Monday, December 31, 2012

Susu - pengisian perut si anak

Tadaaaaaaaaaaaa...

Alhamdulillah..murah rezeki anakanda saya. Walaupon tak semeriah kengkawan lain, so far bekalan mencukupi. Bekalan untuk Imani satu hari 5 botol x 2.5oz. Haruslah hari² mengepam supaya bukit yang ditarah tak terus gondol. Selain dari dok mengumpul info kat internet, tips² dan tunjuk ajar dari sifoooo saya ini sangat membantu. Mekasih besan coz tak jemu² melayan gua! Semoga terus bersemangat sepertinya. Perjalanan masih terlalu jauh. Harus terus merangkak untuk memenuhi keperluan si anak seikhlasnya.


 Stok masa mula start kije.. sket jeeee. 
Dalam botol ada yg 4oz ngan 5oz. Yang dalam plastik pack 7oz.


  Haaa nampak tak?...Hasil perahan di opis.
Acecehhh ngengada nak sorok² gitew. 
Satu sesi 5oz. Hasilnya tak tentu, average per session 3-5oz. 


 Terus terang.. kekadang aku terlupa nak mengepam. Tau² je breast dah rasa keras macam hape. Huhuhu. So supaya tak lalai, terus set gambo stok susu as wallpaper kat henpon.. tak cukup dengan tu, background image untuk berwasapping pon aku letak gambo yang sama...hehehe. Bukan apa, kekadang bila teralit sangat buat kerja *lah sangat* , asyik terbabas je dari jadual mengepam. Huhuhu which is not gud! Kat opis, aku dah set at least mesti 3x mengepam. Sebenarnyer ikot jadual yang aku sendiri create, seharusnya 4x. Tapi tak sempat. Susah nak memenuhi jadual sendiri. Nak buat benda baik memang ada je dugaannya.


Ok, ni nak share satu cerita yang aku baca hasil dari blogwalking masa tengah berpantang dulu.

Begini kisah nya…

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...



********************************************* 

siapa ada kupon ni? sudilah berikan pada saya ye (^_-)



Monday, December 24, 2012

Beautiful




*********************************************

Serius!
Aku rasa sedih tgk vc ni.
Sedih sangat.. rasa bersalah.. 
Rasa berdosa pada Imani..

Kenapa?
Kerana aku gagal.
Fasa pertama kehidupannya sungguh menyedihkan..

Maafkan mama..

Monday, December 17, 2012

Kakak Alany


mama : mata adik macam kakak.. bulat

alany  : mulut macam kakak dia.. shiiaaaan adik dia tak ada gigi

mama : adik kecik lagi sebab tu tak ada gigi

alany  : shiiaaaan adik dia.. papa beli gigi adik kat kedai ye


toing toing toing.. hahahaha sweet la kakak ni


 ni time tgh sweet


 yang ni? hahahaha

Friday, December 14, 2012

The Big Bad Wolf Books 2012

We were part of this craziness :D

 
Adengan memilih buku sambil menyusukan Imani dan memujuk Alany.. asal warna pink semua dia nak... hahaha. Breastfeeding in public? ok anak aku dah lapar.
  

Disebabkan harga yang tidak masuk akal, maka inilah hasilnya. Tu pon enchek husben dah ajak pergi skali lagi... Rileks la yang, baca dulu yang sedia ada ni.. otherwise next year takde reason plak nak join lagi hahaha. 

Papa's

 Alany's


Mama & Imani?

Aku plan nak beli buku resepi. Tapi bila pikir balik, i rather dok mengugel dari fokus pada satu sumber je.. lagi dapat banyak idea. Boleh compare² ingredients yang tak berapa reti nak cari.. kuikuikui. Imani plak, share dengan kakak. Next year mama cari buku adik banyak² kay.

 

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 - nak jugakkkk

Ramai yang buat entry date hari ni.
Ya, serius memang cantik.
Dan kita takkan jumpa date cantik macam ni lagi.
Sudah complete 12 tahun.
Kalau ada pon insyaAllah 100 tahun lagi.

Rindu sangat nak update blog!

Thursday, November 29, 2012

Jatuh

Salah satu dari proses pembesaran kata papa Alany. 
Dugaan.. bertabahlah nak. 
Beringat.


merasalah kena satu jahitan

Friday, November 16, 2012

Hari ini..

Wallpaper baru :D 

Imani Sumayyah 2 bulan.
Mama start kerja after maternity leave. 
Papa 1st day kerja di opis baru, sebangunan dengan mama :D 
Alany Sufiyyah byk 'peel' sejak beradik ni.. owh sgt sayang pada adiknya

*update secara berjemaah
 

Monday, October 15, 2012

Ternanti-nanti hari ISNIN

Assalamualaikum... 

Kalau dulukan, aku tak suka beno hari senin ni. Mmm yerlah, seninkan hari permulaan untuk sekolah, untuk bekerja.. permulaan hari setiap minggu.. kena bangun awal huh!. Dan senin juga adalah selalunya sangat jam T_____T .

Tapi tu dulu.. skarang aku antara peminat drama Adam dan Hawa yang pastinya tak sabor menunggu kemunculan hari senin :D Sanggup tu berharap wiken cepat berlalu.. penantian satu penyiksaan, sabar adalah keimanan.. ewahhhhh hahahaha over le tu.. memang bikin jiwa kacau kan shima lili & ahkak riko ;p

Hai.. hari ini saya genap 30 hari. 
Sungguh tak sempat nak perkenalkan si kecik ni dalam blog lagi..

Friday, September 14, 2012

Acecehhhhhhh!


Zia - Arissa - Alany
Amboi posing mengalahkan anak dara

Wednesday, September 12, 2012

3 perkataan

" Bila nak bersalin? " 
" Dah beranak ke? "

Itu yang seringkali dipersoalkan.
Pelbagai perasaan ada. 
Takut. 
Gumbira. 
Resah. 
Teruja.
Semua bercampur baur.

Mmm.. disebabkan perasaan² inilah gamaknyer tekanan darah aku suddenly mencanak naik. Ekekeke..
Tak pasal² tetiap hari kena pi klinik untuk monitor tekanan darah ni. 
Nervous gamaknyer...

Memang lately susah nak tidur.
Dok pikir memacam.
Kekadang kena heartburn.
Kekadang mimpi yang bukan². 
Macam semalam, aku cakap kat papa Alany & Adik .. 
"kalau jadik apa² kat kita, awak tolong jaga anak² ya". 
Papanya diam, mamanya plak yg meleleh.. terus dedua senyap.

Tuesday, September 4, 2012

Drama kakak



" Nak tolong mama.. nak tolong mama "


" Mama.. ini adik munyer "


Hahaha.. sebenarnyer teringin jugak ye :p

Monday, September 3, 2012

Raya 2012


Gambo raya memang tak banyak.
Ada la sikit orang kata untuk kenang-kenangan.
Kalau gambo raya yang bukan², itu memang banyak.. hahaha.
Lagipon this year raya kat KL dulu, jadik gambo raya kat Sitiawan memang tak ada.
Sesi bersalaman pon pakai baju harian je. Memasing dah malas nak melaram.
Raya tahun ni tak banyak berjalan.
Serius aku rasa tak larat. Almaklumlah start dari hujung² puasa tu, aku dah start mabuk balik.
Asal pagi muntah. Dok makan benda yang tak kena pon muntah. 
 


 


Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum..

Salam pagi jumaat.. penghulu segala hari.. jumaat terakhir di bulan Ramadhan.

Tahun ni giliran beraya di KL dulu. Jadik iols tak terlibat dalam kesesakan uols menuju ke kampung memasing ye :p  

Di mana saja kita beraya, sila berhati-hati ok.

Selamat Hari Raya Aidilfitiri, Maaf Zahir & Batin


Haisssshhh tak baik taw!


Wednesday, August 15, 2012

Bila musim raya



Nuffnang berwajah baru 

Pasti ramai yang tersinggah kat blog picisan gue. This year, aku tak berapa nak ke Jalan TAR. Ntahla, mood raya pon tak berapa nak ada ni. Bukan rasa tak larat nak ke tempat sesak gitu, alhamdulillah kudrat masih ada.. tapi ntahlah, serba serbi rasa malas. Persiapan untuk Alany pon ala kadar, tu pon baru shopping last week. Kesian Alany. Untuk papa & mama memang takda langsung. Papa just recycle aje baju lelama. Kemeja baru pon tak beli. Huhuhuhu aperntah lagi mamanyer ni. Nak recycle pon tkde yang muat... hahaha. This year, kitorang raya kat KL dulu. Mmm tengoklah camna.. kot terajen nak shopping last menet.

Latest info on parking rate kat capsquare. But still murah!

Tuesday, July 31, 2012

Harap ending tidak menghampakan..

Dejavu di Kinabalu

Ammar --> Gila setia
Nadira --> Gila keras kepala, emosional
Bazli --> Gila baik
Yuzra --> Gila sayang kawan
Zahir --> Gila sayang kawan jugak
Uzma --> Gila ammar
Inara  --> Gila membayangi ammar
Tira --> Gila fobia
AKU --> Gila tersampok kat drama ni.. Muahahaha








Cintailah Orang Yang Mencintai kita.. InsyaAllah, 
itu akan lebih bahagia..






Banyak beno watak yang bernama RA, RA, RA ... eh adik alany pon nanti 
ada RA jugersss *wink wink*

Tuesday, July 24, 2012

Sukses setakat ini...:D

Salam ramadhan...

Pejam celik, dah hari ke-4 umat Islam berpuasa.
InsyaAllah hari ke-4 juga buat aku.
Setakat ni, alhamdulillah takda masalah cuma aku perlu bersahur dengan nasik.
Hari ke-2 dok bersahur dengan roti, bila petang dah rasa nak fengsan sangat.
Ikotkan memang tak lalu nak bersahur ni, tapi bila fikirkan keadaan diri dan adik Alany, ku telan jua.

Menu berbuka adalah biasa² saja. 
Yang penting lauk adalah masakan sendiri. Simple je pon :p
Maklumlah, balik kol 4.15 kan.. haruslah sempat masak..
Lagipon tak berapa nak lalu beli lauk dah siap masak ni. 
Kalau kuih muih takpe lagi *sebab tak pandai buat kuih...hahaha*.
Anyway kuih bukanlah satu kemestian.. yang wajib mesti NASIK!
Tapi aku slalu risau takut terlupa masak nasik... takpon lupa petik suis hehe.. 

  
 
 Balik kang nak singgah pasar malam. Mau carik ketam... 
nak masak gulai lemak. Ni gambo bulan lepas, time isi ketam tengah penuh.. pergh puas!


Rambut raya Alany Sufiyyah.. tayang tiak pulak :p

Hahaha mama dok rimas Alany tkmo bersepit rambut.. ikat rambut lagi la kan.. tahan 2 menet je.
So untuk keselesaan Alany dan mata mama, kita kasik potong pendek.
Sayang memanglah sayang.. takpa la, rambut Alany jenis cepat panjang.


 takdo dah rambut dora.. layered depan belakang, bagi nipis sikit. nampak cheeky kan?

Thursday, July 19, 2012

Langkawi

Hye!

5-7 Julai kitorang bercuti ke Langkawi.
Beli tiket AA tahun lepas.. time free seat tu...sowang RM 35 return. Ha nangis tak?
Kekonon nak celebrate besday Alany yang ke 2 di Langkawi. Skali leh consider berbabymoon jugak. Wah ke main lagi mama Alany! Hahaha.. at 28 weeks, nasib sempat lagi.

As usual, gambo memang banyak sampai aku rasa malas nak pilih... lagipon Langkawi je kan, semua orang dah pergi :p . 
Tak banyak yang dishopping.
Adala beli pyrex microwave bowl, cekelat² ngan cadar patchwork. Tu pon dah 32kg.



Bila buat perangai :p
Lokasi : Tanjung Rhu







Wednesday, July 11, 2012

Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday # 11 : Cuti² Malaysia

Gambo tahun 2008

*********************************************** 
Alhamdulillah... urusan tadi berjalan dengan lancar. Bolehlah cuti² dengan riang ria!:D

Tuesday, July 3, 2012

Interview

Asal 'interview' je mesti terpikir lompat kerja kan?

As for me yang dengan keadaan sekarang dan akan datang *nak membesorkan anak²*, untuk lompat kerja tiada dalam agenda. Sudah cukup selesa di sini. Selesa ni banyak aspek ye.. kalau cakap pasal gaji, banyak mana pon memang tak cukup ye dop?.. 

Doakan kami ye! 
Esok.. mama Alany, papa Alany dan Alany sendiri akan pergi interview di JPN. Semoga Allah permudahkan 'urusan' ini.  Berdebornya..

******************************************************

Dalam percubaan mencari buku mama

" Taaadaaaa.. buku mama " 
hehe Alany pon dah kenal buku mama
At 28weeks. Semakin membolat. Sekarang sudah mula mencari nama adik Alany secara serius.

Thursday, June 28, 2012

akulah master chef



euuuuuuuw!
nyamperss nyer!

sabo².. geli geleman telinga aku dengor.. 
cakap meletops² tapi nan hado..
bercerita siap sinsing lengan... tapi skali pon tak pernah nak bagi rasa.
wakakaka terngiang-ngiang kat telinga ni.. takper la bior aku sorang je yang taw...
kwangkwangkwang!

Friday, June 22, 2012

Ujian

Assalamualaikum...

Semalam Allah menguji aku. Dan alhamdulillah, aku berjaya mengharungi ujian tersebut. 
Mmm.. no-no-no, berjaya atau tidak.. itu Allah yang putuskan.
Sebabnya ada jugak terdetik dihati " wah banyaknya duit.. kalau aku tak amik, nanti orang lain amik " muahahaha gelak syaitonnnnnn.
Nak lagi time aku tengah takda duit ni.

ASTAGHFIRULLAHALAZIM!!!

Alhamdulillah.. lega! PUAS!
Aku berjaya pulangkan amanah itu pada tuan empunya. 
Huisshh rasa bertanggungjawab mengatasi segalanya walaupon berlainan bangsa.
Bangga beno teman.. ekekeke!
Bak kata laki aku.. kita 1 Malaysia kan..!
Tanpa perlu balasan..

Cukuplah sekadar mendoakan aku dimurahkan rezeki..
Haaaaa mana taw pulangkan RM950, RM9500 pulak aku dapat :D .. aminnnnnn

Tuesday, June 12, 2012

Jom pergi ZOO!!


Just wanna share birthday girl's pictures during the last weekend. Yeay! papa & mama dah plan nak bawak Alany pergi ZOO.  It's like a birthday treat for her la :D . Sungguh excited sehingga siap buat lagu special for Alany pasal nak pergi ZOO ni. Sampai Alany pon dah hafal lagu tu. Hahaha mama terlebih sudah. Bertambah best, bila our besan join skali.. hooray! 


Seawal 9.15 pagi kitowang dah sampai.. hehe semangat! School hols kan, haruslah plan baik punyer. My last visit there was during my schooling days. Rombongan sekolah gitu. ZOO dan rombongan sekolah kan sinonim...hahaha. Memang dah lama sangat. Entrance fee adalah RM20 untuk dewasa. Untuk Alany & Hadif adalah percuma coz bawah 3 tahun.


Alhamdulillah cuaca pon cantik. Risau juga coz lately KL selalu hujan time pagi. Masuk² je digamit dengan bau-bauan yang memasing kembang kuncup menahan. Hahahaa biasala kan nama pon ZOO...


 At first, kitowang decide untuk menjelajah dengan berjalan kaki. Boleh eksesais skali :D. Kekonon time nak balik nanti baru nak naik tram.. last² skali tengok que dah panjang..hahaha

 

Penuh keterujaan tengok siamang and the geng gitew.  Love this pic! Best tengok aksi anak²... semangat  meng-explore..gamaknya apalah yang depa pikir kan?


 Singgah jap kat Muzium Lebah. Baru nak masuk nampak ada lebah yang berterbangan. Ish kang kena sengat naya pulak.. jadi cepat² chiow dari situ.. hehe


Eheeem! kasik chance la berdating sempena besday kan :p ..comey sangat kan? Masa memula Alany cam memalu.. pastu dah kawan Abg Hadif dah :D


During multi-animal-show at 11am. Disebabkan crowded, panas dan pemandangan pon terbatas, so we all proceed jenjalan tempat lain. Hmmm pihak pengurusan harus memperbaiki mutu keunggulan keadaan ini. Kasik superb sket... kesian bebudak!

 

Dok diskas nak jelajah mana. Map ada dijual dengan harga RM2. Kitorangkan adventurous, so main terjah je... :p . Anyway, korang print je kat website. Jimat sket...hahaha. Hadif plak tak habeh² tanya mama & abahnya mana lion. Sungguh² dia nak tengok lion. Lepas tengok lion terus tido.. hahaha.. bijak!
 

One of the cafe yang ada. Tapi kitorang tak makan pon kat situ. Memasing dah amik heavy breakfast, so kenyang lagi. Lagipon, my besan sangatlah rajen mengoreng nugget and currypuff uols. Sedap je numpang ngupngap..hehehe


Itu adalah baby hippo. Time ni baby hippo sedang dimandikan..kolam pon tengah dicuci. Alany sangat berani. Bersungguh dia tengok. Mama nak pegang pagar tu pon takut...kwangkwangkwang!


Hahahahaha si rusa sedang menjamu selera. Alany pon teringin juga... asyik "nak akan sayo" je... ekeke besday girl ni tengah sangat suka sayur ok. Gud, ikot mama! Kitorang dah gerak dari situ pon Alany dok terpacak lagi.. "nak akan sayo" katanya...

   
 Mama awal² dah dok jauh²... huwawawawa saya penakut ok! ʘ‿ʘ .  Kenyang elephant ni. Tak henti² orang dok menhulur tebu. Sebatang RM3 ye


Alany dan giraffe. Tengok gambo ni teringat my besan dok cakap "i rasa giraffe ni bini dua la" ... haaaa sampai skang dok konpius camno la dia boleh terfikir sampai gitu skali... ekekeke!


Kiyut la Hadif .. jenuh panggil soh pandang kamera tapi sebok jugak nak tunjuk tangan kena gigit nyamuk. Anyway thx taw coz join kitorang. Takmo serik ye :p


Lama tak letak gambo sendiri..  Ehem yours truly at 6 months of pregnancy. Comey sket dari spongebob je ʘ‿ʘ


See that girl.. she looks so happy right? Alany happy, mamaaa laaaaaagiii happy!! ni adalah pengalaman kedua Alany ke ZOO. Cuma this time best sket, sebab dah besar. Dah pandai tanya itu ini. Dulu pergi Animal Safari kat A'Famosa *huh pas usha², rupanya tak wat entry pon*

 

Diakhiri dengan makhluk² setia ZOO sepanjang zaman. Lama tak lama, 4 jam juga kami di situ. Terer jugakla kaki ni..hehehe. Tak sampai 5 menet masuk kereta, Alany pon fengsan... Sampai skarang kalau ditanya kat ZOO ada apa.. Alany jawap "epan" siap dengan bunyi "paaawooooooo" ... hahahaha comey!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...