Thursday, October 28, 2010

Laparoskopi dan endometrioma...

Mmm buat laparoskopi je pon...bukannya gempak sangat...Okay this time nak remove endometrioma cyst. Detected on may tapi doktor suruh concerntrate on breastfeed Alany first...lepas tu aku tak pergi dah. Even husben dah bising² pong aku buat dekkkk je. Bila husben bukak cerita ni, aku cepat je buat cerita lain. Sampailah tetiba terbuka pintu hati *pintu hati katanya...tak boleh bla* nak jumpa doktor balik.

Dr. Kham : Kenapa u tak datang follow up? Sakit?
SueygGomok : Saja...takot...tak sakit
Dr. Kham : Tak boleh tunggu lagi...more than 6cm dah ni...nanti meletup pecah...bahaya. Next week kiter buang ok. Bila available?
SueygGomok : Next week husben saya takda...the other week boleh?
Dr. Kham : Ok on Tuesday, admit at 12 noon.
SueygGomok : Errrr doktor, boleh bius dari sekarang takkkk? *pangggg*


 Camnilah agaknya rupa aku ketika dikerjakan. Habes pusat i dah tak lawa taw

Pemeriksaan Laparoskopi

Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

9 comments:

  1. mudah-mudahan semuanya selamat.
    aminnnnn

    ReplyDelete
  2. good info sue..thanks a lot...

    so, sue camna skrg ni?dah ok?
    moga cpt sembuh...

    ReplyDelete
  3. kak ipar aku pun nk buang cyst.patut nya 19/10 ari tu.tp takjde .pospon ke bulan 12.sbb OT penuh.biasa la gomen kan

    ReplyDelete
  4. Thanks Sue, for the useful info. Kalau tak nadia mmg pernah dgr je, tp tak pernah ambil tahu.

    p.s: ala, pusat Sue ade parut sket je. I ni, sepanjang2 garisan kat bawak perut tu ok :P

    ReplyDelete
  5. Nieza
    Aminnnn...alhamdulillah tengkiu yer..

    Ana
    Tengkiu jugak. Alhamdulillah getting better. Cuma tak brani lagi la nak dukung Alany...still terasa juga kat dalam tu

    Ana-Kirana
    Alhamdulillah...thx ye

    ReplyDelete
  6. Shima Lili
    Oh ye ke...dia tak sakit ke dok tunggu lama tu? cam aku mmg tkdo rasa sakit langsung, tapi bila dah makin membesau tu takotlah terpecah plak kan...huhuhu scarry

    Nadine
    Welkam. Kita ni sebab dah kene benda ni, kalau tk mesti tk amik tau juger...hehehe. Apopon syukur dah selamat...tp still boleh berulang kene lagi selagi kiter dok period. sedihnyerssssssss...

    ReplyDelete
  7. sue, akak dulu pun kena wat laparoscopy + ovarian drilling... sbb ada PCOS... sama je camni, kena tebuk 3 lubang... akak ingatkan nak remove endo tu kena operate mcm c-zer, rupanya camni jgk ek?

    ReplyDelete
  8. Kaedah lama mmg kene operet cam czer tu. Tapi skrg doktor kata sumer buat laps macam ni sbb lebih cepat baik.

    ReplyDelete

CeCiter CeCiter...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...