Nak terkucil ku tahan jebat
malas? menguji daya ketahanan? menduga kekuatan kemutan?
Aku selalu dengar orang kata PEMALAS LIPAS. Hehehe pelik, apa kena mengena dengan lipas. Kenapa tak pemalas tikus, pemalas buaya, pemalas sugar glider aka haiwan kesayangan?
Ok, malas pada aku adalah penyakit, bukan sifat. Malas ni sebenarnya mainan hati, seterusnya ke otak. Dia punya relation cukup kuat. Apa hati kata itulah otak atau minda kita akan buat. Ibarat bos bagi arahan kat orang bawah. Siapa dok berani bantah.. aku tak berani, aku tak berani *sambil geleng kepala*
MALAS adalah permainan psikologi.
Macam puasa contohnya. Kenapa bila bulan Ramadhan boleh pulak kita tak makan sampai le time berbuka. Tak mati pun.. kalau bulan lain bangun pagi aje dah berkeriut perut kita minta makan. Tu sebab kita dah niatkan dalam hati esok puasa, aku takleh makan.. so otak pun kerja dia pikirkan takleh makan.. pasal tu kita boleh dapat kekuatan sebab hati kata camtu. Tu cerita puasa wajib, cer puasa sunat.... mmm..
Sama le juga dengan kes malas yang ni. Ni kes aku sebenarnya...hehehe... Besok nak kerja, malam ni dah start merungut kat hati ..''ish..malasnya.. esok dah nak start keja balik.. kejap je cuti.. ish ish ishhhh..!'' agak² apa jadi esok? MC, EL...? Macam mana kita set macam tu la hasilnya nanti. Kalau pergi kerja pon kompem malas sepanjang hari.
Jadi atas kesedaran diri, aku mahu dan terus belajar benda ni. Sedang menyemat dalam hati. Pointnya, betulkan NIAT untuk betulkan MINDA, sebab malas ni kerjanya dari hati. Setting kena betul. Macam remote control.. apa yang kita tekan di controller itulah yang akan terjadi. Lainlah kalau bateri kong atau salah setting.. heheh. Jadi wake up bebeh.. sekarang juga kita mulakan dengan senyuman penuh ceria, cergas dan niat yang positif, insya-Allah kita pasti tidak malas lagi!! Jom buat milo tabur..:p
Budak rajin makan sendiri
nak milo tabur jugakkkk...:)
ReplyDeleteperghhhh, macam motivator la pula! terus semangat! semangat nak download boboiboy dalam iphone tuk hadif. huahuahuahua!
ReplyDeleteAna
ReplyDeleteSila² buat sendiri :p
Ada rezeki, kita buat sesama ye..*wink*
Dyana
Huwawawawa eh i kan penah kerja ngan pakar motivasi merangkap penyanyi tu...haruslah!
Punya smgt nak mendonlod smpai tk online yer...cis! dah la smlm cuti..rindu ni
WuMing tiap -tiap hari malas... Tapi masa bangun dan sebelum mandi saja..
ReplyDeleteDah mandi.. dah ok dah..
Cuma kadang-kadang mengantuk saja kat ofis..
betul tuh! setuju sgt2! lagik1 nak tambah, klu wat mende +ve/baik/yg kita kureng sker, musti malas lebih! cer wat mende2 yg -ve/xberapa baik/yg kita sker sgt2, confirm laju jer kan? haish! nak kene tune balik hati nih! hu3..
ReplyDeleteAda musim malas, ada musim rajin. Macam blogging ni, bila malas. Aduhaiii... nak tengok pun malas.
ReplyDeletehehehe..
Mengomen tak malas pulak. :)