Friday, April 1, 2011

Suratan atau kebetulan..

Mak aku selalu kaitkan kalau kita terjatuh / terluka dengan keinginan yang membuak-buak terhadap sesuatu. Kira macam kempunan laaa. Wallahualam.. mungkin secara kebetulan saja. 

Kejadian pertama
My niece yang masa tu berusia 8 tahun, terjatuh dari buaian kat playground dan berdarah la sikit.  Sehari sebelum pergi playground tu, dia dah kecoh² nak makan nasi tomato. Tapi abg ipar aku wat deeeekkkkkk je tak pergi beli. So bila terjadik insiden tersebut, mak aku dengan segera suruh abah pergi beli nasi tomato.

Kejadian kedua
S (nama sebenar) begitu teringin nak breakfast karipap sardin. Tapi disebabkan lambat bangun so lambatlah sampai opis. Dan karipap sardin tersebut dipercayai sudah habis atau mungkin hari tu ada karipap kentang je *anggaran si penulis sebab tak pergi tengok* . Dan akibat keinginan melampaui batas, S (nama sebenar) telah tersadung kakinya ketika berjalan lalu tergolek rabbit. Di mana ketika itu persekitaran jalan raya di bandar kuala lumpur ini adalah sangat sesak. Cuba hangpa bayangkan perasaan S (nama sebenar) dengan keadaan menahan sakit dan malunya ketika itu. Mungkinkah karipap sardin menjadi puncanya?

Itulah senario yang aku nak gambarkan. Sila bayangkan sendiri. Setiap kejadian tu ada hikmahnya. Macam kejadian pertama, anak sedara aku dapat makan nasi tomato. Kejadian kedua pula, S (nama sebenar) dapat cuti sakit hehehehe... sekian...

9 comments:

  1. si S (nama sebenar) tu dapat update blog tak??? ekekeke

    ReplyDelete
  2. sue, lepas ni ana nak tgk la kat diri ana plak, ada x jd mcm ni..heh3x..

    ReplyDelete
  3. hehehe..sue ni buat I senyum sorang2 dpn laptop ni tau. sian dia jatuh smpai dpt m.c. :)


    Hmm, tak tau la suratan atau kebetulan. Tp I tak pernah plak perasan benda mcm tu jadik kat I if I tak dpt something yg I nak. Tp yg I tau, masa ngandung bila ade yg I tak dpt makan, mmg Faaz lahir je air liuq meleleh..hehehe

    ReplyDelete
  4. s (nama sbnr ) tu engko yer .hikhikhik

    ReplyDelete
  5. kesian kat S (nama sebenar).... kat mana beli karipap sardin yg sedap itu? blh tlg kirim kat S (nama sebenar) tak?

    ReplyDelete
  6. As
    Ni S (nama sebenar) tolong replykan. "Dapat je update blog, sbb jari tak sakit nak menaip" hehehe


    Ana
    Apakah keinginan mu itu?...


    Nadine
    Beshh oo dapat mc... tapi totap tkleh kaber tahap malu terjatuh tu...dekat tiang, pokok², kereta² tpt S (nama sebenar) jatuh tu pon dia malu...hahahaa...

    Yeay, sanggup tunggu JJCM ahad lepas taw...comeynya mummy niiiii.
    Selalu dengar part air liur baby meleleh tu...hehe.. This time ada yg tak dapat lagi tak?

    ReplyDelete
  7. Shima
    Pelan² le..kuat sangat ko cakap...syyyy!!! hahahaha


    Yahana
    Ala kat esso sebelah opis kita ni je kak ana...eh ehhh S (nama sebenar) satu opis ngan kak ana ke?...muahahahaha

    ReplyDelete
  8. akak dulu pernah gak..teringin nak makan kuih seri muka. tapi bila ada akak tak jamah dulu..terus main lompat²

    pastu jatuh dagu terkena ngan bucu simen..terus luka dan terpaksa kena jahit. sampai skrg kesan masih ada.

    sebab kempunan gak la tu

    ReplyDelete

CeCiter CeCiter...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...