Wednesday, January 12, 2011

Check in...

Wah macam pergi bercuti je kan. Alhamdulillah, my Alany cepat sembuh. To all my sweet dearest friends, thank you so much for your concern n prayers..Tak tahu nak balas macam mana kerana mendoakan Alany Sufiyyah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kowang. *hugs*
Okay aku cerita sket yer. Alany cerry berry dekat seminggu. Baik dari cerry berry, terus demam on and off. Batuk dan seseme masih tak hilang². Aku dapat detect 2 kali degupan jantung Alany sangat laju. Aku ingat mungkin sebab dia batuk plus hidung tersumbat. Dekat leher belah kanan, aku rasa ada lump. Doktor kata kalenjar membengkak disebabkan selsema yang teruk. Hari ke4 Alany demam suhu naik sampai 39.6. Buat lab test sampel hingus, kompem Influenza A.  Terus kena warded. * yang aku boldkan adalah simptom² awal*. Timbang berat 6.3kg
Esoknya pula kena buat fisioterapi untuk mengeluarkan kahak dan lendir disamping nak dapatkan sampel untuk memastikan  ada H1N1 ke tidak. Scarry mak datok! Bayangkan baby 7 bulan kena sumbat dengan tiub dalam hidung dan mulut. Lagi kuat Alany menangis, lagi kuat aku meraung...ekekeke over!. Doktor awal² dah cakap kalau tak berani tengok boleh duduk kat luar. Okay aku memang tak berani, tapi aku tak sanggup nak tinggalkan Alany melalui semua tu sorang². Walaupun Alany yang menanggungnya tapi setiap jeritan tangisan rayuan dia tu sangat menghiris hati aku. Rasa macam nak sepak terajang je doktor dengan 4 orang nurse yang pegang Alany. *aku tak dibenarkan pegang Alany ok*. Selesai semua tu, Alany nampak segar dan ceria. Lega agaknya. Demam pon dropped terus.
Hari Khamis, Alany  semakin aktif. Mata pon dah kembali bersinar bak kejora. Alhamdulillah Alany free dari H1N1. Disebabkan tak kena drip, takda muntah² plus walaupon domam selero totap ado, maka Alany dibenarkan pulang. Oyeah oooyeah!!! hehehehe. Macam tak percaya je anak aku masuk hospital. Pengalaman sungguh. Semalam adalah follow up after ward discharge. Everything baik. Berat pon dah naik ke 6.5kg. Syukur!
Okay sedikit tips minuman penawar dari rakan dan taulan. * Influenza A ni jahat. Kalau B baik sikit...B=Baik...hehehehe*
1. Air rendaman jintan hitam/habatus sauda dan bawang putih
2. Minyak kelapa dara 
3. Air rendaman jintan putih
4. Epal hijau - mempunyai alkali untuk membunuh virus

 Masa minggu cerry berry

On the way ke bagan lalang...1st day demam. 
Asyik batuk, sesema dan mata pon bertaik je. 
Aku ni, anak demam pon nak berbagan lalang jugak...ntahpape

 Bernebulizer setiap 4 jam

 Bilik yang besar. Satu² nya bilik yang tinggal. Yang lain penuh dengan 
pesakit yang demam belaka.

 Macam bercuti kat hotel...hahaha. Siap bawak baju kerja laki aku skali. Senang takyah nak balik rumah

 Nampak cengkung sket

 aku pon konpius apa maksudnya ni...boleh visit ke tak boleh

lemah je...tapi takmo lepas buah oren yang nurse bagi...akhirnya selamat juga ke perut mama...:P

 lepas buat fisioterapi...nampak cergas sikit.

 haaaaa luluhnya hati tengok Alany pandang aku macam tu...masa ni nurse nak letak nasal drop....

 
gambar terbaru..sihat dan bergaya...kembali tembam.....alhamdulillah


11 comments:

  1. ala sedihnya tgk muka alany tu. bukan luluh hati u je. rasa2 mesti luluh hati semua org yg jenguk blog u ni. muka betul2 nak minta tlg mama tu. sedih!

    eh, tiba2 off topic. adakah bantal orange epy besday tu yg i bagi u dulu? ke i perasan je i yg bagi. ahahaha.

    apa2 pun, alhamdulilah alany dah sihat. good girl, cepat lawan virus.

    ReplyDelete
  2. Memangkan u, sedih sangat tgk keadaan anak camtu. Nasib baikla i tak amik pic masa sesi fisio tu, ha yang tu lagilah sedih. Tapi keadaan tu still bermain je kat fikiran...cheewah! Nak letak nose drop pon dah camtu, cuba bygkan kena masuk tiub bagai. [abg hadif je rela dgn ubat hidung tu..hehehe]

    Hahahaha u cam lagi ye even dah lebam. Lama taw i simpan. Almost 5/6 years i rasa. Ha dah koyak pon i jahit taw...punya la sayang :p

    ReplyDelete
  3. syukur alhamdulillah dah sihat. Azam pun pernah kena mcm ni, berkampung jg kat hospital 5 hari...

    ReplyDelete
  4. Kuat jugak Sue nak mengadap Alany sambil dia menangis minta simpati kat Sue kan. Kalau Nadia, agaknya dh bawak lari kot sbb x tahan sgt...huhu. sedihnya. but u did the right thing dear and now alany dh sihat semula. alhamdulillah...jadi ibu mmg kena kuat esp. mentally kan? :)

    ReplyDelete
  5. akak skrg ni kalo zulaikha ada kahak cuba jaga sendiri kat umah + ulang alik nebu kat klinik ...

    tak sanggup nak admit hospital tengok dia kena seksa sbb fisio tue ... kesiannnn wehhhhhhhh .... uwaaaaaa.

    semoga alany cepat sembuh ;)

    ReplyDelete
  6. As
    Syukur sangat, risaunyer la hai kalau anak sakit ni. Nak cuti lelama awal² tahun ni pon segan. Lama juga ye azam kena tahan. Demam juga ya?

    ReplyDelete
  7. Nadine
    Itulah u cam tak percaya juga sekuat tu nak mengadap. Lagipon time tu papa dia takda. So rasa macam i perlu kuat supaya Alany pon kuat untuk struggle. Huhuhuhu guess not a good start of the yearkan....anyway pejam mata ajerlah, yang penting Alany dah sihat. Thanks nadia n u skarang pon kena kuat ya...take care dear...



    K.nieza
    Untung Zulaikha dapat mama yang pandai nak handle ni. Bab fisio tu memang sangat menyakitkan. Aduh rasa macam kena hiris pisau je. Hari tu doktor ada ajar macam mana nak tepuk² Alany if dia berkahak sangat. So lepas ni boleh apply...tkmo la asyik masuk hospital. Kecik lagikan...kesian.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah alany dah sembuh...susah hati kalau anak sakit ni kan..take care ya alany...

    ReplyDelete
  9. Ana
    Alhamdullilah syukur sangat. Thanks aunty, u take care too

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, alany dah sembuh... kita pun rasa lega kan..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih mamalyna...eh bila nak daoat crab stick popia ni?

    ReplyDelete

CeCiter CeCiter...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...