Friday, July 8, 2011

Cuti sakit mata

I'm on medical leave for 2 days which means i'm excused from kerja opis selama 2 hari. Akan tatapi, kerja di rumah harus dilaksanakan sebaik mungkin. Ini kerana anakanda tercinta, terkasih lagi terindu tiada menemani dan mengacau mamanda disaat ini. Bolehlah mama membaca novel dengan feelingnya :D... eh helllooooooooooo! baru je dapat pesanan khidmat penaja, "kalau rasa larat tu,tolong la kemas rumah sket ya...." ... "baeklah" jawap si isteri yang patuh. Selang brapa saat kemudian, tetiba kedengaran lagu One In A Million by Ne-Yo *mesej alert tone aku daaaaa* "anak takda ni, senanglah awak nak mengemopkan?" tetiba ada KAN... bila pulak aku cakap nakk mengemop...hmmm mesti ada maksud tersirat..okay takpa mak paham.

Panjang pulak mukadimah. Sebenarnya aku dapat mc due to eyes infections. Malam mulanya aku sakit kepala sebelah kiri, migrain attack gitu. Telan pain killer terus tido. Bila pagi still rasa bebal lagi. Mata rasa berselaput..owh taik mata kering. Patot mata kiri susah nak buka. Tengok cermin, mata merah.. mm kompem sakit mata la ni...Semalam tkda la seteruk hari ni. Pagi ni siap rasa mata bengkak sket..berair lagi...pedih ko aku ngadap laptop ni... tapi ngadap juga :P... Jadiknya, suami mak buat keputusan nak hantar Alany ke rumah babysitter. Owh macam drama swasta tadi, aku kejar turun bawah ok... sebab rasa sedih nak tinggal sorang. Mana pernah aku cuti, alany tiada di sisi...feeling me tak?

Bercakap pasal sakit mata ni, SIL aku pernah kabo.. kalau orang tu bagi tahu sakit mata, ko kena cakap ko sakit montot sesambil tepuk montot ko..hahaha dari mana la kakak ipar aku dapat ni..contohnya

"eh tyra banks, cuti ke arini?" pastu si tyra jawap "a'ah cuti..saket mata" terus ko kena tepuk montot ko sambil cakap "ai sakit montot" hahahahhaha.....kelakar jaaaa...ni petua tkmo dijangkiti katanya.

Lagi satu babysitter kabo tadi, kalau orang dah start main layang-layang..maknanya dah startlah musim saket mata. Alamak ada kena mengena eh..? sumpah tak pernah dengar.

Kat opis aku, memang lately ni slalu je ada yang sakit mata. Bila sorang baik, sorang lagi kena...gamaknya aku  dapat jangkitan dari opis kot. Lepas ni kita tengok siapa yang kenaaaaaaaaaaaaa.. eh aku tak doakan, cuma nak tengok sapa yang tak tepuk montot...hahahahaha...

Okayla dah pukul sepuluh lebih daaa, mak nak mulakan rutin surirumah... biar lantai bersinar-sinar dari luar pagar. Biar gunung kinabaju dah siap basuh, berlipat hatta ber-iron skali, minuman petang tersedia dengan cekodok ikan bilis, makan malam tinggal nak perhangat jaaa *maknanya mak masak awal ok!* biar rumah kemas dan wangi... barulah mesra suami isteri....ehhh ehhhh....

5 comments:

  1. Speedy recovery to u sis...get well soon!

    ReplyDelete
  2. wah..wah..mc mc pun siap dpt pesanan dr penaja lg kan..:)

    moga cepat sembuh sue..

    ReplyDelete
  3. Ahkak Riko,
    Tengkiu...alhamdulillah ari ke3 mata dah sihat. Skarang teringin nak makan mee udang, agak² mata gatal tak? :p


    Ana
    Hehehehe gitulah. Alany takde, senang sket nak mengemas. Kalau tak tu, dia pon sebok tlg mama 'mengemas' juga...

    ReplyDelete
  4. aku aritu kena sakit mata..tp jangkit dr bdk bdk hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah aku dah ok. Risau jugak kot berjangkit kat Alany.. doktor kata cuaca jerebu ni mmg ramai yg skt mata

    ReplyDelete

CeCiter CeCiter...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...