Thursday, August 5, 2010

Bandung Trip : Tips & Tricks

From this trip...aku nak share tips dan pengalaman yang aku rasa penting sekiranya kowang nak ke Bandung. Summary dulu la ye...gambar akan dimasukkan kemudian...cheers! 
  • Yang 1st time pergi cam kitowang elok hire pak supir...senang nak ke mana saja. Not adviseable sewa  kereta dan pandu sendiri kecuali dah otai kat sana. Jalan kat sana 4 kali berbelit dari kota kuala Lumpur ni. Thanks to Pak Ndang yang melayan kerenah kitowang ke sana ke mari. Untuk 13jam dalam Rp350k (RM130)
  • Jalan raya di Bandung adalah sangat sesak. Motor pon sangat banyak…susah nak jumpa kereta buruk @ lama...kebanyakkannya adalah Honda, Toyota ngan Suzuki. Alphard sangat berlambak ok. Kaya orang Bandung ni.
  • Kat sini nak kata semua barang murah tu tidaklah. Kena la pandai ushar² jugak. Baju baby untuk usia Alany tak berapa nak banyak. Kalau untuk yang 2 tahun ke atas tu banyaklah…Tawar menawar sangat digalakkan kecuali di FO yang memang fixed price...Tawar sampai lebam ok.
  • Rakyat kat sini kalau yang kaya tu kaya betul, tapi ramai jugak yang susah....sampai kena berniaga kat tepi jalan untuk cari duit...kadang² aku sedih sebab diorang mintak aku beli barang diorang sebab diorang lapar…nak makan…macam kat malaysia ramai yang meminta macam tu saja...
  • Silalah buat converter from RM to Rp. So that takdela time tu baru terkial-kial nak kira. Sampai lunyai jugaklah converter kitowang tu…hahaha…sikit² cek harga…maths slow sket….hehehe
  • Oh ya, tak perlu roamingkan handphone anda…sangat mahal ok. Better beli simcard dekat Bandung saja…kitowang beli SimPati Rp315k ( RM11 ) hari² kol dan sms family, sampai balik pun pulsanya (kredit) tak habis.
  • Jangan lupa juga asingkan duit airport tax yer. Rupiah only! Per head Rp75k (RM27). Kitowang hampir terperdaya dengan seseorang yang mengatakan airport tax Rp150k (RM54) per head. Owh tidak mudah dikencing ok. Ni gara² nak suruh kitowang tukar duit RM to Rp kat sana.
  • Travelling charger juga penting. Ye la mesti nak charge hp ngan kamera. Kalau takde boleh beli kat sana. Murah juga. Cam kami tak beli sebab pihak hotel dah sediakan.
  • Tak perlu dok hotel memahal. Asal selesa dan bersih cukup. Because most of time kowang dekat luar…merayap. Keluar pagi dan malam baru balik. Unless kalau yang bawak orang tua dan anak kecik tu mesti tak larat nak rayap lelama. Kalu boleh cari yg breakfast provided. Senang dan save sket.
  • Sangat penting ok. Sila cek balik setiap kali bila dapat resit. Kitowang 2x hampir ditipu kat restoran berlainan. Aku memang rajin cek resit kalau beli apa pon. Hampir Rp100k (RM36) terbang kalau aku tak cek bebetul Mungkin mereka tersilap punch ataw ambil kesempatan sebab kita tak biasa dengan duit sana kan…wallahualam.
  • Sebaiknya rerajen la mengoogle bagai, plan mana kowang nak pergi. Senang nak bahagikan masa. Pada kitowang yang arrive pagi dan depart petang, 4hari 3malam sudah mencukupi. 
  • Kalau nak makan fastfood pon takde masalah. Just name it semua ada macam kat sini. McD pon rasa sama macam kat sini…Cuma sos nye lainlah….aku tak makan sos cili, so takde masalah.
  • Sekiranya tak cukup duit, better gunakan credit card rather than kowang pergi kat money changer sana. Tak banyak cam kat sini dan juga rate tinggi…so dah rugi kat situ. Owh ya kalau ada cimb acc pon bagus, boleh cash out duit rupiah terus.
  • Setiap FO ader toilet dan kebanyakannya juga ada surau. So takda masalah. Tahap kebersihan juga memuaskan kecuali di tepi² jalan...agak berdebu sket. So elakkan beli makanan di tepi² jalan ya.

3 comments:

  1. tips yg sgt2 berguna...

    thanks for sharing this info....

    x sbr nak tgk gmbr plaks..:)

    ReplyDelete
  2. okies..tips yang leh digunapakai. tapi bila agak nyer nak kesana erkk

    ReplyDelete
  3. ana
    welkam. simple tips je pon. gambar tunggu next entry ya...

    mummysyafie
    boleh la apply...based on experience kan...hehehe. apa lagi...AA murah je rembat laa...orang suka coach, LV lagi meriah kat sana...but tak sure la ori ke imitation

    ReplyDelete

CeCiter CeCiter...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...