Ini adalah kejadian 14 July yang lepas. Terjatuh dari 2 anak tangga. Mmm naik la benjol sebesar guli. Cecepat aku laki bini gilir² tuam...dalam 30 minit surut la benjol tu. Pergghhh 1st time ngadap situasi macam ni, terus aku panik. Terpegun seketika, kena jerit baru berada di alam nyata....hihihihi.
Ha yang ni pulak terjadinya 2 hari selepas kejadian pertama. Main² dekat luar rumah, skali tersadung. Tapi kali ni aku cepat bertindak. Eh kalau cepat takkan la leh tersadung :p .. sudahnya bercalar kat hidung. Sapu minyak gamat, letak vitamin E..skarang kulit yang mengering tu dah terkupil sendiri. Risau pulak kalau tinggal parut.
Petikan dari drsaiful.blogspot.com
Jika si manja anda terjatuh, tanda² berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda² tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah/cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah-muntah memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan
Semua tanda-tanda yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.

alahai kesiannya Alany.
ReplyDeleteTp sue, jatuh2 ni mmg tak dpt nak dielak. mesti akan jadi punye kemalangan tak berbau ni..huhu
Huhuhu cian kan. Bila dia nangis tu, alahai sayunye rasa hati. Mulalah nak menampar diri sendiri sebab tak pay attention 100%. Tapi baby ni kejap je seriknya, pas meraung tak hengat...buat balik... geram je.
ReplyDeleteBetul tu Nadia, dalam berjaga tu terjadik jugak. Nak kawal sgt pon tak elok jugak, sebab diowang tgh nak explore...
risau je kan.bdk bdk ni tak balance lagi..mesti ada je tersadung terjatuh bila berlari
ReplyDelete