Wednesday, November 2, 2011

Cuti-cuti ke Sabah


Day 1 - 20 Oct 2011
Arrive in KK
Drive to Kundasang
Overnight at Kinabalu Pine Resort (KPR)
-----------------------------------------------


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, sampai juga kami ke negeri di bawah bayu. 

Pengalaman pertama Alany menaiki kapal terbang :D. Agak nervous membayangkan Alany dalam flight. Dah la 1st time, naik Air Asia plak tu.

Ok ok aku admit. With AA - Now Everyone Can Fly :p. Tiket dibeli masa promo bulan Februari lepas. RM164 untuk tiga branak :D


LCCT

 
Pertama kali naik kapal terbang sefamily.. hehehe


Okay backtrack.

Pukul 7.30 pagi dah bergerak dari rumah menaiki teksi. Tapi flight plak delay setengah jam due to heavy traffic. Kitorang tiba di Terminal 2, KKIA pada pukul 12.30 tengahari.

We were there for 3D2N. Okaylah tu, if pergi lelama habis semua tempat dah cover...nanti takda alasan nak pi lagi... hehehe.
  
Ada 2 airport di KK. MAS/Firefly di Terminal 1 dan AA di Terminal 2. Kalau ada  yang menunggu, kena inform naik apa.. kalau tak, sampai ke anak cucu la tak jumpa :p

 10 menet lepas take-off
   
Masa nak landing, ternampak pulau ni. Cantik! air jernih.. easily c-thru

Istimewanya KK ni, bandarnya terletak di tepi laut... jarak antara airport dengan bandar pula hanya dalam 15 minit. Besh oooo ko shopping² sambil dihembusi bayu laut..

Setiba di airport, settelkan urusan kaunter imigresen. Pastikan bawa mykid anak² ya. Mak bapak punya dah kompem memang sentiasa bawak ye tak? 

Lepas tu jumpa member husben untuk sewa kereta. Kitorang sewa perodua Viva RM80 sehari. Kadar kereta sewa di KK agak mahal. Dapat harga ni pon sebab harga kawan² katanya... hehehe nanti aku kasik kontek ok.

Tengok meter minyak pon dah liplap, terus gi isi minyak fulltank RM 53. 
 

 Sila ambik segala risalah di airport. Sangat penting!

Lepas tu, lunch kat Restoran Sri Malindo di Wisma Merdeka.

Rupanya menjadi satu kemestian bagi orang Sabah, untuk setiap menu berasaskan nasi mesti dihidangkan dengan sup kosong. Disebabkan tekak aku tak boleh nak terima lauk yang aku pilih sendiri, maka aku berjaya mengenyangkan perut dengan makan nasi kosong berserta sup kosong... ha licin! 


Masjid negeri


Seterusnya, pukul 2.30 petang kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Hep hep hoooray! Penuh keterujaan gitew. Tak sabo nak tengok gunung kinabalu :D. 

Satu kekurangan yang nyata adalah papan tanda arah. Tak friendly langsung.. boleh sesat. Jalan raya kat sana tersangat banyak roundabout, tapi petunjuk jalan nan ado..huhuhu. Ada GPS lagi bagus. Tu pon 2 kali jugalah berhenti tanya orang... malu bertanya, sesat plak kang.. hehehe. Eh tapi orang sabah friendly² bah! baik² aja :D


Study map ye bangggg ..hehehe


Perjalanan lebih kurang 95km dari KK ke KPR. Kalau ikot pemanduan berhemah dalam 2 jam boleh sampai. Laju² kalu risau masuk gaung aje. Cuma nak kena kejar masa dan waktu. Coz kat sana cepat gelap, jalan pulak berkabus.

Perjalanan melalui Inanam - Tuaran - Tamparuli - Kundasang.
Tapi ngikot pengalaman kitorang, jalan Tapah - Cameron Highlands lagi sempit dan bahaya.

  
Pendakian bermula.. tengok km, macam dekat je


Perjalanan mendaki ke Kundasang diiringi hujan dan kabus. Sepanjang perjalanan banyak papan tanda tanah runtuh dan simpang² ke gereja. Risau juga sebab tak biasa dengan jalannya.

Orang kata, kalau dalam keadaan cuaca yang baik... korang leh tengok gunung kinabalu follow korang... hehehe..

Hujan = Sejuk


Sejuk = Sedap tido


Lori terbalik.. dah la tepi tu gaung... huhu scarry


Ala² pekan koboi gitu


Dalam perjalanan tu jumpa Pekan Nabalu yang bagaikan segan² nak hidup. Tak singgah pon. Banyak jual hasil kraftangan. Aku tak minat.

Terus lagi jumpa pula Kinabalu Park dan Pekan Kundasang. Kat area sini memang banyak hotel. Terpulang nak yang macam mana. Yang penting fulusssss!

Di Pekan Kundasang, ada deretan gerai yang menjual buah, sayur dan juga makanan² tempatan. Time² sejuk ni, takda nafsu nak makan buah langsung... geram memang geram nengoknya.. hehe..




Akhirnya kitorang sampai ke Kinabalu Pine Resort lebih kurang pukul 4.30 petang. Perghhhh cantiknya resort ni. Ala² english cottage gitu..


Perbezaan pukul 4.30 dan 6 petang

 

Standard Room


Semua unit di KPR facing ke gunung. Aku joyah² masa booking tu nak bilik ngadap gunung. Skali diberitahu situasi sebenar.. ooo gitu.. Mak 1st time datang bah...

Unit kitorang berharga RM180 semalam inclusive dinner and breakfast for 2. Kalau nak bilik je rega RM160. RM20 untuk dinner dan breakfast kira berbaloiiiiiiiiii... If korang nak cari makanan luar, kat masjid berhampiran pekan kundasang ada restoran Islam.


Bila masuk bilik dah tak tentu hala budak comey ni. Turun naik katil, lari sana sini.. maklumlah, dah cukup tido.. mama plak macam nak pengsan keletihan


Wow.. Gunung Kinabalu! ..korang ada?.. hehehe :p


 Subhanallah!

Sungguh teruja melihat gunung kinabalu depan mata. Terus memuji kebesaran Ilahi. Macam tak percaya je tengok depan mata. Takleh nak describe lah. Ni belom aku berada kat atas tu, mau 7 hari 7 malam aku bercerita tanpa henti...ahaks! :p ..okay aku akui kurang berupaya dan tak terdaya...


 
Time ni lebih kurang pukul 5.30 petang. View dari balkoni bilik kitorang. Sejuk gilak..


Percubaan nak buat peace ala² menuju puncak dari Alany


Pukul 7.30 camtu kitorang gi dinner. Perut berkeroncong aje time sejuk² ni. Menu pon ok la. Sambal sotong, chicken oyster, mix vege ngan sup sayur. Cuma portion banyak gila. Jenuh aku meratah.. sayang plak kan. Nanti kalau lapar balik dah menyesal plak.. hehehe..




Lepas tu kitorang gi Pekan Kundasang. Nak cari jajan alkisahnya. Tapi tak jumpa pulak kedai runcit. Kedai jual baju bundle banyak le.

So decide nak ke Pekan Ranau. 10km je pon. Huahuahua 10km kalau jalan lurus takpa dik. Ahkak pon boleh lari 10km... ceh 10m pon dah pancit...kikikiki. Gila scarry jalan ni time memalam. Dah la gelap gulita, sunyi habeh. Rumah pon jejauh je. Dalam hati dah kumat-kumit baca memacam, dalam kepala marah diri sendiri sebab gatal nak berjajan.

          Yang paling best malam tu adalah... MALAM JUMAAT!!! scarry merry nyeeeeee!!! Eh tak takutlah... SEGAN JE!!!

30 minit perjalanan, aku rasa macam 3 jam. Gila kentang menahan takut. Tengok husben cool, aku pon bebuat la cool.. padahal tuhan je lah yang tahu macam mana. Kang kalau aku takut, dengan dia pon takut macam mana. Nasib baik Alany behave sangat.

Lepas nyopping sket kat The Store, eh Ranau ada The Store ok!.. bermulalah perjalanan pulang ke KPR. Alhamdulillah time balik ni aku konpiden sket coz ada kenderaan lain yang dok lalu lalang juga. So takda lah gelap sangat. Sampai aku bleh rasa dalam 3 minit je dah boleh sampai KPR. Alhamdulillah syukur..

Sampai bilik.. lepak², makan² sambil tengok tv. Dah siap set alarm pukul 5.30 pagi. Nak sangat tengok gunung kinabalu di pagi hari. Gila ko pukul 5.30? kalau pukul 6, subuh pon dah lepas ok. Wokeh mau tido sudaaaaa... sejukkkkkkkk!!!




Tunggu cerita day 2 bah...


10 comments:

  1. wah...details sekali cerita nya...i like....boleh buat panduan..:)...

    ReplyDelete
  2. lily orang sabah tak pernah lagi sampai kundasang.. ;)

    ReplyDelete
  3. bestnya. nnti nak pege juga la lepas maternity.

    eh gambar last tu alany tido betul ke berlakon? hehe.

    ReplyDelete
  4. Bestnya...teringat d last time pegi Sabah. It was 14years ago! Lama betul...hihi.

    Owh Sue, masa dulu Nadia pergi Sabah pun seriau je masa nak mendarat sbb tgk bawah landasan tu tepi laut. Mcm2 la dlm otak ni pk..hihi.

    Waaa, hubby u drive sendiri. Tabikla...yes, kat sana signboard dr dulu kot mmg tak leh nak rely. Nasibla masa we went dulu my uncle duk sana. Dia la yg jadi tour guide so x sesat kami.

    p.s: cpt update lagi..x sabar nak baca. part shopping kat pasar filipino ada tak? :D

    ReplyDelete
  5. leez dolu xsempat nak ke kundasang mount kinabalu bagai.. 3 days & 2 nites tu macam xcukup jer. hu3..

    ReplyDelete
  6. panjang nya entry sue kali ni. first time Alany naik flight..sib baik dah xplore sampai ke blkg. dulu abang abis satu flight dier redah

    ReplyDelete
  7. besnya....nnt citer lagi..murah dpt viva tu, biasa sabah sarawak mmg sewa kete mahal...

    ReplyDelete
  8. cantiknya mount kinabalu, terasa dah nak pi ke sane

    ReplyDelete
  9. Ana
    TQ :D
    Ni ntah bila nak sambung lagi...hahahah malas beno...


    Lily
    Shud try bwk qis. Besh...sejukk..nyamannnnn..


    Dyana
    Memang best.. apakata extend plan lagi 2 years..leh gi sesama *kedip² mata*

    Alany tido betul time tu...papa je lakonan semata yg tak berapa nak menjadi..hahaha


    Nadine
    Wah lama tu..but at least dah pergi once. Nanti twinnies dah besar sket leh la repeat.

    Betullah Nadia, part signboard tu wat kitowang panas hati je.. but at the same times, feel adventure la sket...untung yr uncle ada, kitowang ni gamble je ala² terer...lucky byk info leh dpt kat forum cari.com :D

    ReplyDelete
  10. please bg contact number sewa kete 2...

    ReplyDelete

CeCiter CeCiter...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...