Thursday, October 28, 2010

Laparoskopi dan endometrioma...

Mmm buat laparoskopi je pon...bukannya gempak sangat...Okay this time nak remove endometrioma cyst. Detected on may tapi doktor suruh concerntrate on breastfeed Alany first...lepas tu aku tak pergi dah. Even husben dah bising² pong aku buat dekkkk je. Bila husben bukak cerita ni, aku cepat je buat cerita lain. Sampailah tetiba terbuka pintu hati *pintu hati katanya...tak boleh bla* nak jumpa doktor balik.

Dr. Kham : Kenapa u tak datang follow up? Sakit?
SueygGomok : Saja...takot...tak sakit
Dr. Kham : Tak boleh tunggu lagi...more than 6cm dah ni...nanti meletup pecah...bahaya. Next week kiter buang ok. Bila available?
SueygGomok : Next week husben saya takda...the other week boleh?
Dr. Kham : Ok on Tuesday, admit at 12 noon.
SueygGomok : Errrr doktor, boleh bius dari sekarang takkkk? *pangggg*


 Camnilah agaknya rupa aku ketika dikerjakan. Habes pusat i dah tak lawa taw

Pemeriksaan Laparoskopi

Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

Sunday, October 24, 2010

Gue ngak ada di kantor...

Maka silalah rindu serindu rindunya ya....eh ada ke yang kisah pong?...hahaha. Aku start on medical leave dari 26.ten.ten sampai aku rajen nak masuk opis...hahahaha...takdelaaa jumpa bulan depan ya...Minta jasa baik kowang, tolong doakan kesejahteraan serta kesihatan aku. Semoga semuanya selamat. Kalau tak selamat sapa nak jaga Alany...Lagipon aku dah penat nak adapt bebenda ni dah....Dah jemu taw tak. Ini dugaan buat aku dan harus terima sebab banyak buat dosa. Ingat nak bagi chance kat orang lain merasa...ish jahat sungguh. *buat dosa lagi*..hahaha...Gigih aku mintak tolong kat korang...siap merayu ni. Kesian la kat i yer...kesian laaa....kot ada yang sudi kesian...hahaha...Jaga diri...chiow!

Thursday, October 21, 2010

Gula...

Sila klik untuk gambar lebih jelas  

Ohhoooooo banyaknyer peberet gue...!!! Jom layan pantun 2 kerat

kurangkan gula dalam kopi
hidup pasti happy

kurangkan gula dalam makanan
lebihkan senaman

kurangkan gula dalam kehidupan
maniskan senyuman 

Wednesday, October 20, 2010

Hutang...

Siapa dengar topik ni kat hot.fm pagi tadi? KDNK menunjukkan Malaysia adalah negara tertinggi di Asia dengan 77% bebanan hutang seisi rumah. Seisi rumah ya, bukan solo². Kalau dok rumah sowang² dengan bebanan hutang sedemikian rupa....alahai ngeri ok. Kita tolak hutang yang besar² macam rumah dan kereta. Agaknya pasai apa kita berhutang?...Pada aku semuanya sebab diri sendiri dan juga kad kredit *nak jugak salahkan kad kredit*. Terkejut sungguh dengar ada sowang pemanggil tu sanggup berhutang sebab terlalu obseskan tudung yang mahal²...mungkin satu kepuasan pada pemanggil tersebut, tapi disebabkan tudung ko sanggup nak berhutang bagai...not good for me. Ada sowang lagi pemanggil sungguh bangga dengan 11 kad kredit yang dia ada, tapi jumlah hutang menyamai sebiji kereta proton pesona. Nak makan pon terpaksa hutang orang...owh scarrynya mak dengar. Ni semua salah kad kredit, sebab senang sangat nak dapat *skali lagi kad kredit dipersalahkan*

Dulu aku dan husben dah berpakat tkmo pakai kad kredit, since kat memana pon boleh pakai kad debit. Tapi bila disebabkan aku ni selalu je emergency masuk hospital, maka itu adalah pilihan yang terbaik. Nak² tengah malam...mana nak cekau 2k deposit kan....daripada tujuan asal, telah terpesong kalau gi ikea...hahaha.. Owh scarry lagi sekali. Tak seronoklah dapat gaji nak bayar hutang je, dapat bonus pon nak settle hutang. Maka segalanya di tangan anda...ukur baju dibody sendiri ya. Hutang budi pada parents memang tak terbayar sampai mati...

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya) -Riwayat Ibnu Majah-

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. -Riwayat Baihaqi-

Kalau aku ada berhutang pada hangpa *selain hutang TAG* please remind me. Aku ni dah kurang daya ingatan akibat makan banyak ubat...hehehe. Kita taktau bila ajal menjemput. Untuk mama akmal&amni, aku ingat hutang aku kat hang...cuma asyik malas je nak gi mengepos....hang tunggu naaaa.... 

Tuesday, October 19, 2010

Terapi diri dikala tengah bulan...

Ni kira terapi diri bila suami tiada di sisi..ahaks! Yerla tak boleh nak over sedih, rindu-rinduan. Kena pikirkan si kecik tu dulu. Luluh hati aku tengok Alany nangis sedih bila dengar suara papa kat telefon. Punyalah dia mencebek-cebek menahan nangis sampai kembang kuncup hidung dia. Malam tadi badan dedar sket...terus aku bagi ubat demam. Agaknya dah mula kenal orang kot. Nak tidur kan semalam pon jenuh juga...bukan dia menangis, tapi sebok nak main...dengan kayuh basikalnya, kejap² dah meniarap...layan je la even aku sangatlah mengantuk. Nak bagi kat opahnya, nanti mesti mak aku ingat kalau takda laki aku takleh jaga anak...hahaha

Eh panjang plak mukadimah. Sebenarnya nak citer ke Jakel lunch tadi. Biasa la dari adengan escort mengescort haruslah terjadi adengan terbeli. Terbeli dengan tiada siapa yang memaksa. Beli yang memurah je...bolehlah tempah wat baju pergi kerja.


knowing me...haruslah kekaler begini jadik pilihan...kat mata aku cantek..kat mata kowang tatawlah

minah gedix ni haruslah ada kan...nak beli kain tunang kaedahnya...

Kalau ke Jalan Tar juga haruslah membeli Burger Sedap. Burger brother ni sangat glamor dikalangan opismet aku. Serius memang sedap. Nanti kowang bolehlah try...Stallnya tengah² antara maybank dan mydin.

Thursday, October 14, 2010

Hidup biar sedap!

camni sedap tak?

Aku benci orang yang hisap rokok lepas tu hembus macam gampang! *kan dah kena* ...Hisap rokok tu masalah ko la kan, tapi janganlah menghembus macam spray perfume dalam toilet lepas buat projek besar....budusss!

Tuesday, October 12, 2010

When can my baby go in a pool?

With Little Comel's Baby Float & Baby Swimming Pool, you can put your baby to swim safely as early as 3 months old. In China, it starts from newborn!

baby swimming pool+ neck float + pump

With the baby float (neck float), it supports the body baby weight at ease and safely with the help of water buoyancy. Do not worry that it would suffocate your baby as even a mid size adult female also can use the neck float! It's totally SAFE & OMFORTABLE as there are 2 velcro straps on both side of it. We have experimented, even if the straps are accidentally open (very very unlikely), your baby would not sink as the ring supports the babies neck and head perfectly! source LittleComel

********************************************************************************************
Weekend hari tu saja bawak Alany jenjalan ke Clubhouse kat Bukit Mahkota ni. Rasa teruja nak bawak Alany pergi pool *mama yang over excited nak main air sebenarnya*. 

 Testing berendam...skali angkat meraung...hahaha

Actually bila ya waktu yang sesuai untuk baby berendam kat pool ni. Aku concern juga tentang klorin ni...bahaya tak untuk kulit baby...kot terminum ke kan...tapi tengok anak mat salleh selamba je dibiarkan berendam dari usia berapa minggu je. Pastu baby float dan pump  camna yang okay eh?
 

Alany at 4 months...

This month takdo amik suntikan imunisasi. Jadi tak pasti berapa actual berat Alany sekarang. Cuma main tipu², anak sedara aku timbang dulu, lepas tu dukung Alany pulak. Campur tolak, berat Alany sekarang 5.60kg. Sikitnya naik....0.5kg je...huhuhuhu pipi je nampak makin tembam...anak aku tinggi gamaknya cam mama, tapi slim je tak macam mama...hahaha. Okay ni nak update sket progres Alany...supaya boleh buat kenang-kenangan bila Alany dah muda remaja nanti...cheewah!
  • Sudah boleh meniarap. Kepala pon dah kuat. So bila meniarap terus angkat kepala naik. Kaki plak dok menendang @ mengayuh macam nak tolak badan ke depan
  • Tidur semakin lasak...siap buat putaran jam gitu
  • Suka menyanyi dan bercakap sensowang...bila ditegur wat dekkk je...sedap sungguh la nyanyi tu
  • Syok sendiri bila tengok cermin. Senyum je...perasan sungguh...
  • Suka masuk tangan dalam mulut...tangan ok, bukan jari...dah macam nak tercekik je...air liur asyik meleleh je...
  • Apa saja barang dalam gengaman mesti nak sumbat masuk mulut. Aktiviti paling disukai skarang masukkan kaki dalam mulut
  • Suka menjerit...nyaring you
  • Pantang diagah...mesti ketawa mengekek
  • Boleh mengenggam...tapi tak berapa kemas lagi...
  • Bila mandi suka lonjak2...kena pegang kekuat...
  • Bila hulur tangan je dah excited sangat nak suruh orang angkat...siap angkat kepala ngan kaki tu...hahaha
Wokeh itu saja. Happy 4 months Alany...papa and mama loves you! Nak share piccas yang buat mama kena histeria kejap coz over excited tengok Alany dah meniarap.... hahaha... layannnn......

Friday, October 8, 2010

Monday to Friday...

Sampai opis, on pc...

cek ms. outlook...takde emel besh, byk emel keje je...nanti-nantilah

bukak facebook
open new tab : Gmail
open new tab lagi : Yahoomail
open new tab lagi : Blog walking 
open new tab lagi : Jobstreet

buat keje sket...eh lupa plak nak on YM. chatting sket....pastu ulang aktiviti di atas

Bosan tak keje aku??? Nak bukak bisnes tataw nak jual apa.....Nak jadik model buat kena gelak je

Tuesday, October 5, 2010

Live Life, Live Libresse...

Yeay sudah dapat!... Cam tau² je saat aku perlukan sekarang. Ni gara² dok baca kat blog pn.ana yang comey lotey tu laa...sapa takmo benda free kan....Baru try jap ni, so tak dapat nak bagi review lagi. Siapa dah try meh la story....sharing is caringkan....Kalau nak silalah ke sinun ...jangan lambat nanti tak dapat....cheewah!

 sebemban ko dia kasik....complete ngan pantyliner skali

Gadis dan bunga...

Wah gadis katanya....hahaha. Saja nak tunjuk bunga lavender yang aku dah lama idamkan tu. Beli di Krismaya dekat wangsa maju. Beli bunga dan pasu boleh dapat free gubahan. Sesuwei sangat dengan aku yang tak pandai nak mengubah bunga ni....tangan keras. Mulanya dah susun cantik² dalam vase tu, skali bawak balik...masuk dalam plastik...singgah sana sini lagi....mmm hampeh terus jahanam lavender aku...walaupun main letak je dalam vase, tapi tanganku yang keras ini tidak mampu mengubahnya....hahahahaa...Rambang mata sungguh tengok bunga cecantik ni. Alang² the only  flower yang ada kat rumah pon dah berusia lebih 4 tahun *dah layak dibuang...buruk beno*.. jadik aku pon belilah satu lagi...konon nak letak kat dining table....skali rasa tak cun terus letak tempat lain. Skarang harus buat misi baru mencari bunga yang sesuwei untuk dining table plak. Oh ya, kot² lah ada yang pergi ke Krismaya tu, kot nak beli bolehlah guna nama i...boleh dapat diskaun 10% taw

 Nampak cam kaler biru plak dalam gambo ni...tunggu kakak aku datang, boleh suruh gubahkan balik...huhuhu

 Suka sangat yang ni....harga kurang RM35...lagilah aku suka...hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...