Bila aku pergi ke shopping² complex, kedai² makan atau tempat² yang sesak dengan manusia, di situ aku boleh lihat banyak bentuk provokasi keduniaan. Contohnya clearance sale, jualan gudang, tawaran hebat, jumble sale, perkhidmatan percuma dan pelbagai lagi. Aku tak cakap tak bagus.. aku pun suka jugak cuci-cuci mata, kasik rabak poket.. ngeh ngeh ngeh :P
Bila dah ramai² tu, dapatlah tengok pelbagai ragam. Dalam aku memerhati, tak mustahil aku juga diperhati..hehe. Manusia yang berkerumun tak berkurangan. Yang bertolak, yang tak cukup kaki tangan nak pegang barang dan yang beberapa kali belek bende yang sama tak puas-puas kalau tak dibelek lebih dari 10 kali.. *macam aku.. suka belek lelama :D* Ada pulak kene pada manusia yang tidak sabar, dah bertekak kat tempat awam. Dia kata dia, masing-masing menegakkan hak masing-masing, dasyat sungguh bila kene provoke dengan SALE nih.
Itulah ... provokasi keduniaan ini macam dah menutup mata hati kita tentang perkara yang melibatkan tata susila, tertib dan aturan yang betul sampai menimbulkan sifat tamak dalam diri masing-masing. Pandai - pandailah bila kena provoke, sebelum kita pegang barang yang kita nak beli tu kena lah berkira-kira barang yang dah ada kat rumah. Perempuan ni kekadang beli dulu baru berkira. Tapi ada juga yang sangat berkira bila nak membeli. Nak lagi yang dah ada anak, mestilah pandai berbelanja untuk seisi keluarga. Jangan nak melaram tak tentu pasal, sampai makanan anak kena sukat. Payah! Kalau kena provoke dengan keduniaan, yang dibelanja dan dikreditkan akhirnya kita yang terduduk memikirkan nak membayar hutang, nak menunggu hujung bulan..
Pureen Sales datang lagiiiii !!!
Aiyorkkkkk! Camana besan? Going ka?
ReplyDeleterajin sue nk terjah pureen sale ye.kita x penah p lagi.sllu bc org ckp ramai org .
ReplyDeleteDyana,
ReplyDeleteTakgi kot this time [apakah KOT..haha]. Kejadian lalu masih kuat diingatanku...lgpon tengah nak budget raya, jadik peruntukkan takdo. Anyway kalau pi kasik taw eks..
Shima Lili,
ReplyDeleteRajin sebab best! 1st time pegi, tak ramai pon..selesa ajer. Tapi 2nd time agak hazab la, org ramai gila padahal dtg awal pagi...kali ni tak pergi la, barang pon byk lagi...ada rezeki no 3 hang leh la gi, pulun barang baby kat sana..berbaloi-baloi