Sunday, May 23, 2010

Shahir juara AF8...yeahh!


Tetiba aku rasa mcm mengulangi zaman kegemilangan AF2 dulu...jiwa masih muda seh. Walaupun AF8 ni aku tk berapa nak follow sangat, tapi aku tetap nakkan Shahir menang walaupon tkde mengafundi sesen pon. Lepas dari AF2, AF seterusnya aku rasakan lemau  even aura Mawi menguasai. Aku tetap rasa lemau selemau-lemaunya sampailah time Stacy menang ada la sket rasa ok. Sebenarnya bukan nak cerita pasal dunia AF ni. Tapi aku memang sukakan Shahir sebab aku rasa dia ni bersuara jantan. Lately asyik kedengaran lagu ahdik-ahdik je *bushan tahap cipan doe* ...tak boleh blah langsung ku rasakan. Tahniah buat Shahir dan waktu aku tengah menaip ni...aku rasa dah lebih 5x aku repeat lagu baru ni. Walaupon Adlin cakap lagu ni cam lagu lama, aku tetap suka melodinya yang sesuwei dengan aku yang berjiwa ala karatz ni...ala-ala rock paku gitew *wakakaka...i ngaku yer!* ...ditambah dengan mendayunya suara jantan Shahir...auwwww....harus masuk list lagu time nak tido ni..opsss lagu Maulana pon aku suka...yang lain tu biasa aje...halwa telinga masing-masingkan (",)...HD version memang besh!

Kebahagiaan dalam perpisahan
Lagu/Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang


Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?


Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur


Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan


Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti




lirik lagu ni takda kena mengena ngan i ye...karang suspen je

No comments:

Post a Comment

CeCiter CeCiter...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...