Monday, October 24, 2011

Ke sabah kita, bah!


Nanti i story mory yer... angin sabah belom kebah lagi...ahaks! 


Wednesday, October 19, 2011

Berkecil hati itu berdosa?

Sumber dari email. Jadik kesahihannya aku tak pasti. Just sharing!
Kisah Ayah dan anaknya
 
" Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati "

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pula yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Wah... Tapi kenapa pula? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah terlena dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ampun Tuhan...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. Orang tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili
So, the conclusion is...
Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

Untuk kengkawan
 
Saya ingin mengambil kesempatan mohon maaf kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri saya… andai ada yang terguris perasaan sepanjang persahabatan kita….maaf ya… ^_^
Untuk dia, aku nak tengok macam mana rupa ko 'mati katak'...YOU MEAN IT! 

Monday, October 17, 2011

Pagi Isnin @ Senayan

Aku pening.
Kepala ada sikit pusing².

Berpunca dari aturan tidur dah berputar. Sabtu, ahad aku tidur ikut suka². Siang berjaga, siang tidur, malam berjaga, subuh tidur.

Ni semua penangan 'ombak rindu' .. 2 hari aku berjaya khatam. 

Okay aku  minum dulu... milo tabur buatan sendiri. Habis taburan milo, aku pi topap lagi... hahaha heaven betol opis ni!
 

Thursday, October 13, 2011

Tebus ganjaran! messssraaaaaaa...

Siapa ada kad mesra petronas?

Okay 1st skali nak kabo yang aku ni agak ketinggalan....

Bukan ketinggalan memiliki kad mesra. Dah bertahun aku sign up kad ni. Dari pakai kad lama, lepas tu kena tukar baru. Orang tukar, aku pon tukar...setakat gitu aje.. benda free, buat sajalah. To be honest, aku tak pernah ambil tahu apa faedahnya. Takda inisiatif langsung!
Pastu last week, aku dapat sms dari kad mesra petronas yang memberitahu points aku dah nak expire.  Dalam hati, aku yakin sangat points aku ciput aje. Jadik takdela joyah² nak mengusha cara nak meredeem points. Tahun-tahun kebelakangan ni memang jarang sangat isi minyak kat petronas...sebab aku prefer Shell lagi. Laju je bertambah points bonuslink. :D


Kebetulan kelmarin memang nak isi minyak. Aku suggest kat husben suh isi minyak petronas. Sesikit points aku tu pon, sayang jugak kalau void gitu aja. Better aku aktifkan kad aku tu balik. Points akan terbatal if kad tak aktif dalam masa 6 bulan. Tapi point juga akan expired after 3 years kalau korang tak redeem². 


''Sila masukkan kad mesra''.
Okay dah masukkan. Sambil ready nak masukkan kad kredit plak.

''Sila angkat nozel dan isikan minyak''.
Ait takyah masuk kad kredit ke? Mesin ni rosak kot?...wah dapat minyak free gitu [dalam kepala] sambil buat muka pelik kehappyan. Bila tengok resit, barulah faham.. Pastu dapat sms pulak dari kad mesra petronas yang mengesahkan penebusan points. Sungguh aku tak tahu points tu boleh diguna untuk redeem petrol.  


There goes all my point.. banyak juga rupernya 5663 points bersamaan RM56.63

1 point = RM1
1 point = 1 liter



Senyum je dapat isi minyak free. Terima kasih PETRONAS!!

Anyway, ramai yang cerita formula minyak baru petronas iaitu Primax 95 Xtra, lebih menguntungkan dan jimat. Okay en.husben, kita check baper km leh pergi minggu ini :D

Thursday, October 6, 2011

Apa perasaan kowang bila anak kita dipangkuan orang lain?

... iaitu ketika di dalam sebuah majlis keramaian.  Suddenly anak kowang ternampak babysitter/pengasuh lalu menunjuk-nunjukkan tangan serta menangis dan melembikkan badan untuk turun mendapatkan babysitter.   Belom lagi tetiba sedara mara yang baru sampai dok tanyakan anak.. bila ditunjuk dan bagitahu, berdessssssiiiing telinga aku ni. Eh perli ke bagi kata sokongan ni...konpius aku.

Owh bayangkan!!! Uwaaaaaa sedihnya i... sentap sangat! Eh takdalah sentap sangat...dapatlah menjamu selera dengan gumbira lalu menternak lemak di pipi. T___T eh nangis pulak! 


Lebih syadis lagi bila time balik kerja, nak ambik tu dok geleng² kepala.. siap melalak lagi...Uwaaaa T______________T . Aku plak yang sambung melalak.  Ish geram pon ada. Banyak mata yang memandang, senyum sinis.
Bikin mama malu aje taw... tak besh ke mama ni?.  Rasa nak cubit² time tu jugak... eh pernah cubit ke pon...hahahaha.  Tapi kot lelebih, kang ada jugak yang merasa pulak..

Anak jagaan 'mak' - Alisya, Alany & Adi
[triple A adalah sepupu sepapat]

Namun aku bersyukur sangat Alany dapat mak yang sangat baik. Sikit pon takda perasaan risau/gulana bila pepagi hantar Alany ke rumah mak. Nak bekerja pon hati tenang..ewah! Terima kasih mak, eh terima kasih kak!...hehehe..


*mak adalah pengasuh/babysitter
*mak juga kenalan rapat family husben. jadinya mak akan turut berada dimajlis-majlis kami

Wednesday, October 5, 2011

Mesti tonton!

Cinta Elysa.

Beshnyaaaa.... 

Walaupon dalam 'Juvana' aku mencik kau, episod 1-3 dalam 'Cinta Elysa' pon aku mencik kau...tapi bila tengok episod 4 semalam tetiba aku rasa kau howtttttttt sangat. Dalam hati ada taman rupernyer aku ni....hahahaha.

Good job bro!

Tak sabor tunggu next week. Can't get enough ngan Yasmin. Tak sabor tunggu dia kantoi ngan Jasman.

FS tak berapa sesuai jadik adik dalam cerita ni...nampak matured sangat.

Tuesday, October 4, 2011

Ape tuuuuuuuuuuu?!

Lately ni, Alany sangat suka tanya "Ape tuuuuuuu?" sambil menunjuk ke objek² tertentu. Owh cutenya anak i. 

Tunjuk ni "Ape tuuuuuuu?" , tunjuk tu pon "Ape tuuuuuuu?"

So comels (^__^) . Geram sungguh sebab rasa cute sangat.


Lagi satu cute je bila Alany panggil kucing....auww comel tahap nak kene geget mulut ngan mama.

"Cattt....Catttttt..."

"Nam...Nammmmm..Nammm" [nam adalah bunyi meow...isnt cute?]

Hehehehe tapi sayang, mama takut cat....huhuuhhu...ʘ‿ʘ
 

Note : Semalam, Alany sudah satu tahun ampat bulan
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...