Thursday, March 25, 2010

Put yourself in my shoes!

And you're going to understand!!!...Kalau tak faham juga tak tahulah nak cakap awak ni spisis apa. Kenapalah awak sering persoalkan rezeki tuhan...Saya tak faham la...kenapa ada setengah orang terutamanya kawan² yang dah lama tak jumpa *tetiba terjumpa kat FB, etc* ...1st skali dia akan tanya anak dah berapa orang. Sejuta perasaan saya nak jawab soalan awak tu. Rasa rendah diri, marah, kecewa semua ada. Sepatutnya dah lama tak berkontek tu, apa kata tanyalah khabar saya ni dulu...tertonggeng ke, terlentang ke...Macam tu la jugak saya bila nak bertanya pada kengkawan yang belum berkahwin. Siapa saya nak mempersoalkan jodoh seseorang. Soalan ni semuanya sensitif. Sepatutnya fikir dulu sebelum bertanya. Mungkin saya agak sensitif hari ni...tapi sebetulnya saya memang hari² sensitif *sensitif la sangat * .

Itu belum ada yang bijak pandai cuba nak nasihatkan saya..."tak payah la nak plan²...biarlah at least dapat seorang" ... "ko projek la hari²...buat OT skali" ..."buat posisi camni, buat la camtu" hey bodoh piang betul.  Ingat senang ke nak buat anak?. Memang ramai yang bunting pelamin...ada yang less than a year je dah menjadi...Ini adalah qada' dan qadar tuhan. DIA yang menentukan. Tipulah kalau saya kata tak mahu anak, nak enjoy dengan suami dulu. Kalau dah camtu apa kejadahnya saya berkahwin dan mengandung sampai 3 kali. Rezeki saya hanya untuk merasai pengalaman di alam hamil...tapi belum lagi untuk menimang zuriat saya.

Sesungguhya Allah belum mahu beri saya zuriat. Tetapi saya dikurniakan  seorang suami yang amat memahami, yang tidak pernah mempersoalkan kenapa kami tidak punya zuriat, yang sanggup melalui detik² sukar bersama, yang sanggup mendengar keluh kesah saya yang kekadang terlalu banyak mempersoalkan, merungut tentang kehidupan. I really been blessed. Surrounded by all the people that loved me much. My family dearest, family in laws, kengkawan semuanya kuat memberi saya semangat dan tak pernah mempersoalkan kekurangan saya. Cuma awak, awak dan awak yang cuba untuk menyakiti hati saya!!! yang telah mengetahui tetapi tidak mahu menyelami hati dan perasaan saya!!!

Saya ni memang seorang penyabar. Paling tak tahan pun saya akan menangis aje...Itu cara saya nak melepaskan marah, geram atau tekanan. Saya berpegang pada rezeki itu adalah ketentuan ALLAH. Dan ALLAH trying to teach something from your mistakes or telling you to open your eyes. Namun doaku tak pernah putus...Tuhan tolonglah hadiahkan saya zuriat sebagai penyambung warisan kami....aminnn.......

7 comments:

  1. sedih baca.. tp tu la.org yg penah mengalami je tau mcm mana kan..
    take caree

    ReplyDelete
  2. tak paham bahasa ke apa derang ni yg dok bg tips nk bg ngndung..awk bukan tak leh ngndung..

    sabar jer la..ignore je msg2 pertanyaan yg tak penting

    eh..byk novel awk beli..pinjam meh! haha
    lama giler tak baca novel2 ni..

    ReplyDelete
  3. sapA...saPA...sAPA...SAPA!!!...sapa yg sibuk sangat tu? tak reti ke nak try paham dulu apa org tu rasa dari nak mengomen je keja nya.

    abaikan je org cenggini sue. tak bawa diuntung pun kalau berkawan. insya allah, i always hope the super duper the best for you and pyan :).

    ReplyDelete
  4. memang ramai spisis manusia yg tak sensitif camtu..
    mementang hidup dia bahagia, kawen awal, anak berderet2..
    so dia ingat org lain yg takde ape yg dia ade tu LOSER.
    hish benci betul dgn golongan tak sensitif camtu kan. =(
    semoga Allah memberi hidayah kat diorang supaya lebih bersikap sensitif dimasa hadapan.. Amin..

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan,

    I totally understand ur feeling dear. Wpun situasi kita tak sama. You, persoalan tentang anak. I persoalan tentang BF. Ditakdirkan Allah I hanya mampu BF my son until 4 months. Dari day 1 anak I ade je org nk compare2 milk suppy I sampailah I terpaksa stop BF. Mcm2 assumption, persoalan yg dia buat and brape kali hati I terguris hanya Allah je yg tau. and yes, I jugak menangis mcm you. Lepas tu br rasa sikit lega.

    You jgn putus asa yer. Akan ada rezeki itu, InsyaAllah. My friend ade yg dapat anak after 7 years of marriage n dia tak pernah putus asa. Jgn dilayan org2 mcm tu. Senyum je, iyekan aje ape org nak kata tp kuarkan kat telinga kiri. Pk positive je yer. :)

    Em, btw...if you dont mind, I ade suggestion. Kalau u berminat nak cuba, mana tau ade rezeki kan :)
    cuba baca entry ini:
    http://thecaramelizegoddess.blogspot.com/2010/03/picit-picit-badan-d.html

    ReplyDelete
  6. rezeki masing2... ada gak yg rezeki anak ramai, tapi still ada masalah lain... ada gak yg takde rezeki lagi nak dpt anak, tapi ada rezeki & nikmat lain... sabar jelah sue... pedulikan diorang tu sumer... yg penting kita hepi... husben memahami... ye tak???

    ReplyDelete
  7. salam...
    thx semua...mmg perit nak telan apa yg org ckp...waima bila dah ludah pon still terasa...saya tahu saya kuat, dan saya takkan putus asa dgn sindiran manusia bodoh tu.

    to nadine
    salam perkenalan...punyalah nak cuba igt i pernah tgk u kat mane...hehehe, skrg dah taw dah...faaz sgt comey ok! anyway insyaAllah one day nanti i try berurut ngan ustazah zaleha pulak...keep in touch ye

    ReplyDelete

CeCiter CeCiter...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...