Friday, December 30, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Sumber dari : Mukjizat solat dan doa
 
Sahabatku yg disayang Allah, aminkan doa ini agar Allah mengubah air mata kita menjadi senyuman. "Ya Allah, lihatlah air mata kami ini, kepedihan dihati kami. Hanya Engkaulah sumber kebahagiaan kami, ku mohon ubahlah kesedihan kami menjadi kebahagiaan dan ubahlah air mata kami menjadi senyuman."
 
Sahabatku, aminkan doa ini agar diberi kehidupan yg lebih baik, lebih indah & lebih membahagiakan, "Ya Allah, Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tolonglah kami agar kami mengerti, menerima, percaya, memaafkan & dimaafkan. Memberi & menerima, mencintai & dicintai serta berani menatap jauh ke depan untuk kehidupan yg lebih baik, lebih indah & membahagiakan."
 
Sahabatku, aminkan doa ini untuk kedua orang tua kita, "Allahummaghfirlana dzunubana wali walidaina war hamhuma kama robbayana shighara" Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami diwaktu kecil,"
 
Sahabatku yg cintai Allah, aminkan doa ini agar Allah menjadikan keluarga kita sebagai ahli kebaikan & jauhkan dari keburukan "Allahummaj'alni wa auladi min ahlil ilmi wa khairi, wa la taj'alna wa iyyahum min ahlis su'i waddairi' Ya Allah, jadikanlah kami & anak² kami termasuk ahli ilmu & kebaikan dan janganlah Engkau jadikan kami & anak kami termasuk ahli kejahatan & kemudharatan.'
 
Amin ya Rabbal Alamin...

Thursday, December 29, 2011

Bestlah kak melah!

Ramlah Ram ft Sleeq- Sesaat Kau Datang

Wednesday, December 28, 2011

Sahabatku Diyana...

Redhalah pemergiannya..
ALLAH MAHA MENGETAHUI setiap kejadian yang telah berlaku dan yang akan berlaku.
Semoga kesabaran menjadi kekuatan diri dan keteguhan iman. Sebuah kehilangan yang memeritkan. Please be strong mentally n physically my girl.. 

AL-FATIHAH..


Mengigil jariku nak tekan button 'send'... tapi 'cancel' juga menjadi pilihan..
Aku yang terlalu sedih.. it's not you alone ..

Sunday, December 25, 2011

KFC Krushers

mocha krush kali ke 2 untuk minggu ini :p . oreo tak best.

Oitttttt setaaaaapnyeeeee! There's something new for me kat KFC..Loser betul baru skarang nak try...huwawawa... Kena nyedut sambil pejam mata.. geget-geget manja sket.. dan dengan perlahan kasik telan dan release nafas.. baru feel. I got crushed. Rasa mau order skarang jugers!


posted from Bloggeroid


Friday, December 16, 2011

Sweet escape @ Avillion Cove

Salam jumaat..

Wah ramai yang goyang dombret ya.. mementang esok cuti. Yeay, esok kitorang akan ke Port Dickson sempena family day opis aku. Walaupon asyik PD.. heyyy PD pon ok apa.! Doakan aku dapat lucky draw yang best² ye. Serius!!! *sambil angkat 2 tangan separa bahu* this time aku tak target apa² pon.. coz aku tersangatlah tak lucky dengan memende ni. Tu yang harap dapat yang best aje.

By the way, disaat mood happy nak bersuka-ria, big boss confirmkan rumour yang aku dok dengar selama ni. Huhuhuhu... so it might be last JPK's family day yang dia akan join. Sedih jugak tadi... dan kitorang juga akan move 
to the new office kat menara ICON by early next year with our very new 
big boss. Tataw la camna 'life' kat sana nanti.. maybe aku still dengan JPK kat ICON atau pon dengan new company *wink* juga di ICON... hehehe.. 
Till then, take care and have a nice weekend bebeh *hugs*

Tuesday, December 13, 2011

Malasnyeee la hai..

Nak terkucil ku tahan jebat
malas? menguji daya ketahanan? menduga kekuatan kemutan?

Aku selalu dengar orang kata PEMALAS LIPAS. Hehehe pelik, apa kena mengena dengan lipas. Kenapa tak pemalas tikus, pemalas buaya, pemalas sugar glider aka haiwan kesayangan?

Ok, malas pada aku adalah penyakit, bukan sifat. Malas ni sebenarnya mainan hati, seterusnya ke otak. Dia punya relation cukup kuat. Apa hati kata itulah otak atau minda kita akan buat. Ibarat bos bagi arahan kat orang bawah. Siapa dok berani bantah.. aku tak berani, aku tak berani *sambil geleng kepala*

MALAS adalah permainan psikologi.

Macam puasa contohnya. Kenapa bila bulan Ramadhan boleh pulak kita tak makan sampai le time berbuka. Tak mati pun.. kalau bulan lain bangun pagi aje dah berkeriut perut kita minta makan. Tu sebab kita dah niatkan dalam hati esok puasa, aku takleh makan.. so otak pun kerja dia pikirkan takleh makan.. pasal tu kita boleh dapat kekuatan sebab hati kata camtu. Tu cerita puasa wajib, cer puasa sunat.... mmm..

Sama le juga dengan kes malas yang ni. Ni kes aku sebenarnya...hehehe... Besok nak kerja, malam ni dah start merungut kat hati ..''ish..malasnya.. esok dah nak start keja balik.. kejap je cuti.. ish ish ishhhh..!'' agak² apa jadi esok? MC, EL...? Macam mana kita set macam tu la hasilnya nanti. Kalau pergi kerja pon kompem malas sepanjang hari.

Jadi atas kesedaran diri, aku mahu dan terus belajar benda ni. Sedang menyemat dalam hati. Pointnya, betulkan NIAT untuk betulkan MINDA, sebab malas ni kerjanya dari hati. Setting kena betul. Macam remote control.. apa yang kita tekan di controller itulah yang akan terjadi. Lainlah kalau bateri kong atau salah setting.. heheh.  Jadi wake up bebeh.. sekarang juga kita mulakan dengan senyuman penuh ceria, cergas dan niat yang positif, insya-Allah kita pasti tidak malas lagi!! Jom buat milo tabur..:p


 Budak rajin makan sendiri

Friday, December 9, 2011

You decide it


Kenapa rasa berat nak terus diam di sini?
Kenapa rasa berat nak meninggalkan ?

WHY WHY tell me WHY... lempang sket bagi sedar. Pilihan ditangan aku, antara nak atau tak nak je. Apa jua jawapan, yang penting jangan mengeluh.. Menyesal? Huh takde erti menyesal dalam kamus hidup aku... nak bertaubat ada la...


tak-ada-jawapanG lagi

Tuesday, December 6, 2011

Sudah tonton!

 
 Ombak rindu saya!

Wokeh, diakui filem ini best! 3.8/5* la aku bagi. The rest aku akui agak kurang 'puas' menonton Ombak Rindu walaupon aku separuh-angau-kat-hariz-yakni-aaron-aziz. Awal² aku dah set dalam kepala don't expect tooooo much untuk filem yang diadaptasikan ni. Takmo rasa keciwa seperti cerita Lagenda Budak Setan. Tapi aku gagal.. hahaha. Bermula je cerita, aku pon start bermain ngan emosi dan perasaan. Dah berombak-ombak jadiknya bila mind aku asyik meng-compare antara realiti depan mata dengan fantasi dikala membaca novel.

Eh halu halu haluuuuuu! filem ni 2 jam 5 menet je ok. Mana ko nak sumbat semua scene, semua watak. Ni pon dah kira bagus dah taw. Syabas Osman Ali. Tapi aku percaya, pada yang tak baca novel terdahulu.. pasti korang rasa inilah cerita melayu terbest diabad ini..ewah!

Naper aku tak puas?
  • Kurangnya scene penderitaan Izzah. Lagi terseksa lagi terusik perasaan.. mm nape Mak Hajar baik beno.
  • Suara Izzah besar sangat dan matured untuk umur 19 tahun. Lakonan dah superb...tapi tak blend
  • Mila totally out. Tak cukup vogue.  Tak best. Aksi lakonan Lisa ni semua sama. Takda beza dalam setiap drama/filem. Asal marah je hidung mesti kembang², lepas tu tarik nafas dalam² sambil pejam mata dan angkat tangan. Bila jerit / mengamok pon style sama.. sampai aku ingat aku tengah tengok LBS.. syadis betol!
  • Datuk Sufiah gedik dan seksi nak mampos. Tak sesuai! Aku bayangkan pelakon yang pakai baju putih tu bawak watak ni.. sapa eh nama dia? Sofia Ibrahim kan?
    Aku jumpa kat beautifulnara.com


     Positifnya filem ni
    • Menghalalkan yang haram supaya tidak bergelombang dengan dosa
    • Pengajaran tentang jalinan kasih sayang antara suami isteri dan keluarga
    • Kesetian seorang isteri yang teraniaya

    Kesimpulannya, adakah aku patot berhenti membaca novel melayu atau jangan sesekali lagi menonton cerita yang diadaptasikan?.. hahaha.. takpon, aku sokong filem adaptasi perlu dipanjangkan lagi sehingga 6 jam... muahahahaaha lebam dok dalam panggung wayang! eh eh naper LOTR ngan Harry Potter best? ok diam.. jangan compare lagi! 

    Monday, December 5, 2011

    Demam Ombak Rindu

    Antara OST ombak rindu... layan seh!


    Untuk Kamu - Hafiz



    Lara Lagi - Adira

    Berbaloi ke pergi Pureen Clearance Sales

    Sangat Berbaloi
    ..sekiranya list yang nak dibeli.. *dah buat list so dah tentu banyak*
    ..sanggup datang awal

    Tidak Berbaloi
    .. kalau setakat nak beli baju 2 helai atau syampu sebotol
    .. kalau saja nak mengusha /compare harga kat tempat lain

    And the list goes on.. otai² meh tolong tambah :p

    Ni rumusan aku. Keadaan kat sana sangat sesak. Semua berebut-rebut dan tamak. Siapa yang taknak benda murah tapi berkualitikan? Kalau korang sanggup meredah, pasti tersenyum puas. Kalau tak, dinasihatkan jangan pergi. Sebabnya korang akan komplen frust terutamanya kat baju-bajan section. Dah habis, tinggal sikit, takda pilihan, etc. Belum lagi rasa sakit hati dan menyampah tengok orang dok melonggok menyorting baju kat tepi². Ada satu family ni, siap bentang tikar lagi...haih apaaaakaaaahhhhh!?

     
     
     Antara yang dibeli. 
    RM6x8 pasang baju basahan, Rm12x3 pasang sleepwear .. okayla tu!


    This time, aku dah tkda nak menagih kat hasil buangan orang lain macam dulu . Apa yang dapat itu ajelah. Takmo berlama-lama dan menambah kesesakkan. Masuk pukul 9.30, pukul 11 aku dah keluar. tu pon sebab 30 minit beratur nak bayar. Kaunter memang banyak.. tapi orang nak membayar pon ramai.

    Owh ya, nak tambah sket. Untuk yang terpaksa membawak anak, aku boleh terima. Sebabnya terpaksa. Sebab musabab kenapa terpaksa bawak, dah orang tu TERPAKSA! dan terpaksa juga bawak stroller sebab lenguh nak memegang baby. Okay TERPAKSA untuk keselesaan si anak. TAPI aku tak paham kenapa ada yang PERLU bawak tricycle ke tempat begini.... uwaaaaaaaa rasa nak nangis kat bapak budak tu bila sebok dok " tumpang lalu.. tumpang lalu...'' haaaaaaaaaaaaaaa terus my blood go upstairs. Nasib tak berlaku kejadian hampir nak pitam lagi.

    korang mampu pergi warehousesale sambil bawak anak naik menatang ni?


    Saturday, December 3, 2011

    La Tahzan!

    Masih lagi menceritakan tentang si PS.. maaf pada korang yang tertanya-tanya.


    PS : Saya stress!
    Doktor : Kenapa stress?
    PS : Saya rasa dunia tak adil
    Doktor : Sedih?
    PS : *nanges*
    Doktor : Sedih membuatkan kita stress


    Sedih adalah fitrah manusia kala ditimpa ujian. Tak siapa pun boleh menafikannya. Cuma kesedihan yang PS hadapi tidaklah sehebat kesedihan seorang anak yang kehilangan ibu bapanya, seorang ibu yang kehilangan anaknya atau banduan yang sedang menghitung hari ditali gantung.


    Cuba tanyakan pada hati : 'Kenapa aku menangis?' 'Sedih?' 'Kenapa aku sedih?'.
    Bagaimana jika aku yang menggantikan tempat mereka yang diuji sehebat itu? Kata benakku.
    Sanggupkah aku? Kata hatiku.
    Kata benakku : Jika engkau tidak sanggup, mengapa engkau menangis?
     
    Ujian itu nikmat atau bala?

    "Nikmat yang membawa diri kita jauh daripada Allah itu ialah bala, dan bala yang membawa kita dekat dengan Allah itu ialah nikmat".

    Friday, November 25, 2011

    Rintihan si PS

    PS merupakan singkatan kerjaya iaitu Pembuat Sandwich


    ♫ Ini tidak adil tidak adil baginya ♫
     --> sebab dia dah berubah


    ♫ Ini tidak adil tidak adil bagiku ♫
     --> mangsa keadaan


    ♫ Ini tidak adil ♫
     --> kerana dia, aku mangsa kau

    Wednesday, November 23, 2011

    Wordless Wednesday # 8 : Apa-kahhh?

    Tuaran, Sabah

    Tuesday, November 22, 2011

    Panggilan hangat!

    Demam mengaum lagi ke? hehehe..
    Syukur Alhamdulillah, walaupon menang secara penalti. Eh penalti pon tkpa, dah gitu caranya kan. Dah 120 minit, tak-ke-gila-ko-nak-suh-main-lagi.. semua nampak dah letih habes..


    Okay, kembali ke landasan.


    " Selamat tengahari Puan Suhana, kami membuat panggilan dari $$$ berkenaan kad kredit Mei-Bang puan. Di sini kami ingin reward pengguna kad kredit Mei-Bang yang bertuah, bla bla bla …”


    Aku bet korang mesti pernah dapat call yang sangat annoying untuk promote kad kredit, polisi insurans, kad diskaun, membership card, bla bla bla, etc… kan?

    Haaaa same goes to me. Kalau tak kena situasi, memang rasa nak marah. Tapi kekadang aku layan juga… Actually bukanlah melayan sangat macam owh-saya-amat-berminat-dengan-produk-anda...  But at least aku bagi diorang peluang nak intro pasal produk yang nak dipromosikan itu.  Aku paham perasaan dan kerja macam diorang.. mak ni bersentimen la jugak.  Tak sampai hati nak cut line atau bertukar nada suara  sebaik mendengar suara yang selalunya bersemangat tinggi nak mula bercerita tentang promosi diorang.

    Agak² intro dah separuh jalan, aku mula menyelit. Kekadang, diorang ni ada yang tak paham bahasa. Menonong je baca skrip. Aku dok helo..heloooooo… pon tak stop! Hahaha… Kalau dulu aku selalu gunakan alasan " saya tak berminat " ,  " saya dah ada " ,  " kena diskus dengan husben dulu " Tapi diorang tetap tak putus asa. Sedaya upaya nak memujuk juga. Time ni mulalah rasa my blood go upstairs kan…

    Now aku ada alasan baru yang sangat  mujarab dan aku nak kongsi dengan korang…:D Biasanya aku guna 3 alasan ni mengikut promosi diorang. Sumpah memang menjadi dan conversation tersebut pon berakhir dengan cemerlang …tapi ada jugak yang kurang ajo terus cut line…cissss intro ko kemain manis kan!!!


    Selamat mencuba!:D Yang mana pilihan anda?


    " Saya hanya berminat untuk insurans yang cover kos bersalin sampai anak ke-6. U ada tak? Kalau dah ada baru kontek saya semula k.. " 

    " Eh saya pon ejen insurans jugak . Jom kiter set appoinment.. nanti boleh saya promote insurans saya ni pada cik… "

    " Saya baru terminate cc semalam. Mesti system u tak update lagi ni… " 


    Friday, November 11, 2011

    Sabah simply superb!

    Day 2 - 21 Oct 2011 
    Fish massage, Kampung Luanti Baru
    Cattle Farm, Mesilau
    Dream World, Mesilau
    Tamparuli 
    Back to KK
    Pasar malam Kg. Air
    Ikan bakar, Pasar Philipines
    ----------------------------------------------- 


    Tepat pukul 5.30 pagi, alarm pon berbunyi. Actually aku dah bangun.. feeling gitu dengar ayam berkokok. Dah lama tak rasa suasana kampung macam ni. Mengigil-gigil sejuk. Perghh memang nyamanlah!


    View from our room, 6 pagi.. matahari dah mula terbit




    Pukul 8 pagi kitorang bersiap untuk breakfast. Sejuknyaaaaaaa nak mandi... mencengkam minda ok. Don't worry, water heater ada :p. Nasiiiiiibblah ada... Lepas tu jenjalan sekitar KPR sebelum check out untuk ke destinasi yang telah dirancang..ewah!



    Nam.. namm... Skali nam datang, terus gelabah

    Cantiknya munga tu. Segar², harum² dan sweet² gitu.. 
    Nampak tak munga tu...ala yang ada 2 kaler pink tu ...ahaks!

    Ni kat Rabbit House. Rabbit pon nak breakfast


    Pukul 8.30 - Gunung kinabalu dah diselaputi awan...


    Gambar kenangan di KPR


    'Tagal' Sg Moroli, Kg Luanti Baru, Ranau

    Jarak dari KPR ke Kg Luanti Baru lebih kurang 32km. Bayaran masuk untuk dewasa RM5, kanak² RM2 dan kamera RM3 untuk 15 minit rendam kaki. Kalau nak mandi bersama ikan RM10 dikenakan. Makanan ikan pon ada dijual RM0.20 sepeket. Tapi ada limit, tak boleh sesuka hati nak beli banyak mana... yerla mementang dua kupangkan... ape ke de hal?  Jangan tak tahu, ikan akan mati sekiranya terlebih makan...gitulah penerangan yang diberi. Baiklah!


    In the Local Kadazandusun dialect, ‘tagal’ means ‘no fishing’, and the main purpose of the ‘tagal’ is to preserve the environment as well as the ecosystem to benefit the future generation. ‘Ikan Pelian’ or Malaysian Masheer comes from the family of Cyprinidae. These fishes are specifically trained by the villagers to perform the healing massage activities.

    The fish massage is deemed to have a curative effect on those who suffers from psoriasis. Come to Kampung Luanti for regular fish massages and you will enjoy smoother and suppler skin - just like a baby’s bottom.
    Bahagia betul dapat main batu kat situ

     
     Korang mampu posing camni kat tepi sungai?


    Sebelum fly ke KK aku memang dah joyah² tkmo lepaskan peluang bermesra dengan ikan ni...Skali dah depan mata terus takut. Ish gedik beno rupa aku time tu... mengambil masa yang lama nak jejak kaki kat air. Ada video yang memang aku takmo share ngan korang... hahaha gedikssss ya amatssss! mak over bajet. Kikiki klakor!




    Takyah pergi dedalam, kat tempat cetek pon berebut ikan nak mengigit korang. Ada ikan kelah, lampam dan tiga empat ekor ikan keli sesat. Serius memang memula takut sebab nampak ikan tu hitam je. Dah la ikan keli tu berjanggut... lagi la mak nebes.
    Dah lebih 15 minit. Nombor kitorang tak dipanggil lagi. Agaknya sebab tak ramai orang, lagi pon time tu baru pukul 9 lebih. So guna la kesempatan yang ada.. sehingga halus dan licin kaki ku itew... memang best! Rasa stim², geli² sehingga terpancul ouchhh! auww!  ha camtu lah... cubalah anda banyangkan :p


     Budak tecik ni sangat berani... 
    kalau boleh nak suap terus dalam mulut ikan...

     Look interesting kan? silalah add this as your must activity to do in Sabah


    Di Ranau, korang boleh pergi ke Poring Hot Spring dan Sabah Tea Garden. Kitorang memang dah plan takmo pergi tempat² tu. Ada review yang kata kat Poring tu banyak kung².. aku ni memang fobia dengan kung². So awal² lagi aku dah decide takmo pergi walau apa pon terjadi.. hehe. Kat sini korang leh tengok pokok rafflesia. Sayang skali, timing kitorang tak tally ngan waktu bunga rafflesia blooming. So tak dapat la tengok live. Linda Nanuwil dan Adira pon kitorang tak jumpa :p


    Desa Cattle Diary Farm, Mesilau, Kundasang

     


    Perjalanan menuju ke tempat yang dikatakan 'New Zealand' ini lebih kurang 41km. Seperti yang teman dah kabo, Sabah ni amatlah kekurangan signboard. Jadik mesra² kan lah diri tu ye. Entrance fee adalah RM3.



    Sejuk taw kat sini. Memang feeling obersea sungguhlah even bau lembu dan najisnya menusuk hidung.. totap rasa nyaman dan segar. Time kitorang sampai ni, lembu² nun kejauhan di tengah padang. Waktu proses memerah susu adalah pukul 3 petang.




    Korang wajib try susu fresh kat sini. Untuk aku yang sememangnya penggemar apa jua susu, memang heavenlah. Sedap sampai rasa nak bawa balik 100 kotak. Tapi sayang, susu ni hanya dapat bertahan 4 jam aje. Terus mak emo.
    Untuk korang yang tak suka susu, totap kena try. Laki mak yang tak suka susu ni pon boleh habes sekotak *nangis kegembiraan tengok laki minum susu* Itu pon tak cukup lagi.. :D. Please, try la wehhhh..sangat sedap! Sekotak susu biasa RM2.50, susu coklat pulak RM2.70. Ada dua flavour tu aje.


    Dream World, Mesilau, Kundasang

    Tempat ni sebenarnya adalah hotel yang berdekatan dengan Cattle Farm. Tiada yang menarik di sini kecuali viewnya yang superb cantik. Terus mensyukuri nikmat Allah.

    View Pekan Kundasang dari Dream World Resort

    Bunga teeet ayam

    Bersama kereta yang sangat berjasa selama di Sabah


    Tak lama lepas tu awan berubah mendung. Titisan hujan pon mula menyembah bumi. Laju² masuk kereta. Plan asal, nak singgah ke Memorial War Park dalam perjalanan turun ke Pekan Kundasang tapi terpaksa dikansel. Amik gambo main entrance dari dalam kereta sajalah.


    Aku tak minat tempat macam ni.. so ok je bila tak dapat masuk. Cuma my hubby je lah yang frust sikit...i'm sorrryyy!


    Seterusnya ke Kinabalu Park. Entrance fee RM3. Tapi disebabkan hujan, maka FOC. Oleh itu ronda² dalam kereta aje. Sedikit frust di situ.. huhuhu. Takpalah, takda rezeki... memujuk hati sendiri... dan kami meneruskan perjalanan turun ke KK.


    Gamba bukti pernah singgah


    Tamparuli

    Dalam perjalanan ke bandar KK, kitorang singgah di Tamparuli. Tujuannya adalah untuk bertemu dengan Marsha.. hahahha takde lah! Anyway, aku banyak taw nama tempat kat Sabah ni pon sebab Akademi Fantasia. Macam Mas dari Tawau, Felix dari Kota belud, Stacy dari Penampang


    Memula nak jalan menyeberangi jambatan ni. Skali ada kung².. terus masuk kereta.. huawawawa. Tringat kat Marsha yang suka sangat nyanyi lagu jambatan Tamparuli masa kat akademi. 
     
    Menurut sejarah, Tamparuli dikatakan mendapat namanya daripada ayat ‘ditampar oleh air’ di mana ayat ini berasal daripada perkataan atau percakapan orang Brunei. Pada suatu masa dahulu, apabila pedagang-pedagang Brunei berkunjung ke Daerah Tamparuli, mereka tidak dapat naik ke hulu disebabkan arus air sungai yang terlalu deras. Maka timbullah ayat ‘ditampar oleh air’ dan ia telah disingkatkan kepada Tamparuli.

    Kewujudan jambatan gantung Tamparuli telah menjadikan Daerah Tamparuli  lebih dikenali oleh masyarakat luar dan pelancong asing. Menurut mitos di kalangan penduduk setempat, kononnya suatu ketika dahulu terdapat seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan atau lebih dikenali sebagai  'tajau' oleh masyarakat tempatan. Tajau tersebut telah diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli agar binaan jambatan Tamparuli kukuh. Mitos ini dikukuhkan lagi apabila jambatan ini tidak pernah runtuh walaupun ribut taufan melanda daerah ini. Malah ia semakin indah dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun.


    Jambatan Tamparuli di sebelah kiri. Tinggi tuuuu... 


    Lepas tu kitorang meneruskan perjalanan ke bandar KK.  On the way tu singgah kat Tuaran untuk late lunch. Dah lapor tahap gaban... hahaha. Berjalan tak hengat.

    Setiba di KK, kitorang pon ronda² mencari tempat penginapan untuk malam tu. Di KK ada banyak hotel. Bergantung pada ongkosnya saja. Kitorang proceed untuk stay di budget hotel iaitu Hotel Garden RM100 per night. Alhamdulillah selesa, parking pon senang. Perghhh letih.. we had a good rest until 9pm


    Pasar malam Kg. Air




    Setelah puas mengecas energy,  kitorang keluar ke pasar malam Kg. Air. Tempat ni ala² downtown/uptown gitu. Takda beli apa pon cuma setakat mengusha-usha. Owh ada beli t-shirt I LOVE BORNEO untuk Alany. Itu saja. Korang kena pandai tawar menawar kat sini ok.


    Rantai, gelang, brooch dari mutiara.. cuci mata saja


    Ikan bakar, Pasar Philipines
    Gerai ikan bakar ni terletak di belakang Pasar Philipines, berdepan dengan Le Meridien Hotel. Sedap juga walaupon makan kat lorong² begini. Hasil dari pembacaan aku, ramai yang kata fresh seafood di KK ni sangat murah. Tapi bila dah siap masak, harga jadik berganda. Jadi sebaiknya, sebelum memilih menu kenalah bertanyakan harga dulu.
    Ikan merah bakar, sotong bakar, sayap ayam, rumpai laut, nasi putih + air kelapa = RM50

    Memang rambang bijik mata. Semua rasa nak telan. Cuma satu je... aku tak jumpa kerang bakar.. orang sabah tak makan kerangkah? Ehh rumpai laut tu not bad taw. Ranggup dan masin² gitu. Aku ni jenis suka mencuba makanan... so kira boleh terima. My partner tu, memang tak boleh. Asal pelik sket suma tolak tepi..hehehe..

    Itu aje cerita untuk day 2. Nanti sambung day 3 plak ye...doakan aku leh cecepat habis cerita ni (",)

    11.11.11

    Anyway it's just a number (~_^). Tapi memang cantik.. tersusun tertib gitu. Mesti ramai yang mengabadikan tarikh hari ni. Nak nikah, nak bersalin, nak declare cintan-cintun, etc. Yang hebatnya date yang cantik ini jatuh pada hari jumaat. I superlove Friday... yeay! Besides penghulu segala hari, it also means weekend is just around the corner.. :D Semoga kita semua akan diberkati oleh-Nya... amin!

    Belum terlewat lagi, salam Aidiladha buat semua..

    *new update

    huawawawa sekian tak berapa lama berblog, aku baru tahu yang blogpost window tu boleh dipanjangkan...*nangis*..muahahahaha..selama ni jenuh asyik berscroll bila buat entry... kikiki... ada gak sejarah 11.11.11*terharu*




    Tuesday, November 8, 2011

    Ombak Rindu


    Memang sedih cerita ni ditambah pula dengan lagu yang mendayu dayu... Aku kan jiwang.. layan la lagu camni. Lirik pon sedih. Aaaa sedihnya lagu ni *nangis* . Terus terbayang saat aku baca novel.. memang berjuraian airmata. Sedih *nangis lagi* . Tetiba rasa macam 'eh eh penyedihnya aku!' hahaha...gelak pulak. Ni dah macam mereng :p

    Ombak Rindu.. best novel ever!!! Cuma bila dah bersambung tu, biasalahkan.. merepek je banyak. Tak sabar tunggu cerita ni di pawagam... Pelakon pun mantap.. Sudah kubayangkan Aaron adalah 'HARIZ'. Cuma kalau Fathia jadik 'IZZAH' aku rasa lebih sesuai... Nampak la macam budak kampung dan naif sket. Apa pon, kiter tunggu 1 Disember nanti :D


    Tuhan tolong lembutkan hati dia
    Untuk terima ku seadanya
    Kerna ku tak sanggup
    Kerna ku tak mampu
    Hidup tanpa dia di sisi ku

    Tuhan aku tahu banyak dosa ku
    Hanya ingat Kamu kala duka ku
    Namun hanya Kamu yang mampu membuka
     Pintu hatinya untuk cintaku

    Malam kau bawalah rinduku
    Untuk dirinya yang jauh dari ku
    Agar dia tidak kesepian
     Selalu rasa ada cinta agung

    Hujan bawa air mata ku
    Yang mengalir membasuh luka ku
    Agar dia tahu ku terseksa
    Tanpa cinta dia di hatiku

    Hanya mampu berserah
    Moga cahaya di penanti


    Suara Hafiz dah masyukk.. tapi part Adira terus hilang stim... kenapa tak amik Filianti Vlee??.. huhuhuhu...

    Wednesday, November 2, 2011

    Cuti-cuti ke Sabah


    Day 1 - 20 Oct 2011
    Arrive in KK
    Drive to Kundasang
    Overnight at Kinabalu Pine Resort (KPR)
    -----------------------------------------------


    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Alhamdulillah, sampai juga kami ke negeri di bawah bayu. 

    Pengalaman pertama Alany menaiki kapal terbang :D. Agak nervous membayangkan Alany dalam flight. Dah la 1st time, naik Air Asia plak tu.

    Ok ok aku admit. With AA - Now Everyone Can Fly :p. Tiket dibeli masa promo bulan Februari lepas. RM164 untuk tiga branak :D


    LCCT

     
    Pertama kali naik kapal terbang sefamily.. hehehe


    Okay backtrack.

    Pukul 7.30 pagi dah bergerak dari rumah menaiki teksi. Tapi flight plak delay setengah jam due to heavy traffic. Kitorang tiba di Terminal 2, KKIA pada pukul 12.30 tengahari.

    We were there for 3D2N. Okaylah tu, if pergi lelama habis semua tempat dah cover...nanti takda alasan nak pi lagi... hehehe.
      
    Ada 2 airport di KK. MAS/Firefly di Terminal 1 dan AA di Terminal 2. Kalau ada  yang menunggu, kena inform naik apa.. kalau tak, sampai ke anak cucu la tak jumpa :p

     10 menet lepas take-off
       
    Masa nak landing, ternampak pulau ni. Cantik! air jernih.. easily c-thru

    Istimewanya KK ni, bandarnya terletak di tepi laut... jarak antara airport dengan bandar pula hanya dalam 15 minit. Besh oooo ko shopping² sambil dihembusi bayu laut..

    Setiba di airport, settelkan urusan kaunter imigresen. Pastikan bawa mykid anak² ya. Mak bapak punya dah kompem memang sentiasa bawak ye tak? 

    Lepas tu jumpa member husben untuk sewa kereta. Kitorang sewa perodua Viva RM80 sehari. Kadar kereta sewa di KK agak mahal. Dapat harga ni pon sebab harga kawan² katanya... hehehe nanti aku kasik kontek ok.

    Tengok meter minyak pon dah liplap, terus gi isi minyak fulltank RM 53. 
     

     Sila ambik segala risalah di airport. Sangat penting!

    Lepas tu, lunch kat Restoran Sri Malindo di Wisma Merdeka.

    Rupanya menjadi satu kemestian bagi orang Sabah, untuk setiap menu berasaskan nasi mesti dihidangkan dengan sup kosong. Disebabkan tekak aku tak boleh nak terima lauk yang aku pilih sendiri, maka aku berjaya mengenyangkan perut dengan makan nasi kosong berserta sup kosong... ha licin! 


    Masjid negeri


    Seterusnya, pukul 2.30 petang kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Hep hep hoooray! Penuh keterujaan gitew. Tak sabo nak tengok gunung kinabalu :D. 

    Satu kekurangan yang nyata adalah papan tanda arah. Tak friendly langsung.. boleh sesat. Jalan raya kat sana tersangat banyak roundabout, tapi petunjuk jalan nan ado..huhuhu. Ada GPS lagi bagus. Tu pon 2 kali jugalah berhenti tanya orang... malu bertanya, sesat plak kang.. hehehe. Eh tapi orang sabah friendly² bah! baik² aja :D


    Study map ye bangggg ..hehehe


    Perjalanan lebih kurang 95km dari KK ke KPR. Kalau ikot pemanduan berhemah dalam 2 jam boleh sampai. Laju² kalu risau masuk gaung aje. Cuma nak kena kejar masa dan waktu. Coz kat sana cepat gelap, jalan pulak berkabus.

    Perjalanan melalui Inanam - Tuaran - Tamparuli - Kundasang.
    Tapi ngikot pengalaman kitorang, jalan Tapah - Cameron Highlands lagi sempit dan bahaya.

      
    Pendakian bermula.. tengok km, macam dekat je


    Perjalanan mendaki ke Kundasang diiringi hujan dan kabus. Sepanjang perjalanan banyak papan tanda tanah runtuh dan simpang² ke gereja. Risau juga sebab tak biasa dengan jalannya.

    Orang kata, kalau dalam keadaan cuaca yang baik... korang leh tengok gunung kinabalu follow korang... hehehe..

    Hujan = Sejuk


    Sejuk = Sedap tido


    Lori terbalik.. dah la tepi tu gaung... huhu scarry


    Ala² pekan koboi gitu


    Dalam perjalanan tu jumpa Pekan Nabalu yang bagaikan segan² nak hidup. Tak singgah pon. Banyak jual hasil kraftangan. Aku tak minat.

    Terus lagi jumpa pula Kinabalu Park dan Pekan Kundasang. Kat area sini memang banyak hotel. Terpulang nak yang macam mana. Yang penting fulusssss!

    Di Pekan Kundasang, ada deretan gerai yang menjual buah, sayur dan juga makanan² tempatan. Time² sejuk ni, takda nafsu nak makan buah langsung... geram memang geram nengoknya.. hehe..




    Akhirnya kitorang sampai ke Kinabalu Pine Resort lebih kurang pukul 4.30 petang. Perghhhh cantiknya resort ni. Ala² english cottage gitu..


    Perbezaan pukul 4.30 dan 6 petang

     

    Standard Room


    Semua unit di KPR facing ke gunung. Aku joyah² masa booking tu nak bilik ngadap gunung. Skali diberitahu situasi sebenar.. ooo gitu.. Mak 1st time datang bah...

    Unit kitorang berharga RM180 semalam inclusive dinner and breakfast for 2. Kalau nak bilik je rega RM160. RM20 untuk dinner dan breakfast kira berbaloiiiiiiiiii... If korang nak cari makanan luar, kat masjid berhampiran pekan kundasang ada restoran Islam.


    Bila masuk bilik dah tak tentu hala budak comey ni. Turun naik katil, lari sana sini.. maklumlah, dah cukup tido.. mama plak macam nak pengsan keletihan


    Wow.. Gunung Kinabalu! ..korang ada?.. hehehe :p


     Subhanallah!

    Sungguh teruja melihat gunung kinabalu depan mata. Terus memuji kebesaran Ilahi. Macam tak percaya je tengok depan mata. Takleh nak describe lah. Ni belom aku berada kat atas tu, mau 7 hari 7 malam aku bercerita tanpa henti...ahaks! :p ..okay aku akui kurang berupaya dan tak terdaya...


     
    Time ni lebih kurang pukul 5.30 petang. View dari balkoni bilik kitorang. Sejuk gilak..


    Percubaan nak buat peace ala² menuju puncak dari Alany


    Pukul 7.30 camtu kitorang gi dinner. Perut berkeroncong aje time sejuk² ni. Menu pon ok la. Sambal sotong, chicken oyster, mix vege ngan sup sayur. Cuma portion banyak gila. Jenuh aku meratah.. sayang plak kan. Nanti kalau lapar balik dah menyesal plak.. hehehe..




    Lepas tu kitorang gi Pekan Kundasang. Nak cari jajan alkisahnya. Tapi tak jumpa pulak kedai runcit. Kedai jual baju bundle banyak le.

    So decide nak ke Pekan Ranau. 10km je pon. Huahuahua 10km kalau jalan lurus takpa dik. Ahkak pon boleh lari 10km... ceh 10m pon dah pancit...kikikiki. Gila scarry jalan ni time memalam. Dah la gelap gulita, sunyi habeh. Rumah pon jejauh je. Dalam hati dah kumat-kumit baca memacam, dalam kepala marah diri sendiri sebab gatal nak berjajan.

              Yang paling best malam tu adalah... MALAM JUMAAT!!! scarry merry nyeeeeee!!! Eh tak takutlah... SEGAN JE!!!

    30 minit perjalanan, aku rasa macam 3 jam. Gila kentang menahan takut. Tengok husben cool, aku pon bebuat la cool.. padahal tuhan je lah yang tahu macam mana. Kang kalau aku takut, dengan dia pon takut macam mana. Nasib baik Alany behave sangat.

    Lepas nyopping sket kat The Store, eh Ranau ada The Store ok!.. bermulalah perjalanan pulang ke KPR. Alhamdulillah time balik ni aku konpiden sket coz ada kenderaan lain yang dok lalu lalang juga. So takda lah gelap sangat. Sampai aku bleh rasa dalam 3 minit je dah boleh sampai KPR. Alhamdulillah syukur..

    Sampai bilik.. lepak², makan² sambil tengok tv. Dah siap set alarm pukul 5.30 pagi. Nak sangat tengok gunung kinabalu di pagi hari. Gila ko pukul 5.30? kalau pukul 6, subuh pon dah lepas ok. Wokeh mau tido sudaaaaa... sejukkkkkkkk!!!




    Tunggu cerita day 2 bah...


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...