Monday, January 31, 2011

28.01.2011


Our marriage turns FIVE last friday! Syukur Alhamdullilah.


♥♥♥  true love doesnt have a happy ending because true love never ends  ♥♥♥

Wednesday, January 26, 2011

Zoladex...

Zoladex  is a man-made form of a hormone that regulates many processes in the body. Zoladex overstimulates the body's own production of certain hormones, which causes that production to shut down temporarily. Zoladex is given by depot injections, which means one injection or implant each month for six months.

Had my 4th zoladex injection last saturday. Another 2 session to go...hukhukhuk. Tapi dah beberapa bulan tak period ni rasa bahagia plak.. sebab takda nak menanggung sengugut. Yippieee!  Tapi aku selalu moody ngan sakit kepala. Badan pon rasa panas je. Ni memang kesan sampingan yang telah diberitahu dari awal. Badan makin membulat. Dahla babat sedia ada pon susah nak hilang. Ni bertambah lagi.. Takpe, aku pandang semua ni dari sudut positif. Mudah-mudahan aku terus tabah. I just want this nightmare to end :(

Mula² sekali kena bius...dah biasa, jadinya bisa tegal je

Lepas tu baru injek zoladex 3.6mg. Untuk ubat saja RM390 untuk satu sesi. Cuba tengok jarum dia, no wonder la siap kena bius. Tak sakit ponnnn...lepas settle boleh lompat² lagi...hahaha amik mood!

Endometriosis

Rentetan posting laparoskopi dan endometrioma
Dicopy dari blog Dr, Adilah Ahmat (Pakar Sakit Puan). 


Apa itu endometriosis?
  • kehadiran tisu menyerupai endometrium di lokasi lain dari sepatutnya 
  • endometrium pula adalah tisu yang membentuk lapisan terdalam dinding rahim. Endometrium membentuk tempat perlekatan janin (jika ada persenyawaan). Jika kehamilan tidak berlaku, endometrium akan bercerai dari dinding rahim yang lain dan membentuk haid. 

Apa puncanya?
  • pebagai teori 
  • most popular theory - retrograde menstruation (darah haid memasuki tiub falopian dan tumpah ke dalam ruang pelvis, kemudiannya "hidup" mengikut hormon pusingan haid dan lama kelamaan menjadi semakin teruk), walhal sepatutnya semua darah haid ini turun ke faraj

Apa kesan endometriosis kepada seseorang?
  • senggugut (dysmenorrhoea) pelbagai tahap (tiada kaitan dengan tahap endometriosis, ie jika senggugut sedikit sahaja tidak bermakna endometriosis juga sedikit sahaja. Sebaliknya jika senggugut teruk, tidak semestinya bermakna endometriosis juga teruk) 
  • sakit ketika hubungan seks (dyspareunia)
  • masalah kesuburan (terutama apabila ia mencacatkan laluan tiub falopian) atau merosakkan ovari
  • bengkak abdomen seperti ada ketulan (ovarian endometriotic cyst yang besar)

Nama lain endometriosis?
  • endometriosis adalah nama am 
  • apabila endometriosis membentuk ketulan di dalam dinding otot rahim, ia dinamakan ADENOMYOSIS 
  • apabila endometriosis membentuk cyst di dalam ovari, ia dinamakan ENDOMETRIOMA  (yang juga disebut chocolate cyst atau endometriotic cyst)
  • di tempat2 lain, endometriosis tiada nama khusus, hanya guna nama endometriosis sahaja

Bagaimanakah mendiagnosis endometriosis?
  • diagnosis sah hanyalah secara "direct visualization" sama ada secara pembedahan laparoskopi diagnostik atau secara laparotomi 
  • walau bagaimanapun, diagnosis provisonal boleh disyakki melalui pemeriksaan fizikal (ketulan, cervix deviated to one side), ultrasound trans-vaginal (rahim retroverted/terbalik atau senget, ovari - cyst, position not in place), fluid collection during menstruation (most probably menstrual blood)

So, anda boleh mengesyakki diri anda mempunyai endometriosis jika:
  • anda mempunyai senggugut, atau 
  • anda mengalami sakit ketika hubungan seks, atau
  • anda mempunyai masalah kesuburan, atau
  • anda berasa perut membengkak, atau 
  • anda mempunyai kakak atau ibu dengan petanda yang sama (endometriosis boleh bersifat keturunan)

Monday, January 24, 2011

The day saya makan aiskrim...

Hari khamis yang lalu, mama & papa cuti. Mama bawa saya makan aiskrim. Hebat sungguh rasa aiskrim ni. Selalu saya tengok papa makan saja. 


Tapi mama kata tak boleh makan banyak². Gigi saya baru nak tumbuh sebatang. Nanti boleh rongak. Selalu makan bubur nasik, bila dapat makan aiskrim sedap pula ...ngeee..


Owh rupanya pergi makan aiskrim jauh² sebab nak jumpa boyfren saya. Nama boyfren saya Abang Hadif. Kulit Abang Hadif sangat cantik. Saya malu sebab saya ada ekzema. Tapi mama Dyana ada bagi ubat untuk kulit saya. Yeay nanti kulit saya cantik macam Abang Hadif. Don't worry, saya takkan jadi  kacang lupakan kulit :D

 Abang Hadif bersama mama, saya pula bersama mama Dyana


 with ,
- Alany Sufiyyah -

Friday, January 21, 2011

VivaHope warehouse sale...

Kami ke sini semalam. Ada beberapa barang yang nak dicari.  Aku pergi sebab babylove ada join buat sales skali. Tapi tkdalah best sangat pon. Biasa aje. Tempat pon sempit. Kat situlah ko nak bayar, kat situ jugaklah ko nak mencari barang. Pada yang nak pergi tu, ianya bertempat di Kompleks 3K, Subang Jaya dan akan berakhir hari ahad ni.

 Aku sampai pukul 11.30. Keadaan masih terkawal. Biasa ajalah, banyak barang lama. Cam bekas makanan, berus botol, botol air harga RM2. Botol susu avent pon ada jual, tapi harga sama je dengan kat luar.

Ni baju transformers, batman, superman....etc. Owh strawberry shortcake pon ada. Aku suka tapi saiz baby takda. Harga RM 20-RM25. Macam mahal je untuk warehouse sale. Ingat nak cari baju tidur Alany, tapi harga still mahal pada aku. Tak berbaloi.. Pureen jugak yang best :D

 Carseat, carrier, walker...ramai je yang beli. Aku tengok gitu aje. Ushar jugak baby chair, tapi tidak kenampakkan. Safety gate ada, tapi aku tak berkenan. Harga RM99 sekali dengan extension. Murah.

 Banyaknya legging...geram aku! tapi sebab Alany dah banyak legging, jadiknya beringat-ingatlah.. hehehe

 Simple Dimple punya bag & toys adalah sangat banyak. Harga aku tak sure la murah ke tak. Tak pernah survey.

 Ni hat yang nak clear stock. Murah sangat. Pepandailah nego. Masa sampai aku prasan ada swing. Ingat nak ushar skali lupa.

Tak banyak pon yang dibeli sebab gaji minggu depan. Lain kali buatlah sales hujung bulan. Senang aku nak berbelanja.. hehehe. Inilah rupanya babycot Alany. Lucky datang awal, dapat rembat yang ni. Last stock. Belek2 tengok elok je. Rm150. Bunga besar tu 2 kuntum RM10. Bendaalah yang boleh pusing keluar muzik tu RM33. Laki aku kata tu untuk baby baru lahir je. Tapi aku nak jugak. Haha.. see mama yang lebih :P . Owh ya bantal babylove tu dapat free sebab aku bodek kat promoter. Kalau beli RM12. Bedding tu dah lama beli,  babylove punya jugak.

 Pinholes latex mattress.. Aku kekecik dulu pakai tilam span yang panas tu je. Abah ada duit sket baru merasa pakai tilam kekabu.

Dan ni je lagi yang aku beli. Legging RM10. Sama je harga kat tempat lain. Beep Rm5. Stokin busha RM3.. aku beli kat luar RM7. Menatang merah bila tekan berbunyi tu RM 7.

Wednesday, January 19, 2011

Saya suka makan cekodok, hari² saya makan cekodok...

Hehehe tipulah kalau hari². Tapi aku memang rajin buat cekodok. Sebab kitowang laki bini memang suka. Ada orang panggil cucur. Tapi aku tetap panggil cekodok. Kecuali cucur udang.. hehehe. Time² gini kalau pekena cekodok terangkat oooooo.. jom layan gambar, kang tak terbayang pulak. hehehe..

Cekodok aku harus garing² begini. Kalau tak laki aku tak suka.. aku plak bedal je.. Lagi satu ikan bilis haruslah letak banyak². Cam dalam gambo ni, ikan bilis terjojol sana sini...
 
 Pekena plak dengan sos life. Lagi la sedap. Kenapa ada 2 sos?...satu sos cili untuk laki aku..satu lagi sos tomato untuk aku. Aku memang tak makan sos cili ok. Pedas nak mam*os. Tapi cili api aku leh gigit plak....blur...Motif letak sepiring? Sebab malas nak membasuh banyak².

Tak lengkap kalau takda teh o panas....baru ada ummmmphhh!!!  Kali ni aku buat teh o strawberry...Sapa nak pergi cameron? Aku nak kirim teh strawberry ni...stok sudah mau habis.

 Nak feeling lagi...harus la makan sambil ngadap dinding ni...hahahaha..

Tuesday, January 18, 2011

nak buat simbol² .. ngeh³ ..

  
camna nak buat simbol 2 tu eks? contoh macam ni.. makan², minum²

Owh yang tu senang je.. kalau rajin menggoogle lagi banyak boleh dapat. 
Ops ini kalau guna PC ya. Kalau laptop gua tak ambik tau. Laptop kat rumah tu dah jadik perhiasan je. Hehehe sebab kat rumah gua bz layan laki dan anak. Tapi ada caranya.. cuma gua malas nak menggoogle.. hehehehe

Alt + 0178 = ²
 Alt + 0174 = ®
 Alt + 0169 = ©

Petang² saya suka makan² dan minum². 
Bila malam², saya lagi suka makan² dan minum².

Nampak kemas sketlah kan. Zaman² MIRC dulu rajenlah guna..hehehe

alt + 1 =
 alt + 2 =
alt + 3 =
.
.
.
.
.
.

☺☻♥♦♣♠•◙♂♀♪♫☼► 

takpon boleh copy je kat charmap.
HOLD Window+R . Macam² ada.

♫ owh baby i ♥ your way ♫

Monday, January 17, 2011

Cerita Disember...

Sepatutnya entry ni keluar bulan lepas. Tapi disebabkan keadaan yang kurang baik, maka baru sekarang terbitnya entry ni. Alkisahnya kejadian ni berlaku pada 28/12 di rumah aku. Sedang dok semua menyetting keadaan, tetiba abah menjengguk ke bawah. Maka terkantoilah nak buat surprise.. hehehe..


Alhamdulillah kami dapat meraikannya sekali.  Alang² semua adik beradik dah berkumpul, maka kami satukan majlis doa selamat ini.

1. Hari lahir abah yang ke 65 tahun
2. Belated birthday Abg Lan & Pak Rano
3. Kejayaan Kak Long yang mendapat 7A1B dalam PMR

Tahniah dan semoga diberikan super duper kesihatan yang baik dan diberkati Allah.. amin. 

Sedondon sungguh aku dengan pengantin.. hahaha

Daripada 5 undangan, hanya 2 sahaja yang dapat kami hadiri. Perkahwinan Nani *ex-coursemate* dan Ajoy *geng kenarianz*.  Aku suka sangat bila pergi kenduri-kendara ni. Time² beginilah selalunya dapat jumpa sanak saudara dan kengkawan lama. Sebolehnya, aku cuba penuhi setiap undangan. Tapi apakan daya, bukan rezeki kita untuk bertemu. Tahniah dan aku doakan semoga kebahagiaan sentiasa melimpahi kalian.. amin.

Sebenarnya ada lagi yang aku nak cerita pasal disember ni. Tapi dah tangguh² punya pasal, cerita yang hot pon dah jadik cool.. dah basi kaedahnya. Nak cerita pon aku rasa tak best. Maka lepas ni nak rajin² mengupdate. Bukan apa bila sendiri semak² *semak katanya.. hahaha* belakang balik, mesti tersengeh-sengeh baca kenangan lalu.. ewah!

Thursday, January 13, 2011

Hari merah...

Iya dong, saya terlibat meraikan hari kemerahan itu. Semalam sangat ramai berwarna merah. Walaupun baju aku lebih kepada warna pink sebenarnya...hehehe. Kalau tahun lepas tak sempat nak pergi, this year dengan senangnya aku tak perlu beratur. Sebabnya kakak aku sampai dulu dan dah book tempat untuk aku...hahaha aci tak? elehhh kata sayang adik.

Pening jugak kepala aku ni sebab banyak sangat warna merah. KRR punya restoran sendiri dah kaler merah, pekerja dia pon merah, dinding semua kaler merah...berpinau bijik mata. Terus rasa sangat panas ketika makan....hahaha tak bagus untuk emosi. Eh aku baru perasan yang goverment tax skarang 6%...gila babeng...service charge + tax je dah lebih RM 10....nampak sangat jarang membayau...hahahaha. Dulu aku memang particular sangat pasal resit. Gigih menyemak resit. Sejak ada Alany aku rasa tabiat tu dah berkurangan....Asyik nak membelek anak je...hehehehe...Aku rasa kena rajin menyemak resit balik. Sebabnya aku baru perasaan yang muffin laki aku order semalam tak masuk dalam bil. Kiranya dapat free...13 hengget plak tu, tak pasal² cashier yang kena nanti...dah la makanan...auwww kembung perut tak ek?

Aku terus menonong je masuk dalam...hehehehe

Comey! merah juga...my niece Zara Arissa

Blur plak gambo ni. Di luar masih ramai yang beratur, jadik makanlah secara berhemah dan jangan buat macam kat rumah sendiri

 Aku bagi Alany makan mashed potato without gravy...hehehehe....sket je :D

Wednesday, January 12, 2011

Check in...

Wah macam pergi bercuti je kan. Alhamdulillah, my Alany cepat sembuh. To all my sweet dearest friends, thank you so much for your concern n prayers..Tak tahu nak balas macam mana kerana mendoakan Alany Sufiyyah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kowang. *hugs*
Okay aku cerita sket yer. Alany cerry berry dekat seminggu. Baik dari cerry berry, terus demam on and off. Batuk dan seseme masih tak hilang². Aku dapat detect 2 kali degupan jantung Alany sangat laju. Aku ingat mungkin sebab dia batuk plus hidung tersumbat. Dekat leher belah kanan, aku rasa ada lump. Doktor kata kalenjar membengkak disebabkan selsema yang teruk. Hari ke4 Alany demam suhu naik sampai 39.6. Buat lab test sampel hingus, kompem Influenza A.  Terus kena warded. * yang aku boldkan adalah simptom² awal*. Timbang berat 6.3kg
Esoknya pula kena buat fisioterapi untuk mengeluarkan kahak dan lendir disamping nak dapatkan sampel untuk memastikan  ada H1N1 ke tidak. Scarry mak datok! Bayangkan baby 7 bulan kena sumbat dengan tiub dalam hidung dan mulut. Lagi kuat Alany menangis, lagi kuat aku meraung...ekekeke over!. Doktor awal² dah cakap kalau tak berani tengok boleh duduk kat luar. Okay aku memang tak berani, tapi aku tak sanggup nak tinggalkan Alany melalui semua tu sorang². Walaupun Alany yang menanggungnya tapi setiap jeritan tangisan rayuan dia tu sangat menghiris hati aku. Rasa macam nak sepak terajang je doktor dengan 4 orang nurse yang pegang Alany. *aku tak dibenarkan pegang Alany ok*. Selesai semua tu, Alany nampak segar dan ceria. Lega agaknya. Demam pon dropped terus.
Hari Khamis, Alany  semakin aktif. Mata pon dah kembali bersinar bak kejora. Alhamdulillah Alany free dari H1N1. Disebabkan tak kena drip, takda muntah² plus walaupon domam selero totap ado, maka Alany dibenarkan pulang. Oyeah oooyeah!!! hehehehe. Macam tak percaya je anak aku masuk hospital. Pengalaman sungguh. Semalam adalah follow up after ward discharge. Everything baik. Berat pon dah naik ke 6.5kg. Syukur!
Okay sedikit tips minuman penawar dari rakan dan taulan. * Influenza A ni jahat. Kalau B baik sikit...B=Baik...hehehehe*
1. Air rendaman jintan hitam/habatus sauda dan bawang putih
2. Minyak kelapa dara 
3. Air rendaman jintan putih
4. Epal hijau - mempunyai alkali untuk membunuh virus

 Masa minggu cerry berry

On the way ke bagan lalang...1st day demam. 
Asyik batuk, sesema dan mata pon bertaik je. 
Aku ni, anak demam pon nak berbagan lalang jugak...ntahpape

 Bernebulizer setiap 4 jam

 Bilik yang besar. Satu² nya bilik yang tinggal. Yang lain penuh dengan 
pesakit yang demam belaka.

 Macam bercuti kat hotel...hahaha. Siap bawak baju kerja laki aku skali. Senang takyah nak balik rumah

 Nampak cengkung sket

 aku pon konpius apa maksudnya ni...boleh visit ke tak boleh

lemah je...tapi takmo lepas buah oren yang nurse bagi...akhirnya selamat juga ke perut mama...:P

 lepas buat fisioterapi...nampak cergas sikit.

 haaaaa luluhnya hati tengok Alany pandang aku macam tu...masa ni nurse nak letak nasal drop....

 
gambar terbaru..sihat dan bergaya...kembali tembam.....alhamdulillah


Tuesday, January 11, 2011

ONEs...

Copy dari emel xPM. Cantik date harini kan?...


" Do you realize that they are many many ONEs in the year 2011
  - 1.1.11, 11.1.11, 1.11.11, 11.11.11 - 
How about the 11 & 1 am n pm and the 11 & 1 minutes and seconds "

 
Enjoy a ONEderful 2011 year filled with ONEderful blessings in this ONEderful world!

Wednesday, January 5, 2011

Alany Sufiyyah

Bersiaran langsung dari Pusat Rawatan Islam AzZahrah, Bandar Baru Bangi.

My daughter was positive with Influenza A type. Please, please and please pray for my Alany speedy recovery. Sesiapa ada info tentang Influenza A, kindly please share with me. Many thanks, hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.

Monday, January 3, 2011

Happy 7 months Little Princess...

Peel baru kalau nampak kamera....mesti nak buat muka camtu

Happy 7 months CintaHati...Papa&Mama love u so much. Be a good girl ye. Kejap je dah masuk fasa ke 2. Pungpangpungpang dah genap 7 bulan hari ini. 
  • Berat terkini 6.30kg. Turun sikit sebab Alany tak berapa sihat lately ni. Dah elok dari cerry berry, demam pulak. Tambahan lagi dah tak reti dok diam...aktif sungguh, mana berat tak turun.
  • Walaupon tak berapa sihat tapi selero totap ado "bak kata atok". Makan mesti mau!
  • Didapati tak sesuai dengan beberapa jenis sayuran. Bayam ngan carrot punca Alany cerry berry. Siap bila poopoo kuar kaler hijau oren...hehehe...maka epal, potato dan banana ajelah yang mama repeat dan Alany enjoy it.
  • Dah show signs to crawl. Asyik gohed gostan...hehehe comey! Cuma nak menapak satu lutut tak pass lagi
  • Suka tengok iklan. Lagi² iklan lagu tv3...
  • Tangan memang laju je nak menggapai. Apa depan mata semua nak rembat...benda kekecik semua nak kuis
  • Nak masuk 7 bulan ni la Alany dah mula menunjuk perangai ngengada....manja sungguh ok. Asyik nak berdukung je...takpon nak menepek kat nono mama....hehehe
muka nak kena geget...eeee geram!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...