Monday, July 12, 2010

Komen hilang...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sari berita hari ini. Sejak akhir² ni, komen² anda sudah pandai menghilangkan diri. Kenapa dan mengapakah hal ini boleh berlaku? Bila publish aje, komen tu tak kelihatan di tempat sepatutnya....ke mana menghilangnya? Jangan biarkan hidup eden diselubungi misteri....tolong laaaaaaaaa....camno nak buek ni?....kang ado yg ingat den sajo delete komen ekau orang plak....wawawawawa

Friday, July 9, 2010

Alany at 1 month

Diusia 31 hari

sedap je tido...tunggu jap lagi

  • Berat dah bertambah ke 3.8kg during 1st check-up kat Az-Zahrah. (HepB II)
  • 1st time demam suku hari pas kene jab. Mama baru dapat tahu, if baby kene jab kiter kene tuam tempat kene injek tu untuk mengelakkan baby demam. Alany strong, makan ubat sekali terus kebah.
  • Semakin alert dengan persekitaran, pendengaran dan penglihatan. Papa cakap Alany busybody. Suka feel comel sangat bila orang dok panggil nama dia. Mula la wat muka yang mama rasa nak geget je.
  • Sangat selalu buang angin a.k.a kentut....bila dok menyusu nak burpkan mesti sound system bawah yang berbunyi
  • Tanggal pusat pada hari ke-10. Orang tua cakap kalau lambat degil. Owh jangan camtu ye sayang.
  • Dalam tido suka senyum² dan gelak terkekek...memula suspen jugak bila dengar gelak mengekek tu, ingatkan kot tersedak atau batuk. Agaknya tengah mimpi main cak² kot...
  • Kuat mengeliat. Opah kata nak cepat besar. Habis merah padam muka.
  • Mempunyai kebolehan melalak yang sangat kuat dan tinggi. Bila lapar atau basah sangat, takde intro² dah...terus high pitch baik punya. Macam kena gigit kerengga je.
  • Paling suka kalau tak pakai seluar, muka sangatlah bebas.
  • Sepanjang sebulan ni baru 3 kali keluar rumah. Semuanya sebab pergi klinik untuk cek jaundice. Alany mandi air bilasan beras untuk hilangkan jaundice...dan alhamdulillah 2x mandi jaundice turun dari TSB-9 ke TSB-5
  • Alany yang berambut lebat dicukurkan pada usia 24 hari. Sedihnya hati mama tgk gegurl dan jadik cam boboy. Tapi takpe, rambut alany jenis cepat panjang.
  • Tak suka dibedung...1st 2 weeks je kene bedung, lepas tu tak lena tido kalau dibedung...jadik Opah bedung kaki Alany saja.
  • Masa 1st time mandi memang menjerit sakan. Terkejut gamaknya. Tapi skarang ni suka sangat mandi. Nak² lagi kalau papa yang mandikan...mula la buat muka comey. Huhuhu mama sampai la ni belum mandikan Alany.
  • Ruam rajen naik kat muka. Kejap hilang lepas tu naik balik. Kat muka je naiknya...alergikkah?. Doktor kata normal pulak.
Steady lagi

uwaaaa...uwaa...3x terus senyap

My CinTaHati yang motak...

sebelum (di usia 24 hari)

   selepas (hari ke2 dicukur)          sekarang (hari ke10 dicukur)

Comey tak?...papa dia kata tak comey. Tapi mama tatap cakap cintahati mama ni comey walau dalam keadaan apa pon...rasa nak geget je...motak pon motaklah...cepat tumbuh rambut ye sayang...



Friday, July 2, 2010

Salam petang jumaat...dah masuk opis ke semua? *pada yang bekerja* ....ke mana merayap bershopping tadi? hahaha...yerla dah la jumaatkan, gaji minggu lepas pon sure belum luak lagi...maken panjanglah jejak langkahnyer ni...anyway nak jugak sesebok bagitaw yang aku tengah kalut nak submit appraisal form ni....due date arini, maka arini jugak baru nak anto....dah siap, gempak baik punya aku bagi tapi tu la...dari tadi nak tekan button send kat emel tu tak lepas²....gabra beno this time...agaknya baper la aku dapat ye?...ado ke nan ado...mak pasrah...uewwwww!!!

to miza...amacam opis baru?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...