Wednesday, September 18, 2013

Imani Sumayyah is ONE!



Mode : Imbau kenangan

15.9.12
12.30pm Rutin check up at 38w5d. Bp count tinggi dan bukaan dah 2cm. Terus kena warded.

“doktor, saya serah diri petang sket boleh tak?”

“tak boleh, bahaya..jangan amik risiko..boleh kena sawan.. kalau tak bawak barang, husben u boleh balik amik..saya isikan admission form skarang”

“please doktor..sekejap je, pukul 3 saya datang”

“no! kalau takde progress, esok pagi kita induce.. baby pon dah matang”
 
Adoii.. aku banyak program nak merayap pergi open house. 


16.9.12 
5.00am – Bukaan baru 3cm. Contraction tak rasa sangat. Ntah berapa kali kena seluk. Terus ditolak ke labor room

8.00am – Doktor pecahkan air ketuban dan induce. Siap bagitahu  paling cepat pukul 12 baru beranak. Selang 5 minit baru aku rasa sakit. Sempat jeling jam..huiii lagi 4 jam nak tahan sakit macam ni.  Lepas tu sakit menggila sampai rasa nak lari dari hospital. Sampai terpikir nak czer. Nak segalanya berakhir cepat.

10.00am – Alhamdulillah, dengan 3 kali meneran semuanya selamat.

Merasa jugak aku beranak normal walaupon induce. Walaupon beberapa kali dinasihatkan amik epidural pada awalnya, aku tetap dengan keputusan nak menikmati sakit bersalin itu. Dah lama aku nantikan, jadi semua hormat pada keputusan aku. Rumusan : Aku adalah serik sebab degil!

Skarang dah boleh berjalan. Gigi 5 batang. Merajuk pon kuat!

Happy Birthday! Semoga diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah. Mama, Papa & Kakak Alany sayang Adik Sumayyah!

Nasib la jadik anak no 2… cerita pon tkde..tup tp dah setahun huhuh sowi adik.

 

Thursday, September 12, 2013

Cepatnya masa berlalu...



Semalam nak buat entry WW.
Skali terlupa.

Wednesday, September 4, 2013

Thursday, August 22, 2013

Hari raya 2013

Selamat hari raya Aidilfitri. Amik ko dah 15 syawal kot! Baru nak beraya kat blog ni.. hehehe. Tengok orang lain post entry raya, aku pon kepingin jua. Tapi gambo raya yang syadis terus buat niat terbantut. Agak disaster raya tahun ni. Anak² mood ke laut. Gambo makanan special di pagi raya pon tak amik. 
 
 
Gambo berempat yang ada.. huhuhu. Alany bad mood sebab jari 
tersepit kat pintu. Sikit je pon, tapi dia punya dramaaaaaa huk aloh! Sampai cayor mekap aii T__T

Balik je dari kampong terus cakap kat laki. Nanti kita pakai balik baju raya pastu amik gambo kat rumah taw. Tak duli.. nak jugak gambo raya yang cantik.  Tapi hari ini, dah 15 syawal.. huihuihui masih belom terlaksana impian ku itu.  Ok minggu ni ye, before keluar pergi open house kita snap² dulu ye …harus!

 
Gambo adik beradik. Aii adik bongsu ok! Jangan tersilap kata aii kakak ye

Gambo candid beramai-ramai. Alany dah tido time ni...huhu

Okaylah, dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf atas segala tutur kata dan penulisan di blog ini. I'm a human and i make mistakes..  maafkan saya ye. Biasalah kekadang tu dah geram sangat terbabas juger.. haiiipppppp! Ok ok… kosong² ye…:D

Wednesday, August 14, 2013

Berkepit

Salam Lebaran uols. Maaf Zahir dan Batin

Malasnya nak kerja. Dah lama cuti, ni la kesannya.
Alhamdulillah anak² tak meragam.. elok je peluk cium pengasuh.
Lambai tangan penuh gumbira tengok mak pak pegi kerja.
Mak pak je la yang liat.. huehuehue

Rindu!


Tuesday, July 23, 2013

Jaga-jaga cik Salmah!



Assalamualaikum.. hye korang!

Lama sangat tak update kat sini.
Bukak new entry, save as draft.. asal draft aku delete.
Pastu ulang balik bukak new entry, save as draft.. asal draft aku delete.. Kuikuikui

Banyak sebenarnya nak share kat sini.
Tapi tu lah kekadang rasa macam dah tiada kebebasan bercerita.
Dah tak selesa nak meluahkan semua kat sini.
Ya, betul..
Meluah dan berkongsi dengan yang satu itu adalah lebih baik.
Pasti tiada orang ketiga.
Eh tak jugak, yang ketiga tu ada je kat mana².. Nauzubillah min zalik ..

Cikgu Shaari : (Dlm loghat kedah) Hai orang sebelah! awat kayu hang tu terjolok kat umah aku ni, hah??

Tapi sebagai manusia biasa, aku selalu ingin meminjam segalanya dari korang.
Koranglah pendengar, pengkritik, pencerita, pembimbing… apa lagi ek? sambung lah lagi..
Mmm berhutang lah.
Sebab dah kata meminjam tadi.. hehehe




 Kasut raya yang dirasmi hari ini…  


Thursday, May 30, 2013

Ish Ishhh..

Akhirnya...

Busuknya hati ko!
Pendengki betol, padahal tak menganggu lalu lintas hidop ko pon...
Haishhhhh patot la orang cakap ko ni manusia yang tak boleh tengok orang lain senang! 

Terasa ke?
Kalau terasa baguslah.. biar sedar sket *tepuk tangan*

Friday, May 17, 2013

Imani Sumayyah 8 bulan




Semalam Sumayyah 8 bulan
Harini 8 bulan 1 hari .. hehehe
Berat 8kg
Sudah 8 bulan menyusu sepenuhnya susu mama.. tahniah untuk mama!


Dah boleh duduk tegak
Merangkak selutut dua (penggunaan bahasa apa ini? :p)  
Boleh paut² untuk berdiri sambil melepaskan sebelah tangan
Cerewet dalam pemakanan
Pembuli kakak no 1.. 





Thursday, May 16, 2013

Lebih sudu dari kuah



TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KERETA PUN BOLEH UNDUR, TERLAJAK KAPAL TERBANG TAKDE GEAR REVERSE... SORRY.


Cari pasal kalau tak nyusahkan orang lain takpa.. Sukahati ko la nak cari pasal 24jam pon. Akan tetapi menyusahkan. Buat orang rasa sedih.. terasa hati. Padahal susah payah orang tu takda kena mengena dengan dia pon. Saja je nak up kan kontroversi. Pastu bercerita plak dengan orang lain. Membuatkan orang yang mendengar cerita tu pon terjerumus berperangsangka buruk.. ish ish ish..

Contoh aku bagi ye.

A pergi balik kerja boyfren yang hantar. Jadik A tidak mempunyai masalah untuk mencari tempat parking kereta sewaktu bekerja.

B pulak kalau tak bawak kereta, maka tak bekerjalah beliau. Jadik B mendapat tempat parking yang tidak diperlukan oleh orang lain seperti A.

Akan tetapi A berbunyi-bunyian di sana sini.. alasannya kalau ada tempat parking, mesti semua orang pon nak bawak kereta. Choiiii sangat di situ.. memang nanges mendengonye. Boyfren outstation pon ko sanggup ponteng kerja sebab takmo bawak keta... ini kan... mmmm T____T. Akan tetapi ada benarnya juga. Aku tak nafikan. Bila kemudahan dah terbentang, siapa yang menolak betul tak?..Cuma layak or tak layaknya seseorang tu toksah la nak pertikaikan.


Kita hidup ni kena selalu sabar, biar apa pon orang buat kita.. jangan cari masalah kalau tak nak dapat masalah. Akan tetapi kalau asyik menerimaaaaaaaaa je sapa pon tak boleh tahan kan. Nak lagi kalau ada yang lebih².

Kadang² manusia ni gila.. tapi tak sedar diri sedang membuat kerja gila walaupun sebenarnya tak gila mana pun.. hehe.. sekian


*sedap beno guna ayat '' akan tetapi " :)



Wednesday, May 8, 2013

Friday, April 19, 2013

Semalam




HEHEHE Besday gua!
Celebrate dengan makan char kue teow.. cili jeruk kasik lebih
Sekian

Wednesday, January 23, 2013

Rezeki anak²


Pagi
Berita gumbira pertama dah dapat.. 


Petang
Tunggu berita gumbira kedua pulak, InsyaAllah..


Hadiah sempena maulidur rasul :)

Wednesday, January 16, 2013

Imani Sumayyah - 4 bulan


Hari ini saya 4 bulan. Berat terkini adalah 6kg.
Saya sudah boleh meniarap. Mama kata leher saya kuat sebab saya suka angkat kepala tinggi². Mama bedung sebab saya suka isap jari...bukan 1 jari, tapi 2 jari skali.. nyummmy! Tapi saya tetap terer, sekelip mata saya boleh keluarkan tangan saya.. kuikuikui, mama sila cari kain bedung besar lagi ye.


Ke-tidak-seimbangan yang sangat ketara.
Right is more than lefty. Okay aku dah gugel dan ianya adalah biasa. So tak perlu stress dok pikio. Baru start minum ESP Shaklee.. hopefully ada perubahan yang memberangsangkan.. berdoalah :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...