Monday, December 31, 2012

Susu - pengisian perut si anak

Tadaaaaaaaaaaaa...

Alhamdulillah..murah rezeki anakanda saya. Walaupon tak semeriah kengkawan lain, so far bekalan mencukupi. Bekalan untuk Imani satu hari 5 botol x 2.5oz. Haruslah hari² mengepam supaya bukit yang ditarah tak terus gondol. Selain dari dok mengumpul info kat internet, tips² dan tunjuk ajar dari sifoooo saya ini sangat membantu. Mekasih besan coz tak jemu² melayan gua! Semoga terus bersemangat sepertinya. Perjalanan masih terlalu jauh. Harus terus merangkak untuk memenuhi keperluan si anak seikhlasnya.


 Stok masa mula start kije.. sket jeeee. 
Dalam botol ada yg 4oz ngan 5oz. Yang dalam plastik pack 7oz.


  Haaa nampak tak?...Hasil perahan di opis.
Acecehhh ngengada nak sorok² gitew. 
Satu sesi 5oz. Hasilnya tak tentu, average per session 3-5oz. 


 Terus terang.. kekadang aku terlupa nak mengepam. Tau² je breast dah rasa keras macam hape. Huhuhu. So supaya tak lalai, terus set gambo stok susu as wallpaper kat henpon.. tak cukup dengan tu, background image untuk berwasapping pon aku letak gambo yang sama...hehehe. Bukan apa, kekadang bila teralit sangat buat kerja *lah sangat* , asyik terbabas je dari jadual mengepam. Huhuhu which is not gud! Kat opis, aku dah set at least mesti 3x mengepam. Sebenarnyer ikot jadual yang aku sendiri create, seharusnya 4x. Tapi tak sempat. Susah nak memenuhi jadual sendiri. Nak buat benda baik memang ada je dugaannya.


Ok, ni nak share satu cerita yang aku baca hasil dari blogwalking masa tengah berpantang dulu.

Begini kisah nya…

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...



********************************************* 

siapa ada kupon ni? sudilah berikan pada saya ye (^_-)



10 comments:

  1. sue, jgn mengalah kalau susu kita sikit..insyaallah..sikit2 lama2 jadi bukit..nasihat ana, pump konsisten ikut timing. insyaallah hasil makin mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekaseh ana.
      Tengah mengadjust keadaan. Nak kata bz sgt kat opis ni tak juga. Tapi tu lah, byk leka..huhuhu.. kena blajar byk lg dr ana ni..:D

      Delete
  2. ishh, mana ada i sifoo. kita sama2 belajar :P.

    alhamdulilah bnyk stock u tu. i dulu a msa start kerja ada 6 botol 3oz je tau. so, chaiyo chaiyo mesti u pun boleh.

    nanti ajar i pasal plastic pack tu eh. i nak pakai sbb nak save fridge storage tp mcm tak boleh pikir how to. tambah2 nak bawa ke nursery, cemana diaorg nak panaskan n bla bla bla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U banyak ajar i.
      Tak jemu² di soal siasat..hahaha mekaseh sgt! i lap u lah.
      Doakan i berjaya bf imani selama yg boleh yer. Mudah-mudahan rezeki menyebelahi kitowang :D

      Pasal plastick pack tu amacam?...dah diskas ngan father of nature?...hehehe

      Delete
  3. alhamdulillah, tu kira meriah jugak rezekinya compared to masa Faaz dulu. InsyaAllah Sue, nnti dah consistant naik lagi hasilnya. Keep it up dear! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih nadia.
      Alhamdulillah setakat ni masih mencukupi.. riso juga Imani makin besar, supply kene lebih. Admire dekat nadia yg boleh bf twins. Kene extra gigih ni!

      Delete
  4. caiyok sue....

    sedihnya baca citer tu...hingga di saat2 akhir, anak tetap diutamakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekaseh kak! Doakan saya terus bersemangat ye.

      Huhuhu sebak baca cerita tu. Skaligus terus membuatkan semangat saya membara. :D

      Delete
  5. salam su, tau2 baby dah besar ye? rasa masa BW dulu baby belum keluar.

    kelass gambar wallpaper gambar stok susu. sebagai semangat kot tu. n ayat bukit yg ditarah tidak gondol itu sagat belapik hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Adia.
      Awak..rindu sungguh ok..sila kembali ke dunia ini pls.
      Cik piya pon dah cam anak dara...mencomel tak tentu pasal..cantik rambut dia.

      Hahahaha oklah kan letak gambo tu. Mamanya ni ralit sangat.. ni kalau bebuat tk ingat juga mmg saja la kan...:p

      Delete

CeCiter CeCiter...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...