Monday, June 21, 2010

1st time ever PAPA

 
Happy Father's Day PAPA!!! Alany love u so much. Terima kasih sebab semalam PAPA dah berjaya mandikan Alany...bukan cam mama...penakot...hehehe!!! Sebenarnya sampai skarang Alany masih tak percaya lagi...atok, opah  dan mama pon tak percaya...but PAPA dah buktikan...yeah! you're greatest PAPA!!!

 My CintaHati
Dan selamat hari bapa juga kepada sekalian bapa di luar sana...
  
 

" Redha Allah bergantung pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."  Hadis riwayat Al-Hakim

Tuesday, June 15, 2010

New updates

1)  Saya sedang menyesuaikan diri dengan dunia serba baru. Sangat  happy dan   semoga saya tabah dan terus bersemangat menunaikan amanah ini...InsyaAllah!

2) Doktor postpon prosedur laparascopy untuk membuang endo di dalam rahim saya. Harap ianya boleh mengecil sendiri dan akhirnya menghilangkan diri. Dengan size 6.76cm x 4.5cm, saya kelihatan seperti mengandung 3 bulan...dugaan!

3) Emak dan abah saya ada di rumah. Jadi aktiviti berinternet hanya dilakukan di opis. Ini pon setelah seminggu saya mendapat cuti sakit. Oleh itu aktiviti mengupdate adalah sgt terbatas...masa yg ada nilah nak berpoya-poya dengan mereka yg tercinta ini...Alhamdulillah!

Till then...opssss LBS saya bagi 3/5. Tak setanding kehebatan novelnya. Sungguh pon begitu, filem tersebut mampu membuatkan air mata bertakung ditudung yg baru saya beli...emo sungguh....take care peeps!!!

Thursday, June 3, 2010

Laksa...

Teringat pulak zaman sekolah dulu, aku ni memang dari kecik dah suka bebeno kat laksa. Masa zaman sekolah rendah tahun 1987-1992, kat kantin ada jual laksa semangkuk dengan harga 30sen je. *skarang tak dapatkan* ...semangkuk tuh pon aku boleh share dengan bestfren aku, Sarah Sabarina Mohd Yusuff. Itu pon rasa dah banyak sangat coz kekadang makan berdua pon tak habis. Skarang dah lost contact ngan Sarah ni. Kekadang rindu jugak dekat laksa sekolah aku ni, walaupon kuah cair, ulam pon macam tk berapa nak ada...tapi laksa tetap makanan ruji aku kat sekolah. 

Sekarang ni dah terer banyak buat sendiri. Boleh kata setiap 2 minggu aku akan buat...hehehe...cuma skarang ni aku rasa dah nak sebulan kot tak buat laksa...bz sangat skarang ni. Rumah sendiri pon dah bagaikan rumah persinggahan. Owh rindunya kat laksa buatan sendiri....

Tuesday, June 1, 2010

Lagenda Budak Setan

Akhirnya novel terbaik yang pernah dihasilkan oleh Ahadiat Akasyah akan diadaptasikan pada sebuah movie.  Lahirnya dalam bentuk yang pastinya saya takkan mampu mengubah bayangan mengenai kisah ini semasa saya membaca novel ini pada tahun 90-an dulu...di saat saya mula mengenali cinta monyet...hehehe. Pernah jugak berangan nak mempunyai kekasih seperti Kasyah... auww!!! *ngehngehngeh* . Satu watak yang sangat sempurna buat imaginasi saya. Apa yang saya harapkan, movie ini mampu melontarkan semua peminat Budak Setan ke zaman kegemilangan cinta Kasyah dan ayu. Ianya tentang cinta, tentang ketulusan, tentang kepercayaan, tentang keluarga dan pastinya tentang remaja dan masa depan.  Saya antara yang terawal *first edition* memiliki trilogi novel ini. Yerlah pada zaman astro dan internet takda lagi...membaca novel adalah aktiviti dikala senggang *sanggup ikat perut nak beli novel lagi* .Wah asyiknya bila teringat zaman itu.  Dari trailer yang dihasilkan, watak Kasyah nampak secocok sangat dengan Farid Kamil *even tak brape suka dia*...Ayu plak saya nak tengok macam mana, coz ada yang komen Lisa ni agak kayu bila berlakon... Excited sungguh nak menonton! dan ianya merupakan satu kebanggaan buat saya, novel yang tak pernah dilupai oleh sesiapa yang pernah membacanya *trust me!*...LAGENDA BUDAK SETAN in cinema 3 JUNE 2010. 


....Antara percintaan lagenda yang bermain di fikiran saya...antara Ayu dan Kasyah, Laksamana Sunan dan Ratu, Jack dan Rose, Laila dan Majnun, Asmidar dan Ali...yang benar² menyentuh hati... membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria...segala suka duka terhimpun di sini...owh jiwangnya aku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...