Thursday, July 28, 2011

Go Malaysia Go!!!

Harimau yang terluka pastinya akan mengganas di kandang sendiri.  Habislah singa kena baham malam ini.
Good luck Harimau Malaya!!!


Wednesday, July 27, 2011

Baby terjatuh


Ini adalah kejadian 14 July yang lepas. Terjatuh dari 2 anak tangga. Mmm naik la benjol sebesar guli. Cecepat aku laki bini gilir² tuam...dalam 30 minit surut la benjol tu. Pergghhh 1st time ngadap situasi macam ni, terus aku panik. Terpegun seketika, kena jerit baru berada di alam nyata....hihihihi.



Ha yang ni pulak terjadinya 2 hari selepas kejadian pertama. Main² dekat luar rumah, skali tersadung. Tapi kali ni aku cepat bertindak. Eh kalau cepat takkan la leh tersadung :p .. sudahnya bercalar kat hidung. Sapu minyak gamat, letak vitamin E..skarang kulit yang mengering tu dah terkupil sendiri. Risau pulak kalau tinggal parut.



Petikan dari drsaiful.blogspot.com

Jika si manja anda terjatuh, tanda² berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda² tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah/cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah-muntah memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda-tanda yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh. 

Monday, July 25, 2011

Lagu di blog

Happy monday!

Feeling tak lagu baru blog i? Hehehehe skarang ni suka betul dengar lagu² dak Eren ni. Semua best²! Lagu feat dengan Romi pon best. Kalau ada yang perasan, aku memang dari dulu kalau tukar² lagu pon mesti lelagu dari seberang. Halwa telinga aku sesuai dengan muzik sana. Hehehe. Biasanya aku download dari 4shared.com. Tapi aku ushar lelagu best² plak kat  
fullmusik. So far best, dedua tak pernah menghampakan...cheewah!

Player skrang ni dari mp3-codes.com. Aku rasa friendly sket compare dengan fullmusik. Bukan apa, tak semua orang suka dengan apa yang kita suka... jadik kalau tak nak dengar sila tekan button stop :D... orait layannnn.....



Eren feat Romi - Pelengkap Hidupku

aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
aku bagai bintang yang tak ditemani malam
melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
yang membuat aku tak ingin pergi darimu

teringat janji lamamu kepadaku
teringat aku teringat
teringat saat kau masih ada di sini
temani ku sepanjang hari


bila kau pergi jauh ingatlah aku
bila ku di sampingmu peluk tubuhku
bila kau rindu aku panggil namaku
ku datang menemuimu

peluk erat jasadku jangan lepaskan
tetaplah kau di sini harungi malam
karna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkap ku di dunia



Hye Ahkak Riko! 
Menjawap pertanyaan akak tentang lagu sebelum ni, lagu tu tajuknya Membuatmu Cinta Padaku by Helmania Putri. Feeling shomelkan lagu tu. Ni linknya (",)  

Friday, July 22, 2011

Kalo kito ingat ko ore, ore ingat ko kito

Macamana U nak eja. "C_NTA" kalau takde I, 
Camna U nak eja "R_NDU" kalau takde I, 
Camna u nak eja "H_DUP" tanpa I.. 
 
Sebab tu la dalam hati U kena sentiasa ada I..
 Supaya I tak hilang and jangan lupakan I..
So, U kenala sayang I selalu..  
 
cilok kat FB, rasa macam muda remaja pulaks..ahaks!
Kalo kito ingat ko ore, ore ingat ko kito... sebab tu dio maghi kat kito. Antara dialog bomoh siam Comprak Chawatbesiwat dalam cerita hantu kak limah (",). Ish tetiba seram.. teringat cerita Nang Nak dan Kemboja Putih. Dua² mengisahkan tentang perasaan rindu si suami terhadap isteri yang telah meninggal dunia. Disebabkan terlalu rindu, dok asyik ingat je .. kira macam menyeru laa.. akhirnya hantu/roh si isteri pon muncul....ha.ha.ha.haaaaaa!!! *sambil angkat tangan nak terkam orang*
Tapi tak jugak ya, kekadang kita je selalu ingat kat orang, tapi orang tak pernah nak ingat kat kita. Owh mungkin dia ingat, tapi dia busy. Tapi kalau kita je yang asyik bertanya khabar, mesti ada terdetik jugak kat hati ni kan. Mmm kalau kat FB tu memang excited dapat jumpa kengkawan lama. Nak² lagi kengkawan zaman main batu seremban, tingting, galah panjang, baling selipar, etc. Tapi bila kita accept as friend...mmm hampeh! Gambo tak bagi tengok... wall pon siap blok. POYO tak? dah la ko yang add aku beb.
Tu belom lagi kat YM/Skype. Tengok dia online terang benderang. Bila ditegur 4 jam lagi baru reply. Kita taip "hai, tanya khabar"...dibalas "hai" aje selama 4 jam lagi...adussshhh kalau busy takkan ko online? Kot busy skalipon, bagitahu lah... aku ni beria nak bertanya khabar bagai. Okayla, aku yang pipi tak mancung, hidung tersorong-sorong! Udah² le tu berjoyah!
Okayla selamat berhujung minggu semua. Bestnya next week dah gaji baru... *hephep hoooray!* eh dapat ke pon?...InsyaAllah sekiranya ada rezeki anak... kalau takda, bolehla update resume.... :P ... diakhiri dengan  2 rangkap pantun.
Anak cina makan pengat
sendiri mau ingat! 
 
 pekena pengat pisang petang² karang besh gak ni

Wednesday, July 20, 2011

emo sekejapan


Selalu aku terasa
Seringkali aku kecik hati
Serta merta aku sedih

Kenapa mak tak sudi
Kenapa abah menolak

Membuat aku tertanya-tanya
Apakah kecik sangat nilainya?
Tak lakukah?


Hehehehhee lama tak mencurah perasaan begini. Dulu time skolah, aku rajen berkongsi karya untuk majalah sekolah.... aceeeehhhh berkarya katanya. Siap ada nama pena ok. Ada dua taw... hehe. Kononnya orang berbeza, hakikatnya maaaakkkk jugaks. "iManja dan Cempaka Putih" ..hehehe takleh blah. Nantilah aku balik kampung, nak cari balik majalah² tu.. lepas tu boleh scan. Kasik tayang sini... ekekeke kelakar pulak rasanya...

Sebenarnya emosi aku tak berapa baik. Makan dalam gitu. Takpalah.. jap² lagi, esok lusa ok la tu. Sesekali bermain dengan perasaan khhheennnnnn. 

Tuesday, July 19, 2011

Belajar dari kesilapan



-Everything happens for a reason-


Wednesday, July 13, 2011

Saya beli ye bang!



" Saya kira 18 je tadi "
terus ditambahnya lagi 4 keping tanpa sepatah kata.


ehsan google


Kisahnya membeli kopok lekor RM2 di pasar malam. 'RM1=10 keping' . Masuk ni dah 3 kali beli dengan mamat A. Setiap kali beli mesti kurang. Kekadang dapat 17 keping, kekadang 18 keping. Tapi tak pernah dapat yang sebetulnya iaitu RM2 = 20 keping. Kitorang laki bini memang mengira masa mamat A dok masukkan dalam plastik :D. Kalau beli dengan kawan mamat A, so far alhamdulillah kiraan kami tepat 20 keping untuk RM2. Sekali dua kali kami tak kisahlah...kot mamat A tersalah kira dan kami pon tersalah kira *walaupon kat rumah aku kira balik...hehehe memang kurang* Tapi kalau dah asyik silap je mana boleh. Ko meniaga bang, cari makan dengan hasil perniagaan. Kalau ko dah tulis kat situ sekian² keping, ko kena ikutlah. Bukannya aku mintak lebih pon. Jadinya sekarang..talian hayat mana yang nak ko guna?!

Monday, July 11, 2011

Mee Udang Kuala Sepetang kini di Wangsa Maju


Gara² meronda blog Ahkak Riko pagi tadi, terus time lunch pergi terjah Restoran Mee Udang Mak Jah di Wangsa Maju. Exact location, deretan kedai belakang Wangsa Walk Mall. Bebetul mengadap Butik Hajaba, kedainya hujung skali...corner lot. Kalau dari arah Carrefour, jumpa restoran Cheng Ho... terus saja sampai ke hujung.. kedainya disebelah kiri. :D


Mee Udang special RM12. Udang besar² ada 6 ekor. 


 Ni aku punya. Kuetiaw goreng  biasa...RM8, udang kecik sket ada 7 ekor. Ni pon jenuh makan udang. Sendawa pon still feel udang.. hehehe


Nasi goreng udang... RM 12. Nasik dah habis tapi udangnya banyak lagi.


Dan yang ini Udang goreng tepung. RM13 kalau tak silap. Sedap!


Overall, tukang masak memang tak kedekut udang. Cuma nikmat rasa tu bagi aku biasa ajelah. Kuah pon tak habes hirup...:P

Friday, July 8, 2011

Cuti sakit mata

I'm on medical leave for 2 days which means i'm excused from kerja opis selama 2 hari. Akan tatapi, kerja di rumah harus dilaksanakan sebaik mungkin. Ini kerana anakanda tercinta, terkasih lagi terindu tiada menemani dan mengacau mamanda disaat ini. Bolehlah mama membaca novel dengan feelingnya :D... eh helllooooooooooo! baru je dapat pesanan khidmat penaja, "kalau rasa larat tu,tolong la kemas rumah sket ya...." ... "baeklah" jawap si isteri yang patuh. Selang brapa saat kemudian, tetiba kedengaran lagu One In A Million by Ne-Yo *mesej alert tone aku daaaaa* "anak takda ni, senanglah awak nak mengemopkan?" tetiba ada KAN... bila pulak aku cakap nakk mengemop...hmmm mesti ada maksud tersirat..okay takpa mak paham.

Panjang pulak mukadimah. Sebenarnya aku dapat mc due to eyes infections. Malam mulanya aku sakit kepala sebelah kiri, migrain attack gitu. Telan pain killer terus tido. Bila pagi still rasa bebal lagi. Mata rasa berselaput..owh taik mata kering. Patot mata kiri susah nak buka. Tengok cermin, mata merah.. mm kompem sakit mata la ni...Semalam tkda la seteruk hari ni. Pagi ni siap rasa mata bengkak sket..berair lagi...pedih ko aku ngadap laptop ni... tapi ngadap juga :P... Jadiknya, suami mak buat keputusan nak hantar Alany ke rumah babysitter. Owh macam drama swasta tadi, aku kejar turun bawah ok... sebab rasa sedih nak tinggal sorang. Mana pernah aku cuti, alany tiada di sisi...feeling me tak?

Bercakap pasal sakit mata ni, SIL aku pernah kabo.. kalau orang tu bagi tahu sakit mata, ko kena cakap ko sakit montot sesambil tepuk montot ko..hahaha dari mana la kakak ipar aku dapat ni..contohnya

"eh tyra banks, cuti ke arini?" pastu si tyra jawap "a'ah cuti..saket mata" terus ko kena tepuk montot ko sambil cakap "ai sakit montot" hahahahhaha.....kelakar jaaaa...ni petua tkmo dijangkiti katanya.

Lagi satu babysitter kabo tadi, kalau orang dah start main layang-layang..maknanya dah startlah musim saket mata. Alamak ada kena mengena eh..? sumpah tak pernah dengar.

Kat opis aku, memang lately ni slalu je ada yang sakit mata. Bila sorang baik, sorang lagi kena...gamaknya aku  dapat jangkitan dari opis kot. Lepas ni kita tengok siapa yang kenaaaaaaaaaaaaa.. eh aku tak doakan, cuma nak tengok sapa yang tak tepuk montot...hahahahaha...

Okayla dah pukul sepuluh lebih daaa, mak nak mulakan rutin surirumah... biar lantai bersinar-sinar dari luar pagar. Biar gunung kinabaju dah siap basuh, berlipat hatta ber-iron skali, minuman petang tersedia dengan cekodok ikan bilis, makan malam tinggal nak perhangat jaaa *maknanya mak masak awal ok!* biar rumah kemas dan wangi... barulah mesra suami isteri....ehhh ehhhh....

Wednesday, July 6, 2011

The day my baby gunting rambut lagi

Ini adalah kali ketiga aku mengunting rambut Alany. Time cukur dulu, aku memang tak berani. *kesian pon ado*. Aritu tengok kat website mana ntah, ada juga salon untuk baby ni. Wow! tapi takpalah.. mama's salon kan ada.. dah la percuma, free pulak tu... kecomelan memang terjamin hahaha...




Ni nak alter rambut depan, biar sama rata. Dah ada yang menjunam kat bijik mata. Aku letak Alany dalam baby bath tub aje. Senang nak kemas rambut² tu nanti. Memula pakaikan Alany baju surat khabar..*boleh imagine ke?* tapi dah 2 kali bagi pakai asyik koyak rabak aje...mmm sudahnya seksi gitulah.   




Rambut belakang pon digunting juga. Opah kata rambut Alany macam ada ekor...*ni pesyen layer la opah...* opah tak berkenan..maka guntinglah bagi sama... Sayang jugak sebab dah panjang. Masa gunting tu macam sebak...aduh emo plak mama. Mmm..nampaknya tak payahlah nak berangan anak boboy nanti ada rambut berekor sket :p ..Opah dah buat tanda X.

 


Alany ok je masa gunting rambut. Tapi mama la pulak macam over... haha tengok muka Alany, cam menahan geram kat mama je....Gambo selepas tak amik lagi. Ate lepas settle terus bawak mandi, risau miang pulak. Pastu rambut pulak basah... yang nyatanya menten cumil :p..cuma muka Alany nampak tembam dan bulat dengan rambut terbaru... (",)


Sebenarnya aku memang suka gunting rambut orang.. kira berbakatlah..cheewah! Anak sedara aku memang ramai dah jadik mangsa... hahaha..yerla nak asah skill katanya. Mak aku pon kalau malas nak pergi gunting rambut kat kedai, aku la menjadi orang kepercayaanya. Time zaman skolah menengah dulu, aku selalu bukak salon depan rumah mak... hahahaha 2 minggu skali mesti salon aku bukak...aku gunting rambut kawan aku, lepas tu dia plak gunting rambut aku ..kwangkwangkwangggggg klakor betul....asyik trim je. Eh hye mama Danish...*sambil buat peace*

Wordless Wednesday # 4 : Beskot raya 2011


Friday, July 1, 2011

White Studio Photoshoot with Serindit Photo

2 bulan aku perap voucher ni... semata-mata nak masukkan dalam agenda sempena birthday pertama anakanda tercinta. 3rd June akhirnya kitorang meredeam voucher from Milk-A-Deal. Berbaloi-baloi...rezeki Alany, dari 45mins terus dapat free another 1 hour. :P .. penat ko berposing... sumpah mak tak boleh jadik model *motif?*. Pepatah mengatakan kita hanya merancang, Allah yang menentukan... boleh pulak pada hari kejadian aku tetiba tak sihat. Dengan selsema, muka panas rasa nak demam.. jadiknya aku kelihatan sembab. Rupernya 'kawan baik' kembali lagi... Takkan nak kensel pulak, kek pon dah siap tempah gitu. But finally, tersenyum lebar jugak melihat hasilnya...not bad untuk 1st timer yang-tak-reti-berposing macam kami ni...(",)
 















 

Tak mudah juga ya nak pujuk Alany bergambar. Orang baru dapat lesen P, mananya nak duduk diam. Asyik nak berjalan sana-sini. Lepas tu buat mimik muka, agak sukar la nak suruh senyum. Agak kurang bekerja sama di situ. Jenuh juga melompat bintang nak bagi Alany fokus... hahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...