Tuesday, December 6, 2011

Sudah tonton!

 
 Ombak rindu saya!

Wokeh, diakui filem ini best! 3.8/5* la aku bagi. The rest aku akui agak kurang 'puas' menonton Ombak Rindu walaupon aku separuh-angau-kat-hariz-yakni-aaron-aziz. Awal² aku dah set dalam kepala don't expect tooooo much untuk filem yang diadaptasikan ni. Takmo rasa keciwa seperti cerita Lagenda Budak Setan. Tapi aku gagal.. hahaha. Bermula je cerita, aku pon start bermain ngan emosi dan perasaan. Dah berombak-ombak jadiknya bila mind aku asyik meng-compare antara realiti depan mata dengan fantasi dikala membaca novel.

Eh halu halu haluuuuuu! filem ni 2 jam 5 menet je ok. Mana ko nak sumbat semua scene, semua watak. Ni pon dah kira bagus dah taw. Syabas Osman Ali. Tapi aku percaya, pada yang tak baca novel terdahulu.. pasti korang rasa inilah cerita melayu terbest diabad ini..ewah!

Naper aku tak puas?
  • Kurangnya scene penderitaan Izzah. Lagi terseksa lagi terusik perasaan.. mm nape Mak Hajar baik beno.
  • Suara Izzah besar sangat dan matured untuk umur 19 tahun. Lakonan dah superb...tapi tak blend
  • Mila totally out. Tak cukup vogue.  Tak best. Aksi lakonan Lisa ni semua sama. Takda beza dalam setiap drama/filem. Asal marah je hidung mesti kembang², lepas tu tarik nafas dalam² sambil pejam mata dan angkat tangan. Bila jerit / mengamok pon style sama.. sampai aku ingat aku tengah tengok LBS.. syadis betol!
  • Datuk Sufiah gedik dan seksi nak mampos. Tak sesuai! Aku bayangkan pelakon yang pakai baju putih tu bawak watak ni.. sapa eh nama dia? Sofia Ibrahim kan?
    Aku jumpa kat beautifulnara.com


     Positifnya filem ni
    • Menghalalkan yang haram supaya tidak bergelombang dengan dosa
    • Pengajaran tentang jalinan kasih sayang antara suami isteri dan keluarga
    • Kesetian seorang isteri yang teraniaya

    Kesimpulannya, adakah aku patot berhenti membaca novel melayu atau jangan sesekali lagi menonton cerita yang diadaptasikan?.. hahaha.. takpon, aku sokong filem adaptasi perlu dipanjangkan lagi sehingga 6 jam... muahahahaaha lebam dok dalam panggung wayang! eh eh naper LOTR ngan Harry Potter best? ok diam.. jangan compare lagi! 

    Monday, December 5, 2011

    Demam Ombak Rindu

    Antara OST ombak rindu... layan seh!


    Untuk Kamu - Hafiz



    Lara Lagi - Adira

    Berbaloi ke pergi Pureen Clearance Sales

    Sangat Berbaloi
    ..sekiranya list yang nak dibeli.. *dah buat list so dah tentu banyak*
    ..sanggup datang awal

    Tidak Berbaloi
    .. kalau setakat nak beli baju 2 helai atau syampu sebotol
    .. kalau saja nak mengusha /compare harga kat tempat lain

    And the list goes on.. otai² meh tolong tambah :p

    Ni rumusan aku. Keadaan kat sana sangat sesak. Semua berebut-rebut dan tamak. Siapa yang taknak benda murah tapi berkualitikan? Kalau korang sanggup meredah, pasti tersenyum puas. Kalau tak, dinasihatkan jangan pergi. Sebabnya korang akan komplen frust terutamanya kat baju-bajan section. Dah habis, tinggal sikit, takda pilihan, etc. Belum lagi rasa sakit hati dan menyampah tengok orang dok melonggok menyorting baju kat tepi². Ada satu family ni, siap bentang tikar lagi...haih apaaaakaaaahhhhh!?

     
     
     Antara yang dibeli. 
    RM6x8 pasang baju basahan, Rm12x3 pasang sleepwear .. okayla tu!


    This time, aku dah tkda nak menagih kat hasil buangan orang lain macam dulu . Apa yang dapat itu ajelah. Takmo berlama-lama dan menambah kesesakkan. Masuk pukul 9.30, pukul 11 aku dah keluar. tu pon sebab 30 minit beratur nak bayar. Kaunter memang banyak.. tapi orang nak membayar pon ramai.

    Owh ya, nak tambah sket. Untuk yang terpaksa membawak anak, aku boleh terima. Sebabnya terpaksa. Sebab musabab kenapa terpaksa bawak, dah orang tu TERPAKSA! dan terpaksa juga bawak stroller sebab lenguh nak memegang baby. Okay TERPAKSA untuk keselesaan si anak. TAPI aku tak paham kenapa ada yang PERLU bawak tricycle ke tempat begini.... uwaaaaaaaa rasa nak nangis kat bapak budak tu bila sebok dok " tumpang lalu.. tumpang lalu...'' haaaaaaaaaaaaaaa terus my blood go upstairs. Nasib tak berlaku kejadian hampir nak pitam lagi.

    korang mampu pergi warehousesale sambil bawak anak naik menatang ni?


    Saturday, December 3, 2011

    La Tahzan!

    Masih lagi menceritakan tentang si PS.. maaf pada korang yang tertanya-tanya.


    PS : Saya stress!
    Doktor : Kenapa stress?
    PS : Saya rasa dunia tak adil
    Doktor : Sedih?
    PS : *nanges*
    Doktor : Sedih membuatkan kita stress


    Sedih adalah fitrah manusia kala ditimpa ujian. Tak siapa pun boleh menafikannya. Cuma kesedihan yang PS hadapi tidaklah sehebat kesedihan seorang anak yang kehilangan ibu bapanya, seorang ibu yang kehilangan anaknya atau banduan yang sedang menghitung hari ditali gantung.


    Cuba tanyakan pada hati : 'Kenapa aku menangis?' 'Sedih?' 'Kenapa aku sedih?'.
    Bagaimana jika aku yang menggantikan tempat mereka yang diuji sehebat itu? Kata benakku.
    Sanggupkah aku? Kata hatiku.
    Kata benakku : Jika engkau tidak sanggup, mengapa engkau menangis?
     
    Ujian itu nikmat atau bala?

    "Nikmat yang membawa diri kita jauh daripada Allah itu ialah bala, dan bala yang membawa kita dekat dengan Allah itu ialah nikmat".
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...