Friday, August 14, 2009

Ketentuan rezeki...


Urusan rezeki bukanlah hak milik mutlak manusia, walaupun manusia itu berusaha sekuatnya, mencuba sehabis baik...namun ketentuan rezeki terletak ditangan yang MAHA ESA. Dalam kehidupan kita...sentiasa ada sebab-sebab yang membolehkan kita menudingkan jari, mencari kesalahan orang atas kegagalan kita mendapatkan sesuatu atau menyalahkan keadaan dan persekitaran, namun hakikat yang sebenar adalah urusan rezeki itu ketentuan milik tuan kepada sekalian alam. Jika dimurahkan rezeki, bersyukurlah, jika masih belum diluaskan, bersabar dan berdoalah. Satu perkara lagi yang perlu diingat bahawa rezeki itu bukanlah hanya semata-mata wang ringgit dan makanan sahaja. Kesihatan juga rezeki, anak-anak juga rezeki, kelapangan waktu juga rezeki, ilmu yang bermanfaat juga rezeki, teman-teman dan pasangan yang baik juga adalah rezeki...

Masih belum terbuka pintu 'rezeki' itu buat kami. Takperlah..bukannya bermakna segalanya berakhirkan..? *caiyok! caiyok! usaha lagi*

No comments:

Post a Comment

CeCiter CeCiter...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...