Wednesday, August 24, 2011

Mood ke bulan


Minggu ni rasa tak produktif langsung. Buat kerja pon rasa melayang je. Masak pon malas...serba serbi malas malas malas. Lambatnya sabtu...

Monday, August 22, 2011

OoooooSommm!


'Asyik rumah u je... tak acilah!'

'0OoooOoooSoOmmmmm!'

'Alaaaa.. mmm senang kira.. u balik rumah mak u, i balik rumah mak i'


 Jangan merempit. Ingatlah orang tersayang. 
Kitowang balik hari Sabtu, so korang balik hari Jumaat atau Ahad ye. Takda la jem nanti...hahahaha

Tahun ni turn beraya di Sitiawan dulu. InsyaAllah kami akan berada selama seminggu di sana. Hep hep hooooray! Alhamdulillah kitowang takda masalah bila nak balik raya. *beruntung kahwin dengan orang KL ni :D* . Tetiap tahun kami amalkan sistem giliran. Takdela nak berosom-osom atau baling dadu. Tapi yang bestnya, kalau raya kat KL dulu.. petang 1st raya kami akan bergerak ke Sitiawan. Kalau raya kat Sitiawan dulu, suka-suki je bila nak balik KL...hehehe. Tapi apa pon kata sepakat tu penting, takdalah nanti ada yang monyok (",)

So korang pulak macam mana? beraya di mana tahun ni?  Kalau yang jauh² harus awal² dah planning. Minyak, tol, tiket flight nak kena kira. Kalau yang sekampung memanglah untung. Serba serbi jimat. Nak lagi yang rumah parents sebelah². Hahahaha takda kes merajuk-rajuk nak balik kampung kan...hehehe.

Friday, August 19, 2011

Cumilnya Siti Aminah


Siti Aminah adalah anak kepada pelukis Lepat. Mesti ramai yang dah tengok
vc ni. Sangat cumil dan bijak!

Ni lagu version mama Alany...hehehe

♫ Suriram ram ram
Suriram...
Alany yang manis
Aduhai anakku sayang
Alany Sufiyyah jantung hatiku ♫

Thursday, August 18, 2011

Tempat parking murah di Jalan TAR

Ni bagi yang nak bawak kereta sendirilah ye. Parking punya pasal dah banyak masa terbuang. Jenuh mencari parking sekitar Jalan TAR. Rugi time shopping oii. Dah la sesak marat. Tapi kalau tak ke Jalan TAR tu, rasa tak meriah...tak terasa suasana raya. Ewah!

Okay bagi yang nak ke Jalan TAR, korang boleh try parking kat Caps Square. RM2 je yong oii untuk weekend & public hols. Lokasinya seberang Jakel aje. Takla jauh nak menapak. Perjalanan pon lancar. Kot nak parking kat area Sogo, mau menangis ngadap jam. Time tu mood nak menyopping pon dah ke laut.



Ni RM10 per entry. Hari tu aku tengok first 2 hours RM10, subsequent hour RM5. Kompem tak maunya sejam dua kalau dah ke situ kan. Gila mencekik dompet. Habis duit bayar parking je.

Wednesday, August 17, 2011

Jangan ditanya kenapa


putus asa
kecewa
sedih
harapan

noktah


Thursday, August 11, 2011

Jom pizza! - sempat lagi hari ni

0ne f0r iftar.. 0ne f0r supper.. 0ne f0r sahur


Pizza Hut offers the FREE Three (3) Family Favourites Personal Pan Pizza for only RM 19 (You save RM 8.00) Code: 3PPP

Date: 10 - 11 August 2011 (Wednesday to Thursday)

Time: 11am - 11pm

How to get the Coupon?


You can also download the coupon by clicking on the link at
http://www.pizzahut.com.my/pdf/3PPPCoupon.pdf
  • One redemption per customer per transaction.
  • Valid for all Pizza Hut Restaurants in Malaysia except KLCC & Genting Highlands.
  • Photocopied, black & white and colour printouts can be accepted.
  • Valid for take-away and delivery only.

Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 9, 2011

Anak bertuah

 
Alany Sufiyyah sangat kuat merajuk. Kalah mama dia. :P . Ni la peel terbaru sejak umur setahun. Hari tu aku tegur pasal suka sangat pijak buku, pijak mainan. Kan tak elok pijak buku. Walaupon sekadar buku ABC, buku kaler².. tapi tu semua ilmu. Pijak mainan tu pulak kan bahaya. Kot terjatuh kang satu hal pulak. Kot benda tu terpecah ke apa, dah luka kaki. Bila ditegur terus baring kat lantai. Tunjuk perasaan. Menangis di situ.


 

Hari tu Alany buat perangai lagi. Tuang susu dalam kopiah atok dia. Siap bergenang air susu kat dalam tu. Aku pon apa lagi, pukul la tangan dia ala² manja.. sambil mulut nyot nyet marah. Terus dia sembam muka kat lantai.
Ceh merajuk konon.



 " Biar mereka menangis sekarang kerana kita menasihat,
jangan kita menangis kemudian hari kerana tak makan nasihat "


 

Karamelingkup

Kisahnya nak berbalas juadah berbuka kat jiran kesayangan. Wah kesayangan lagik (",). Dah ada 3 tipuware tak dipulangkan lagi. Takkan nak bagi kosong je kan. Gigih mak buat karamel last sunday ok. Dengan penuh keyakinan aku membuatnya. ''Kacang je'' .. maklumlah resepi memang tersemat dalam kepala. So settle, dalam 15 minit bau pon dah naik, so nak mengintai la camner ropernye. Terkejut aku tengok melipah ruah karamelku itu. Owh wat hepen? Apa silapnya. Aku cool lagi, tengok camana dah masak nanti. Bila dah masak lagik sadis...hehehe buruk benor ropernya. Dah sejuk sket aku pon test *mak dah raya awal ye* , hahahaa tak sedap langsung...lain benor rasanya! Pahit, kelat!  T_______T . Nasib ngetes, kalau tak wat malu jerk.

Setelah aku investigate, hehehehe barulah tahu kat mana silapnya... rupernya tersilap tepung.  Bila part nak letak tepung jagung, aku dengan konpiden pi bubuh baking powder. Patotlah instint awal² tadi terasa takmo boh tepung... tapi dok fikir tepung jagung dah ada, so apa salahnya bubuh... kikikikiki... maka masih ada 3 tipuware jiran kesayangan di rumah saya...sekian....

Kot ada nak resepi karamel, leh tengok entry ni ya (",) . Jangan silap tepung :p

Monday, August 8, 2011

Boleh la buat hilang mengantuk


 Nak tunjuk gambo makanan kang, makruh pulak :D

Cerita 1
Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter…

Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa?
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas.
Makcik nak pergi mana?..
Makcik: Makcik nak melintas aja


Cerita 2
Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi…kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi…

Bidin: Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?
Wafdi: Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..


Cerita 3
Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.

Suami: Kenapa?
Isteri: Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!

Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.

Suami: Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!


Cerita 4
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.

Pemburu: Ah leganya….. …singa baik rupanya. Selamatlah aku.
Singa: Ya…….singa yang baik selalu baca doa sebelum makan.


Still ngantoks? Pi la sini...
http://kelakargila.blogspot.com 
http://lawakceritakelakar.blogspot.com


Tak hilang juga? Ini dah kes berat ni. Meh la kita buat senaman regangan badan pulak.
 *sumber : http://ibnismail.wordpress.com/2008/07/16/cara-menghilangkan-mengantuk-dan-tekanan/

Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini.


LANGKAH 1

Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan.


LANGKAH 2
 
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..


LANGKAH 3
 
wa..wa..aaa


LANGKAH 4
 
Gerak kekanan kemudian ke kiri..


LANGKAH 5
 
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..


LANGKAH 6
 
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..


LANGKAH 7
 
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..


LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…


LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..


LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…


LANGKAH 11
pusingkan kepala…


LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…


LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…


Selamat mencuba! Aku paling suka langkah 9 dengan 13 :D 

Friday, August 5, 2011

Bagaikan musim


" Putus tunang "
tiada keserasian... tiada jodoh

Bagi aku kalau dah takda keserasian, tiada persefahaman, asal buka mulut boleh jadik perbalahan, eloklah hubungan tu tidak diteruskan. Tempoh pertunangan ni adalah tempoh untuk kita saling mengenali. Tempoh untuk mencari keserasian kedua belah pihak. Nak mencari chemistry gitu. Adalah lebih baik jika awal² dah tahu tiada keserasian, berbanding tahu bila dah terjalin ikatan perkahwinan.

Ada hikmahnya bila takda jodoh dengan seseorang...
Dan kita hanya sedar hikmah yang ada selepas kita temui jodoh kita yang sebenar! InsyaAllah..


***********************************************************

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka
 
Farid : Mengapa?
 
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
 
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
 
Siti : Erkkkkkk..Benci!!


No komen!
 

Thursday, August 4, 2011

1year & 2months little girl

 Dah macam anak dara sunti...auwwww!....
Geram pulak tengok gambo ni, rasa nak gomol² skarang :D


Syukur alhamdulillah! Alany Sufiyyah genap 14 bulan pada 03.08.11, which is yesterday.  Seronoknya melihat anak membesar dengan sihat, tak banyak ragam. Tapi sudah mula menunjukkan 'peel'nya. Namun, itu semua menghiasi kehidupan papa & mama bak pelangi...ewah!
 

Okay let’s see Alany progress as for now.
  • Gigi still 6 batang. Gigi atas tu ada distance sket. Takda gaya nak tumbuh lagi even sometimes air liur meleleh dan asyik nak mengigit je
  • Sudah stabil berjalan. Suka pulak berlari sekarang ni. Turun naik tangga memang favouritelah
  • Bila gosok gigi sokmo nak geget berus gigi. Riuh kedengaran suara mama or papa dok aaaaaa, eeeeee, aaaaa nak suh nganga...hahaha *kena tuntut ilmu ngan enchek fariq la*
  • Suka makan nasi. Nak lagi berlaukkan ikan goreng + sup sayur.  Say no to yang lembik² like bubur, mashed potato ok
ni namanya makan dalam iman
  • Dah tahu mana mata, mulut, gigi, telinga & nose. Bila tanya mana mata, siap kedip²kan mata. Gigi pulak akan senyum selebar yang boleh.. bila tanya nose, siap masuk jari dalam hidung....muahahaha mana belajar la ni
  • Bila cakap bye², alany akan lambai tangan ala² princess. Bila cakap i ♥ u, buat flying kiss. 
i ♥ u 
  • Add some vocab like bird [dulu sebut bard], cat, ye [saya], mak [babysitter], ape tebar [apa khabar], nak, nanak [tak nak] aya ya [pasti berjaya] dan dah tahu siapa papa dan yang mana mama (",)
  • Tak boleh kena marah, mesti menangis dan merajuk. Sangat kuat merajuk.. kalah mama
  • Dah paham arahan. "give to papa", "jom mandi", NO, don't ... yang ni paham tapi saja buat tak paham...ishh geram!
  • Pandai meniru apa yang orang buat. Hari tu amik lipstick, pandai je tonyoh kat mulut. Orang batuk, dia pon batuk. Ada segment dalam BabyTV yang alany suka. Let say birthday song, baru je intro dia dah awal² senget² kan kepala dan lompat² nak tiru step kartun tu menari

Ada lagi tapi tu je la yang ingat setakat ni.. Mama doakan Alany membesar dengan sihat, bijak dan cergas...Jom kita layan video pulak....:D


No wonder la bookmark mama selalu hilang. Kekadang bookmark tu berubah tempat... skarang terjawap sudah :P



Proud of u anak!

Wednesday, August 3, 2011

Suka suka suka...

Salam Ramadan Al Mubarak!

Barulah tahu kenapa Nuffnangers sangat idam²kan Buffered Earning [BE]. Kalau dulu tak kisah pon, sebab blog aku ni bukannya ramai visitor. Dah sah² la income pon tak berapa nak ada. Tapi bila blog sendiri tetiba dianugerahkan BE, wahhhhhhh besh rupernyer. Tetiba rasa income mencanak naik. Aduh ayat tak larat...hahahaha mencanak ok. Kalau tak tu seminggu skali baru naik RM0.75 paling hebat... silalah percaya.

Dalam masa sebulan ni, aku dah dapat 6 BE tapi 4 sudah masuk ke Metered Earning [ME]. Jadiknya tinggal 2 lagilah yang dok running... mak suka! Terima kasih Nuffnang!!! Jaaaaaaaaaauuuuuhhh lagi perjalanan nak cash out... hehehe.. Terima kasih kat korang yang sudi singgah sini... :D


Hasil carian yang sangkut (",). Nasib baik takda yang cari watie elite seksi lagi....hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...