Thursday, September 29, 2011

Birthday cuppies for love one

Why 14? Sebab laki aku suka no. 14

 
♥ papa-mama-alany ♥
Anto kat opis..kekonon surprise gitu :p

Happy birthday chek abang!


♫ today is my hubby's birthday..♫

Semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik dan 
murah rezeki slalu..♥

I pray for your success in career so that our family will have a better 
life in future..♥

..Amin, Amin, Ya Rabbal Alamin..

Wednesday, September 28, 2011

Mee siput

Sesuatu yang baru bagi aku.  Tak pernah tengok and never heard about this mee siput.  Alih² kecoh warga Johorian kat opis pasal mee siput.  Memula makan memang agak pelik.  Rasa macam keropok cicah sos. Eh bukan...mmm ranggup² gitu... Camna nak describe eh, mmm korang order aje lah...hahaha... ada jual online gitu.. sila ke MEE SIPUT

 Mee Siput - RM1.50 sebungkus (+ pos)... dah repeat order 2 kali...

Tuang sambal skali, gaulkan + hancurkan = sedap dimakan begitu saja

Time ngeteh pepetang makan mee siput....setaaaaaap sangat!

Tuesday, September 27, 2011

Anugerah rezeki dari Allah

Sumber : http://paramedik.bbfr.net/t6063-anak-pembawa-rezeki

Amanah dan ujian dari Allah

Anak disifatkan dalam al-Quran sebagai anugerah atau rezeki daripada Tuhan. Bukan semua manusia dikurniakan anak, sebaliknya Allah memilih mereka yang tertentu saja. Bersyukurlah pada Allah bagi mereka yang mendapat rezeki anak.

Setiap manusia yang dilahirkan sudah ditentukan rezekinya dan dia tidak akan mati sehingga dia mendapat semua bahagian rezekinya dulu. Ini dinyatakan dalam hadis Rasululah SAW.

Rezeki Tuhan ada dalam pelbagai bentuk dan Allah berkuasa pula melapangkan atau mengkayakan seseorang dikehendakinya dan begitu juga sebaliknya. Inipun ada hikmahnya, iaitu sebagai ujian kepadanya, mahukah kelak ia bersyukur atau tidak, sesudah ia mendapat kelapangan dan kekayaannya itu?

Semua orang akan kembali kepada Allah dan masing-masing akan diberi balasannya. Mereka yang mendapat rezeki anak mestilah berusaha pula menyara anak-anak yang dilahirkan.

Bukanlah bererti rezeki itu datang secara automatik dengan lahirnya anak, sebaliknya kita yang perlu berusaha mencarinya.


 Rezeki...bolehla topap tabung vacation :D ...

 Hadiah lucky draw... rezeki kami anak branak. Alhamdulillah...



Note : Makanan yang dalam mulut pon boleh terjatuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...