Wednesday, January 26, 2011

Endometriosis

Rentetan posting laparoskopi dan endometrioma
Dicopy dari blog Dr, Adilah Ahmat (Pakar Sakit Puan). 


Apa itu endometriosis?
  • kehadiran tisu menyerupai endometrium di lokasi lain dari sepatutnya 
  • endometrium pula adalah tisu yang membentuk lapisan terdalam dinding rahim. Endometrium membentuk tempat perlekatan janin (jika ada persenyawaan). Jika kehamilan tidak berlaku, endometrium akan bercerai dari dinding rahim yang lain dan membentuk haid. 

Apa puncanya?
  • pebagai teori 
  • most popular theory - retrograde menstruation (darah haid memasuki tiub falopian dan tumpah ke dalam ruang pelvis, kemudiannya "hidup" mengikut hormon pusingan haid dan lama kelamaan menjadi semakin teruk), walhal sepatutnya semua darah haid ini turun ke faraj

Apa kesan endometriosis kepada seseorang?
  • senggugut (dysmenorrhoea) pelbagai tahap (tiada kaitan dengan tahap endometriosis, ie jika senggugut sedikit sahaja tidak bermakna endometriosis juga sedikit sahaja. Sebaliknya jika senggugut teruk, tidak semestinya bermakna endometriosis juga teruk) 
  • sakit ketika hubungan seks (dyspareunia)
  • masalah kesuburan (terutama apabila ia mencacatkan laluan tiub falopian) atau merosakkan ovari
  • bengkak abdomen seperti ada ketulan (ovarian endometriotic cyst yang besar)

Nama lain endometriosis?
  • endometriosis adalah nama am 
  • apabila endometriosis membentuk ketulan di dalam dinding otot rahim, ia dinamakan ADENOMYOSIS 
  • apabila endometriosis membentuk cyst di dalam ovari, ia dinamakan ENDOMETRIOMA  (yang juga disebut chocolate cyst atau endometriotic cyst)
  • di tempat2 lain, endometriosis tiada nama khusus, hanya guna nama endometriosis sahaja

Bagaimanakah mendiagnosis endometriosis?
  • diagnosis sah hanyalah secara "direct visualization" sama ada secara pembedahan laparoskopi diagnostik atau secara laparotomi 
  • walau bagaimanapun, diagnosis provisonal boleh disyakki melalui pemeriksaan fizikal (ketulan, cervix deviated to one side), ultrasound trans-vaginal (rahim retroverted/terbalik atau senget, ovari - cyst, position not in place), fluid collection during menstruation (most probably menstrual blood)

So, anda boleh mengesyakki diri anda mempunyai endometriosis jika:
  • anda mempunyai senggugut, atau 
  • anda mengalami sakit ketika hubungan seks, atau
  • anda mempunyai masalah kesuburan, atau
  • anda berasa perut membengkak, atau 
  • anda mempunyai kakak atau ibu dengan petanda yang sama (endometriosis boleh bersifat keturunan)

4 comments:

  1. senang baca dlm bahasa melayu... lepas ni sue citer pasal treatment dia lak ye...

    ReplyDelete
  2. Kekadang terms dlm medic ni mmg konpius betul. Ada dalam b.m ni senang la sketkan kak.
    Treatmentnya adalah entry zoladex...

    ReplyDelete

CeCiter CeCiter...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...