Wednesday, March 31, 2010

Mari mengisi masa lapang...

There are 5 games i'm really addicted to right now...hari tuh dah stop... ni baru nak start balik... punyalah dah jauh ketinggalan...ni lah akibatnya setelah almost a month downtime *bukan lebih ke?* ... huhuhu...tapi saya tak makan gaji buta ya...saya dengan rajinnya datang opis, tapi dah takde keja nak buat... jadik inilah cara saya mengisi masa lapang...

Farm Ville
Really really addicting game! 

Cafe World
I used to hate this game...then i gave it a second chance and i love it!!!

Fish Ville
Ntah kenapa main ni pun tak tahula...

Word Challenge
Game yang membina

 Scrabble
Yang ni lagi sangat membina

Monday, March 29, 2010

Kalau dulu boleh, skarang pun mesti boleh!

Hye!... *happy mode* ...tengah berkobar-kobar sangat ni...nak kembali ke zaman silam... zaman boleh pakai baju saiz S,M, 36,38... .tapi seluar takyah bagitau la...bak kater orang utara ''pungkok besaq sangat'' ...hahaha...but at least, dapatlah pakai balik baju lelama tuh...sayang oooo.....tapikan bila tengok anak sedara aku yang tingkatan 5 dengan darjah 5 dah boleh pakai jeans romp aku yang bersize M di kala skarang ni...amatlah terkagum sekejap coz time aku pakai seluar tuh aku tengah bercinta ngan laki aku...humang aiiii keciknyer i dulu...ekekeke...last friday pergi rumah ibu pun achik nar dah tegur aku dah nampak kurus sket. Maybe sebab dah lebih sebulan dok pegi main badminton every saturday. Lepas tuh dah start jogging ngan marina kat klcc...seminggu 2 kali...cuma makan je susah sikit nak kontrol. Aku boleh skip breakfast *mmg spisis tak breakfast pon* , boleh skip lunch if terbreakfast tapi bab makan malam tu....alahaiiiiii...
  
 melentok-lentok...gedix! - gambar lama ya -

Well aku selalu berkongsi hal² diet ni dengan Miza , ushar² blog dari bloggers yang sedang berdiet kat sini. Sangat salutelah dengan diowang sebab berjaya. Aku ni aje yang bersemangat sekejap lebihnya tergugat...hehehe...tapi kali ni InsyaAllah...tak sabar nak start aerobic class ni... * yippieee! *

Thursday, March 25, 2010

Put yourself in my shoes!

And you're going to understand!!!...Kalau tak faham juga tak tahulah nak cakap awak ni spisis apa. Kenapalah awak sering persoalkan rezeki tuhan...Saya tak faham la...kenapa ada setengah orang terutamanya kawan² yang dah lama tak jumpa *tetiba terjumpa kat FB, etc* ...1st skali dia akan tanya anak dah berapa orang. Sejuta perasaan saya nak jawab soalan awak tu. Rasa rendah diri, marah, kecewa semua ada. Sepatutnya dah lama tak berkontek tu, apa kata tanyalah khabar saya ni dulu...tertonggeng ke, terlentang ke...Macam tu la jugak saya bila nak bertanya pada kengkawan yang belum berkahwin. Siapa saya nak mempersoalkan jodoh seseorang. Soalan ni semuanya sensitif. Sepatutnya fikir dulu sebelum bertanya. Mungkin saya agak sensitif hari ni...tapi sebetulnya saya memang hari² sensitif *sensitif la sangat * .

Itu belum ada yang bijak pandai cuba nak nasihatkan saya..."tak payah la nak plan²...biarlah at least dapat seorang" ... "ko projek la hari²...buat OT skali" ..."buat posisi camni, buat la camtu" hey bodoh piang betul.  Ingat senang ke nak buat anak?. Memang ramai yang bunting pelamin...ada yang less than a year je dah menjadi...Ini adalah qada' dan qadar tuhan. DIA yang menentukan. Tipulah kalau saya kata tak mahu anak, nak enjoy dengan suami dulu. Kalau dah camtu apa kejadahnya saya berkahwin dan mengandung sampai 3 kali. Rezeki saya hanya untuk merasai pengalaman di alam hamil...tapi belum lagi untuk menimang zuriat saya.

Sesungguhya Allah belum mahu beri saya zuriat. Tetapi saya dikurniakan  seorang suami yang amat memahami, yang tidak pernah mempersoalkan kenapa kami tidak punya zuriat, yang sanggup melalui detik² sukar bersama, yang sanggup mendengar keluh kesah saya yang kekadang terlalu banyak mempersoalkan, merungut tentang kehidupan. I really been blessed. Surrounded by all the people that loved me much. My family dearest, family in laws, kengkawan semuanya kuat memberi saya semangat dan tak pernah mempersoalkan kekurangan saya. Cuma awak, awak dan awak yang cuba untuk menyakiti hati saya!!! yang telah mengetahui tetapi tidak mahu menyelami hati dan perasaan saya!!!

Saya ni memang seorang penyabar. Paling tak tahan pun saya akan menangis aje...Itu cara saya nak melepaskan marah, geram atau tekanan. Saya berpegang pada rezeki itu adalah ketentuan ALLAH. Dan ALLAH trying to teach something from your mistakes or telling you to open your eyes. Namun doaku tak pernah putus...Tuhan tolonglah hadiahkan saya zuriat sebagai penyambung warisan kami....aminnn.......

Tuesday, March 23, 2010

Sakit pinggang!

Hari ni 1st day period after dah 5 days lewat. Huhuhu sakit pinggang ya amatsss...Yang aku notice...after miscarriage last year *lama sangat bunyinya...hehehe* setiap kali period mesti sakit pinggang...sampai terpaksa tampal salonpas *mau terbakar pinggang aku...panas seh * untuk melegakan kesakitan dan kesengalan pinggang aku tu. Skarang ni nak buat research sket camnolah cara nak kasik dinding rahim aku ni menebal balik...huhuhu...anyone can help??? Hidup harus diteruskan!!! Oleh sebab aku dah period ni...maka aku nak hadiahkan something untuk diri aku...ekekeke..jangan tak tau aku dah sign up untuk fitness class kat area rumah aku aje. Okayla coz ada gym, aerobic, cardio, etc...basic² aje..aku ni pon terkenal dengan hangat² air suam aje...


Anyway takde kena mengena pon, tapi saja nak tayang antara novel yang berjaya dirembat kat pesta buku...actually kalau ikut list ada 3 novel lagi tak beli, kisah Natrah pon tak jumpa...tapi sebab tkmo terlebih budget, maka aku tarik nafas dalam²...hehehe


 pssstt semalam aku mc...tapi boleh sampai ke ikea...opsss!!! 

Tuesday, March 16, 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010
Kuala Lumpur International Book Fair

Tarikh : 19 – 28 Mac 2010
Tempat : PWTC Kuala Lumpur
Masa : Isnin – Khamis (10.00 pagi – 8.00 malam)
Jumaat – Ahad (10.00 pagi – 9.00 malam)

Maklumat lanjut sila ke : http://www.kualalumpurbookfair.com


Ni adalah senarai novel yang wajib dibeli...ada yang last year dah diterbitkan...tapi aku memang sengaja nak beli time book fair ni *dapat diskaun lebih sket*

lagi satu harap berjaya dapat buku KISAH NATRAH. Teruja sangat nak melalui pengalaman beliau.


Bila saya baca novel, saya akan jadik pendiyam yang amatsss sangat...tapi nanti ada je orang yang akan buat saya banyak bercakap...

Monday, March 15, 2010

Puding Karamel...

Malam tadi dengan rajinnya dok buat karamel. Actually senang babas nak buatnya. Cuma antara rajin dan tidak saja. Aku buat pun after dah braper kali kena claim *i kan pemalas....muahahaha....* Ni first time buat dalam cup kekecik ni...selalunya *selalu ke?* dok buat dalam loyang....cuma kali ni rasa nak ngetest dalam cup coz lebih senang nak bawak dan senang nak makan. Tapi yang pastinya rasanya memang maintain sedap eventhough appearance not so good...Setelah diteliti dan ditanya dengan otai² rupernye sebab dah "terpukul" lama sangat...sepatutnyer jangan sampai berbuih...over taw.


start buat pukul 9.15 malam...masa nak buat amik...tapi time siap lupa plak...average sejam laa...coz kukus dalam 30 minit...bahannya senang aje. Gula, susu cair, telur, esen vanilla, air, tepung jagung (kalau takde pon tkper) dan bekas kekecik tu. Bancuhan ni sama jugak kalau guna loyang.
  

Ha ni la loyang yang selalu aku gunakan...Dok guna loyang sebab dia "clear" so that takda la terhangus gula tu nanti. Aku suka kaler gold camni ajer...Masukkan gula 1 cawan pastu bila dah nampak kegoldlan tu, letak air separuh cawan tadi...jangan panik sebab dia akan berbuih-buih...teruskan mengacau *api harus perlahan* ya...sampai larut dan tak berketul-ketul.


Lepas tuh terus tuang dalam cup kecik tu. Aku letak 2 sudu besar...agak manis *tapi org lain kata ok, aku je tak suka manis* so..next time aku letak 1 setengah sudu ajelah. Bila dah siap tu *dia akan mengeras yer...lantakkan aje* ...So boleh proceed buat karemel. Aku gunakan 8 biji telur...arrow di atas menunjukkan keharusan membuang lendir putih kat telur tu. Supaya karemel tidak berasa hanyir.


Tengokkkkkk aku punya semangat dok memukul telur sampai berbuih-buih. Ini adalah salah ya....sepatutnya telur, susu cair, setengah cawan gula, 1 tin air (guna tin susu cair tuh ya), esen vanilla dan tepung jagung tuh dipukul ala kadar ajer *tak payah la sampai nak guna mixer* ...cukup sekadar semua adunan sebati dan tidak terlalu kembang. Lepas tu boleh la masukkan ke dalam cup kekecik tadi...jangan penuh sangat.


Adunan tadi mencukupkan hanya untuk 20 cup. Dan akhirnya bolehlah kukus selama 30 minit. Lepas tu try la cucuk² sket...kalau dah tak melekat tu maknanya karamel dah masak. Keluarkan...biar sejuk sket dan masuk dlm fridge....Lagi sejuk lagi asyik beb.

Thursday, March 11, 2010

Sila jawap TAG!

Iklan jap...nak cerita yang aku tengah hot kat despatch opis ni...berlagak macam BIG boss kat sini...hampeh...taw la gaji ko byk *RM2k plus² ya...jangan marah* ...tapi kerja tu amanah beb...mana boleh ko jawap nak hantar dokumen kat client is not your problem....yessss true its my problem bila ko taknak hantar...coz tu projek aku...TAPI tuh dah memang kerja ko la badigollllll......ha hambekkk!!! *last² dia anto jugak setelah aku report kat PM aku...muahahaha...confirm marked *

Okay berbalik pada title di atas, aku pon taktau tag tu apa...tapi lebih kurang gini laaa....ada soalan pastu kena jawap. Nanti aku visit dekat blog korang...So disebabkan aku yang start, maka aku dikecualikan la untuk menjawap ye....yabedabedooooo! So silalah ikhlas dan berterus-terang....wah! Solan²nya adalah :

Best day of the week and why
What's your current fandom/obsession/addiction? * fuhyooo *
What's something you'd like to say to someone right now?
4 gifts you would like to receive
4 places you want to go for vacation
4 things always found in your bag * chakkkk *
4 weird things about yourself * hehehe *
Top 4 things ’special’ for you * wah *
What are you looking forward to?
Say something to the person who tagged you * jengjengjeng *
Who do you would like to answer this survey?
* korang yang masuk sini...baik ngaku...ALLAH nampak...*

Tuesday, March 9, 2010

Belajar Jadik PenDiyam...

Suami kata

mulut saya bising...suka potpet potpet... *saya penawar kala kesunyian*

mulut saya ni tak reti nak berhenti cakap... *time merajuk saya jadik pendiyamkan?*

kekadang penat dengar saya membebel... *bukan membebel...tapi bercerita*

masuk je kereta dari rumah sampai ofis, dari ofis sampai rumah  takde iklan *tipu la tu...lrt pon taw berhenti*

Husben kata lebih baik cakap benda berfaedah, yang ada manfaat dari membebel ntah apa-apa...persoalannya, benarkah saya ni suka membebel *ceh, susah betul nak mengaku* ...kalau suka gossip saya ngaku la...hehehe...macam mana nak belajar jadik pendiyam ni ya???
tapi hakikatnya...

SAYA JADIK PENAT BILA TAK BERCAKAP...HUHUHU

terserlah sebijik ta*k lalat cam ella ratu rock negara...
 

Friday, March 5, 2010

New gadget and Alin...


Hehehe...boleh ke consider as gadget ni?...Tak adalah baru sangat, dah almost a month pon. Alhamdulillah rezeki suami di tempat baru. Katanya this is our special 4th anniversary gift...*wah boleh la berangan tahun² yang mendatang nak apa...hehehe.* 

Actually tak plan pon nak tukar kereta dalam masa terdekat ni...yerlah dengan keadaan rumah yang masih berdengungnya lagi...tapi setelah kes WeLeWe dah kena sepak terajang oleh si Caldina...maka hati pun sudah tergurislah. Even bila dah repair pon *almost 2 months dalam workshop!!!* still rasa macam tak pernah eksiden, tapi luka dalam hati tak dapek nak diubati...bila suami plan nak beli kereta baru, i followwwwwww...

Ni pulak my niece. Dah 3 hari admitted kat KPMC. Cian sangat kat alin. She is the one yang selalu ulang alik masuk hospital since kat moscow lagi selain dari Danish. Alah sungguh la dia ni...

Kitowang memang keturunan yang ada asthma...tapi bila dah membesar semuanya hilang sendiri. Alin dearest, hopefully cepat sembuh ya. Boringlah tak dapat nak menyakat alin...sunyi sepi je rasa.....

Wednesday, March 3, 2010

:-) + :'( = ? ? ?


Kesinambungan dari entry yang lepas. Semalam pergi scan dan alhamdulillah ada 3 biji folikal yang sihat dan berpotensi 19mm...aku masih bertelur...hehehe... kalau menjadi boleh dapat triplet tuh...POLYP juga sudah tidak kelihatan *happy sangat* tapi itu dari sudut positif ye...negative side plak *huhuhu* my ET sangatlah nipis...so that sangat susah untuk implant. Kalau melekat skalipon doktor kata tak mustahil akan keguguran lagi. It get me stressed sangat²... Huhuhu memang takda mood. Tapi itu semua kerja Allah...KUN FAYA KUN...that's the only strenght i have to hold myself together. Please pray for me...pleassseeeeee!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...