 
Mengajar anak memberus gigi adalah sangat penting. Tentu ramai yang mempunyai masalah yang anak mereka tidak suka memberus gigi atau tidak mahu diberus giginya oleh anda. Bagaimana anda mahu memupuk sikap suka memberus gigi dikalangan anak anda? Bagaimana cara memberus gigi anak anda?


Bayi

Kunci utama untuk memupuk tabiat suka memberus gigi adalah memulakannya dari AWAL. Paling bagus jika anda memulakannya beberapa hari selepas lahir. Selepas bayi anda menyusu, lapkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dengan kain lembab. Ini bertujuan untuk:
1. Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dari plak yang terbentuk
2. Membiasakan anak anda merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya anak      anda tidak akan berasa tidak selesa atau takut apabila anda mahu menggosokkan giginya kelak


Selepas 6 bulan

Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh apabila umur bayi anda sekitar 6 bulan. Biasanya gigi bawah di bahagian hadapan akan tumbuh. Ada yang tumbuh awal dan ada juga yang tumbuh lambat jadi jangan risau sekiranya hal ini terjadi. Selepas gigi pertama tumbuh, anda boleh membeli berus gigi bayi. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi di pasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk seperti berus gigi biasa. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana sesuai untuk bayi anda. Pastikan berus gigi itu cukup kecil dan mempunyai berus yang lembut.


Ubat gigi

Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang berusia di bawah 18 bulan. Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida selepas anak anda berusia 2 tahun( apabila anak anda sudah tau berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana, jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih – kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai untuk digunakan.


Cara memberus gigi anak anda

Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.

1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.

2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.

3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.

4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.

5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.

5. Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.

6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.


Apa perlu buat jika anak tidak mau memberus gigi

Ada kanak-kanak yang tidak suka anda menggosok gigi mereka. Mereka mahu membuatnya sendiri. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan menggosok gigi dengan betul kerana mereka masih tidak tahu menggunakan berus gigi dengan betul. Jadi, anda perlu memberus semula gigi anak anda selepas anak anda memberusnya. Anda juga boleh mencuba beberapa tip untuk menjadikan aktiviti memberus gigi disukai anak anda:

1. Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang seronok dan bukannya satu tugas yang perlu dibuat oleh anak anda setiap hari

2. Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi.

3. Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya

4. Nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan

5. Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi

6. Jangan gunakan paksaan semasa memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi


Jika anda jadikan gosok gigi ini seperti sesuatu yang menyeronokkan tentu anak anda sukakannya. Anak anda juga akan suka memberus gigi jika mereka melihat anda memberus gigi. Mulakan dari awal, supaya senang mendidik anak menggosok gigi kelak. Ingatlah bahawa gigi anak anda amat penting walaupun gigi itu akan diganti dengan gigi kekal kerana tanpa gigi, anak anda akan menghadapi masalah untuk makan dan boleh mengganggu tumbesaran mereka.

Selamat mencuba! Kredit info to Dr. Leen - Gigi Sihat Senyuman Menawan


Pitam baca ya?... Aku gigih membuntangkan mata ok. Mak cetek ilmu. Owh barulah faham, untuk bayi bawah 2 tahun, tak perlu guna ubat gigi. Maka lambatlah lagi aku dapat menerai ubat gigi perisa buah-buahan... kwangkwangkwang....


Silicone Baby Toothbrush Gum Massager  
Saya mesti pilih!

Features:

  • BPA Free

  • Made of soft and durable silicone, moulded in a single piece

  • Dimples for massaging baby’s gum

  • Soft bristles for cleaning baby’s teeth

  • With a casing for easy storage




  •   Untuk yang 2 tahun ke atas, boleh cuba ini - tanpa florida       

    Bertambahlah list aku nak menyopping kat Pureen Warehouse Sale. Ada sesapa yang pergi tak? InsyaAllah Sabtu pagi, aku ada di sana... kot terlanggar bahu ke, tertolak perut ke tegur² la sambil berkata "eh comey jugak mama Alany ni yer"... hehehe...

     Saya mesti pergi!

    Monday, April 18, 2011

    April, Eighteen ..


    Today is the day
    .
    .
    .

    Episod terakhir drama Gemilang
    alaaa sedihnya dah last... rindu cikgu saif...
    .
    .
    .

    Pelancaran Imam Muda musim ke-2
    .
    .
    .

    Happy besday En. Fazley Yaakob
    boss lama ok! errr ada keje kosong lagi tak?...:P
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    .
    .
    Dan disebabkan hari ini 18 April, dengan itu saya merasmikan pelancaran Ipad2 di Malaysia....hehehehe


    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    Owh tak lupa juga....Yeay!!! TQ to Nuffnang & TGV......next year bagi lagi ye... :D

    Friday, April 15, 2011

    Keistimewaan tahun 2011


    Artikel ni aku dapat dari FB Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Just to share with others.. kesinambungan entry ONEs

    " Di antara kebesaran Allah pada tahun 2011, ada 4 tarikh yg luar biasa:

    (1) 1.1.11
      (2) 11.1.11
      (3) 1.11.11
        (4) 11.11.11

    Sekarang cuba sahabat sekalian ambil 2 digit terakhir tahun anda lahir, campurkan dgn umur anda tahun ini. Jwpannya ialah: 111. Amat menakjubkan ciptaan Allah...
    SUBHANALLAH.. Moga bertambah syukur kita kpd NYA."

    " Pada bulan oktober nanti akan ada 5 kali hari ahad, 5 kali hari isnin dan 5 kali hari sabtu. Ini hanya akan terjadi sekali setiap 823 tahun "


    Aku lahir tahun 80 + 31 umur tahun ni = 111
    Sampai ke situ sekali manusia mengkaji. Subhanallah...hanya Allah Yang Maha Mengetahui....


    Thursday, April 14, 2011

    Jalan² ke Cameron Highlands

    Walaupon baju² dok pakai pi cameron dah habis basuh, jagung susu dan mutiara pon dah habis rebus, cuma sayur² je tinggal sebaki dua...mak tooootaaaaaaap nak letak gambo kat sini... hehehe... biasa la i, cerita dah basi baru nak update. I busy hokeh! *eleeeehh* . Takpala...esok² aku jugak nak tengok balik... cam skaranglah, bila bosan suka je tengok fotopages zaman aku kurus² remaja dulu...

    sejuk  mata memandang keindahan alam.... rasa 'fresh' ada kat sini...

     m.u.n.g.e.r ...munger

    gadis dan bunga...auww

    bukanlah ke Cameron Highlands kalau takde gambo strawberry

     semestinyaaaaaaa.... stobelly cicah coklat

     makan on the spot memang sedap... simpan² kalu manyak kureng...

     pick your own... 
    untuk 3 orang RM20 bersamaan 1/2kg strawberry..lebih kalu kena bayar lagi

    Gambo kenang-kenangan

    Cactus Point... munger² pon ada juga

    Gambo bukti berada di Cactus Point

    Gambo kenang-kenangan lagi... Alany muncung

    Ada paparazi...
    So mak feel macam Jessica Alba pergi shopping....sila muntah hokey!

    sebagai seorang yg suka sayur, aku jadik mereng sekejap tengok sayur segar bugar ni..beshnya cicah ngan thousand island...

    Lagi gambo bukti kat pasar apa ek?... ha dekat Rose Valley. Time ni parents aku ntah ke mana... memborong jagung gamaknya...

    Gambor kenang-kenangan membeli sayur kat Cameron...ahaks!

    Owh ni ha 2 insan bercinta...sedonden je kan... mak aku ni ada sikit kepantangan kalau pi cameron...hahaha pantang tak beli payung strawberry... suka no buat koleksi... aku suka jugak, tapi tak beli sebabnya nanti kompem buat menyemak... ate nak pakai sayang...belek gelang pearl ya mak...takpa tunggu kita pi KK nanti eks...lagi cun².

    Penginapan kami di Royal Lily apartment.
    Walaupon rupa luarannya biasa² aja...tapi pepatah orang putih mengatakan don't judge a book by its cover...hahahaha....besh, puas hati...siap boleh masak ayam masak kicap ok!... berminat? Sila hubungi Puan Hafizah 012-2919385.

    Sekian entry cameron...lebam nengok gambo...

    Wednesday, April 13, 2011

    Monday, April 11, 2011

    Family gathering

    Bertempat di Taman Sutera, Kajang. Patotnya aku jadik tuan rumah, tapi kensel. InsyaAllah minggu depan turn aku plak. Nak masak apa eh?... asyik makan nasik jemu plak... Sebenarnya, family gath ni memang acara bulanan kami adik bradik. Tapi selalunya jadik aktiviti mingguan, sebab hampir tetiap minggu kami berkumpul... hehehe...Aku malas nak update selalu pasal family gath ni, kang blog aku jadik blog makan² je...muahahaha


    Aku buat tauhu sumbat ngan goreng ayam jew... Ada kerang rebus, sambal sotong, kari kepala ikan merah....terbaeekkk! Sama sedap je dengan kari kepala ikan Kg. Attap yang aku beli dengan rege RM100 sekepala tu. Salah siapa kalau aku gemok... ha cuba cakap...salah siapa?


    Semestinya... Chocolate Indulgence by SR. Owh hujung tu ada nugget first pride. Memang betul kata Puan Ana.. sedap weh...tu yang black pepper punya


    Alhamdulillah...cucu no 2 bongsu tok nan dah boleh berjalan sendiri. Anak sedara aku ni dah setahun lima bulan. Sebelum ni punyalah tkmo berjalan unless ada orang pegang dia. Tiba² nak berjalan sendiri... udahnya asyik berjalan keliling rumah... balas dendam gamaknya... hahahaha ...caiyok Hadif!!!


    But pity my baby, tetiba demam mengejut. Nak berdukung je. Sudahnya melekap je kat mama.. demam nak tumbuh gigi lagi rasanya ni... syiannn baby. Alhamdulillah 2 kali makan ubat terus kebah....lega! Seriau dah anak demam² ni...

    So how's your weekend bebeh? Alamak baru teringat gambo gi CH tak update lagi...hehehe kelupaan gue..aku sokmo gitu...:D

    Thursday, April 7, 2011

    MilkADeal, Groupsmore, Superdeals dan yang sama sepertinya ..

    Sangat boleh membuatkan aku pokai...huawawawa.. Geram dowh memurah ja semua. Semua spa aku nak pergi, semua makan² aku nak try... ekkekeke... Sebelum ni usha² je, tapi bila terpandang part photoshoot murah dengan khidmat professional... terus mak tak terkawal.. Bahaya kalau usha selalu... sungguh membuatkan poket terbarai sebelum waktunya. 

    Jadiknya terbeli suda. Masa beli tu tetiba tamak... ingat nak amik 2 slot skali sebab unlimited purchase.. tapi nasib baiklah nasihat laki aku terngiang-ngiang di kepala... 'berpada-padalah kalau nak berbelanja' ewahhhh..

     

    Ha yang nak beli tu, meh la beli sambil beramal... guna link yang di bawah ini ya... nanti aku dapat RM10...muahahaha...tkpa la, nanti kowang promote kat kengkawan kowang plak... wat lagu ni balik...kowang plak dapat RM10..mekaseh :D

    Alany Sufiyyah at 10 months...

    • Gigi dah ada 3 batang setengah. 
    • Suka tengok iklan. Boleh stop makan atau main bila ada iklan. Iklan kesukaan terkini adalah iklan AF yang ada PakNil. *PakNil memang ada aura kanak²*
    • She loves to stand up so much. Bila berdiri dah boleh duduk sendiri.
    • Suka dibacakan buku. Kekadang nak bagi Alany diam, mama bantai je sebut apa² yang kononnya ada dalam buku tu...hehe
    • Berperang nak pakaikan pampers. Dah tak reti duduk diam.
    • Terer bukak seluar sendiri.. sebab tu mama suka pakai romper je.
    • She able to clap hand siap bunyi pukpukpuk
    • Bila swimming dah boleh kayuh kaki ke depan..eh still pakai floater ok.
    • Penjeles orangnya...tak bolehla mama papa nak manja². Laju je dia datang
    • Pandai main cak² ... comey je nyorok² kat sofa
    • Sebutan papa, mama, atok dan tahtih dah passs, bila sebut Alany..yg keluar adalah aaaaaaaaa
    • Cuba amboiiii, cebek²...pastu melalaklah dia.... aku suka tol menyakat...hehehe
    • Take times nak mesra dengan orang yang jarang jumpa. 
     Mama sayang Alany sangat²...

    Wednesday, April 6, 2011

    Najwa Latif

    Gara² layan video kat blog Shima Lili, skarang aku suka banget kat adik Najwa  ni... Bukan setakat rupa yang cumil, suara pon garau² cumil...pastu pandai main gitar plak...lagilah cumil. Talented with full package! Suka suki je nak rakam kat memana yer, dalam keta, kat padang, tepi laut..nice attempt dik. Suka sangat OST Adamaya ngan Grenade...berulang kali aku layan....Opsss marina, orang kampung ko ni kan? Batu Pahat mariiii....


    Lagu ciptaan sendiri.. "Carta Hati" .. rasa cumil je layan banyak kali...hehehe catchy! The next gadis youtube...

    BLOG / FACEBOOK / YouTUBE Najwa Latif

    Friday, April 1, 2011

    Suratan atau kebetulan..

    Mak aku selalu kaitkan kalau kita terjatuh / terluka dengan keinginan yang membuak-buak terhadap sesuatu. Kira macam kempunan laaa. Wallahualam.. mungkin secara kebetulan saja. 

    Kejadian pertama
    My niece yang masa tu berusia 8 tahun, terjatuh dari buaian kat playground dan berdarah la sikit.  Sehari sebelum pergi playground tu, dia dah kecoh² nak makan nasi tomato. Tapi abg ipar aku wat deeeekkkkkk je tak pergi beli. So bila terjadik insiden tersebut, mak aku dengan segera suruh abah pergi beli nasi tomato.

    Kejadian kedua
    S (nama sebenar) begitu teringin nak breakfast karipap sardin. Tapi disebabkan lambat bangun so lambatlah sampai opis. Dan karipap sardin tersebut dipercayai sudah habis atau mungkin hari tu ada karipap kentang je *anggaran si penulis sebab tak pergi tengok* . Dan akibat keinginan melampaui batas, S (nama sebenar) telah tersadung kakinya ketika berjalan lalu tergolek rabbit. Di mana ketika itu persekitaran jalan raya di bandar kuala lumpur ini adalah sangat sesak. Cuba hangpa bayangkan perasaan S (nama sebenar) dengan keadaan menahan sakit dan malunya ketika itu. Mungkinkah karipap sardin menjadi puncanya?

    Itulah senario yang aku nak gambarkan. Sila bayangkan sendiri. Setiap kejadian tu ada hikmahnya. Macam kejadian pertama, anak sedara aku dapat makan nasi tomato. Kejadian kedua pula, S (nama sebenar) dapat cuti sakit hehehehe... sekian...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...