Monday, January 30, 2012

enam tahunlah!


" Yang, seingat awak lah kan, pernah tak bagi kita bunga? "

" Bunga? ishh tak pernah...jiwang! "


Okaylah nak cerita satu rahsia. Selama 7 tahun perkenalan kami, tak pernah sekuntum bunga pon aku terima hatta bunga plastik skalipon... sumpah! Wanita dan bunga sangat sinonim. Walaupon aku tak suka bunga.. mmm bukan tak suka tapi macam " ish tak payahlah bagi bunga.. buat apa pon.." tapi kalau diberi juga, sudah tentu aku menyambutnya dengan senyuman manis dan dengan lapang hati sudi menerima. Tapi itulah dianya suami saya, tak mau dikatakan mat jiwang :p

6 tahun usia perkahwinan kami, boleh dikira berapa kali bertukar hadiah sempena ulangtahun perkahwinan atau pon harijadi. Tiap² event nak kasik hadiah parah juga.. coz aku demanding orangnyer...huwawawa!.. kat mulut " tak kisah nak bagi apa " ataupon " takyahlah bagi apa² ".. tapi 3 bulan sebelom aku dah hint².. huwawawa dapat tak dapat belakang kira :p . Yang pasti, kitorang akan menyambut hari² istimewa ini dengan aktiviti makan². Kalau tak pegi makan kat restoren best² pon, makan KFC ngan makan nasik goreng masakan sendiri pon pernah...hehehe sempoi habeh! Kad² syahdu penuh romantis jauh skali lah. Hanya tutur kata yang simple aje. Cukuplah, asalkan dia tak pernah lupa, rumahtangga pon tak suram. Itulah dianya suami saya, bukan seorang yang romantik. 


muka serius

Alhamdulillah...
Dengan izin Allah, kita bertemu jodoh
Dengan izin Allah, kita mempunyai seorang bidadari
Semoga rumahtangga kita diberkati & dirahmati Allah swt hingga ke syurga... aminnn.


Friday, January 27, 2012

Fitrah

Dalam perjalanan yang sangat lancar bak rasa nak berguling-guling menari hindustan di jalan raya untuk ke opis tadi, aku mengelamun sejenak.  Owh jangan risau, aku hanyalah co-pilot. Untuk mengelamun, berangan atau tido tiada masalah :p. Mmm bukan mengelamun, bermuhasabah diri lebih tepat. Memutarkan onak badai kehidupan yang melingkari kehidupan kami sekeluarga semenjak dua menjak tiga menjak  ni.
Selagi masih bernafas, selayaknya kita sebagai hamba akan diduga, diuji, dinilai...


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Bukan semua yang tersurat cantik dan indah itu bagus untuk diri..
dan tak semua yang nampak jelek dan pahit itu racun..
  

Jelas. Sangat mudah difahami.

Mohonlah padaNya. Rayulah padaNya. Berceritalah, insyaAllah kita akan diberikan jalan yang lurus.
 
Allah perkenankan doa hambaNya melalui 3 cara : 

a) Ya, Aku perkenankan skarang
b) Ya, tapi bukan skarang..belom tiba masanya, sebab korang belom bersedia
c) Ya, tapi bukan skarang dan Aku akan berikan yang lebih baik dari itu

Selalu termalu sendiri.
Terlalu meminta tapi tak cukup memberi.
Seringkali juga tanpa dipinta.. owh tetiba menerima kejutan! Surprise gitu..
Malu malu malu...!

Thursday, January 26, 2012

Mereka comel!!!







 

Obsesiku – Aqasha

Matamu.. bibirmu
Pipimu juga senyummu
Membuat aku lebur
Hanyut di dalam ghairah
Kerna mu

Tubuhmu.. harummu.. hatimu
Oh! semua aku mahu
Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu
Luahkan perasaanku
 Membisikkan aku cinta kamu
Hadiahkan asmara di setiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga kau tahu… ku gila kamu

Auramu… pujuk rayu hatiku
Sering bergoncang jiwa ini
Siang malamku gundah
Tiada melihat wajahmu
Ku rindu



posted from Bloggeroid


Thursday, January 19, 2012

Melts in your mouth ♥♥♥

Menggoda tak tajuknya? :p
Setap setap setap!...
Nyummy nyummy nyummy!...
Heaven heaven heaven!.. percayalah, sehingga menjilat bibir..




Yeay! dah beli 2 kupon. Cukoplah 2, lelebih amalan syaiiiiiitonnnn!
Satu boleh redeem hujung bulan ni.. Our 6th anniversary just around the corner :D jimat jimat jimat! Satu lagi ikot bila teringin la pulak ..yg penting before july 25th... besh besh!
 
Ok sedikit info.
I have tasted this nyummy ice cream cake. Serius memang sedap.. it just tastes soooo fresh! Ha cam makan ice cream cake baskin robins yang sebesar-tapak-tangan-aku pon dah RM55 tu.

Heaven Premium ni adalah family bisnes pakcik laki aku. Ohhhh bukan sebab itu aku hebah² kat sini ya. Benda terbaik mesti kasik hebah heboh... betul tak...sharing is caring...ewah!

Berminat?...sempat lagiii nak beli.  Sila tekan sini!

Tuesday, January 17, 2012

Terukir di bintang

Wow super duper like!.. Sumpah memang best!
It's so classic.. serba serbi klasik... 
So comels la this couple...releks je...suka suka suka!




Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti kan… kamu…

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu…


Monday, January 9, 2012

Payless shoes, Sunway Pyramid

 
Payless is at the Blue Atrium, LG1


Nasib baik kasut Dora kat atas skali... kalau tak habeeesssss Alany menjerit RaRa! RaRa!.. tarik nafas dalam².. selamat² ..hehe


Senang lagi mudah. Just pergi dekat rak saiz korang, pilih, cuba, suka?... kalau suka, terus ambil dengan kotak skali dan bayar. 


Alany  rambang mata.. aperntah lagi mama dia.. Boleh dapat design ibu dan anak juga. Haihhh sandal untuk baby 3 months pon ada... geramssss! Alo tomey², kekecik dah pakai sandal. Raya nanti kita cari kasut kat sini je la yer... leh sedondon ngan mama.. baju sedondon, kasut sedondon...auwwww!

Berkenan betul yang ni.. tapi saiz 5 dah habis...kiyut sangat gegurl pakai. Banyak design yang very-anak-dara one

Thursday, January 5, 2012

ROASTERS Eating Day (RED) is back!

Yeay! Nak repeat lagi (",). Jom bermerah-merahan!



Highlights :
Wear RED - clothing / footwear / accessories
Buy 1 Kenny's Quarter Meal
Get Free 1 Kenny's Quarter Meal

Wednesday, January 4, 2012

Alany at 19th months

Semalam Alany genap 1 tahun 7 bulan ヽ(^。^)ノ



Macam mana bunyi cat
Alany : Meooow

Macam mana bunyi cat garang
Alany : Meeeeogghoww .. memang garang

Macam mana bunyi cow
Alany : Moooooo ...alololo tomeynyer

Makin besar.. makin bijak, makin banyak kerenah, makin kuat berlakon, makin banyak menguji kesabaran..




Dengan budak kecik, rela aje diperlakukan. Cuba dengan yang sebaya atau lebih besar...garang taw Alany.. Mainan dia, mainan dialah..orang punya pon totap dia punya...haihhhh...



Gigi geraham pon dah tumbuh. Sampai demam masa tumbuh gigi ni. Serentak naik 4 batang skali.

Last week pulak kene demam campak. Dari berat 10kg terus jadik 9.3kg


Ke mana saja mesti dengan beg Ra-Ra [DORA the explorer]. Haihhh memula dapat tu, tido pon dengan Ra-Ra taw.. hasil penat berguling kat pasar malam.. hahaha..kedekut betol mama Alany


 

Alany dah improve vocab sikit²...makin clear dan banyak yang dah boleh difahami.  Gabungan perkataan pon bolehlah sikit².. sendiri tanya sendiri jawap...hehehe cute!

Hey ape tu? Bus .  Hey apa tu? Lowi [lorry] .  Hey apa tu? Car

Nak cukcuk [susu]  .  Mama hot [mama demam] sambil letak tangan kat dahi dan dagu mama

Dah pandai switching on the tablet & hp papa untuk games and videos..

Dah paham instruction.. amik remote, buang sampah, take your towel...

Nak makan sendiri walaupun berterabur. Jangan harap nak bersuap skarang ni.

Peace sign versi Alany

Mama dan papa berdoa semoga Alany terus membesar dengan sihat dan sempurna, ceria dan gembira disamping mama dan papa. Semoga Allah kurniakan kejayaan buatmu di dunia dan akhirat. Amin...


Tuesday, January 3, 2012

First day of work in 2012

Salam tahun baru :)

Alhamdulillah, aku masih di sini.. huwawawa hepy ke sedih sebenarnya? kwangkwangkwang.

Okay tahap kesihatan bagi penghujung tahun 2011 dan permulaan tahun 2012 yang tak begitu baik.  Alany dengan demam campak, mata bertaik dan mama pula demam on n off sakit segala sendi. Anyway, life is a challenge kan?! Berdoalah semoga hari² yang mendatang lebih baik dari yang sebelumnya...


Plan A
TTC and getting pregnant, insyaAllah

Plan B, C, D.... later² aku update.. as i'm really look forward for Plan A at the moment.
 

 
All the best in year 2012!! Eh tadi macam nak cerita pasal kerja... hahaha sorrylah ambo demam yer.. fizikal je kat opis :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...