Tuesday, April 27, 2010

Sebok nak bagitaw...

Hari ni aku datang opis dengan mata yang bengkak. Nak cover guna eyeliner tak pandai plak. Kompem opismet aku ingat dok bergaduh ngan laki semalam *padahal neber aku yg indian tu yang berperang sakan semalam...haih* ...apa kes plak aku yang over nak nangiskan? Ish terstory masalah rumahtangga orang plak...sorry...ekekeke. Sebenarnya aku nangis coz terfeeling bebenor baca novel Cinta Kau & Aku karya Siti Rosmizah tu. Memula baca memang macam boring...tapi bila dah smpai part dia diceraikan laki dia tuh aku dah tak boleh blah...Sampai kol 1.30 pagi aku dok baca padahal pagi liat nak bangun. Itu pon sebab laki aku dah sound suruh tutup lampu...Cepat² aku tutup lampu coz malu kalau laki aku tengok dok baca novel sampai nangis *padahal dah biasa dah...emo lebih*

Ni nak cerita pasal gathering ngan bebudak cari.com last saturday. Kira ni 2nd time aku bergather dengan bebudak cari.com ni. 1st time dulu masa zaman kegemilangan AF2 kat Pizza Hut, Subang Parade. Kali ni dengan groupies yang lain pulak...port luck gitu...haruslah ada banyak makanan....* woit tembun * peewittt....saja takmo letak gambar makanan bebanyak... nanti ada yang teringin pulak...hehehe

 
presenting my mabeles sandwich...tetiba aku rajen buat mulat² macam ni...


one happy family

Anyway nak bgtaw jugak yang  berat aku dah turun 2kg sejak 2 weeks join aerobik. Okayla kan....tapi aku takmo diukur pada kg...aku mau dilihat pada perbezaan struktur body...hehehehe...owh ya, petang ni ader group discussion lagi pasal online shopping...yeehaa..masyuk masyuk!!! ekekeke...

Monday, April 26, 2010

Untuk yang nak duit extra

Dah pukul 2.30 pagi tapi saya belum mengantuk. Nilah akibat tidur siang. Saya jarang gila tidur siang, tapi tadi sakit kepala. *agaknya tension last week tak habeh lagi kot...wawawa* Nasib le esok halfday pagi...eh esok ape...hari ni le...so bolehlah bangun lambat sket.

Okay di kedinginan pagi ni, saya ada benda nak share ngan kowang. Nak duit extra tak? Jangan risau ia pasti bukan MLM...hehehehe. Sewaktu zaman muda mudi dan bujang trang tang tang, saya selalu la jugak gi join survey atau discussion group ni. Biasanya bila produk baru nak dikeluarkan, Research Company yang dilantik akan membuat beberapa survey berkenaan dengan produk tersebut. Ha masa nilah kowang memainkan peranan. Time ni bolehlah keluarkan idea yang bernas ke, tak berapa bernas ke, nak kondem ke....pendek kata apa2 ajelah asalkan dapat memberi pendapat yang jujur tentang sesuatu produk tu *Dyana you still ingat lagi tak?*...hehehe...lepas dah kahwin, saya stop aktiviti ni sebab busy dengan aktiviti lain plak....aaaueewww *ha pikir apa tu?* ...Kalau survey biasanya token tu takdalah banyak sangat...coz normally dalam 15-30 minit sahaja, oleh itu jawap soalan berkaitan sikit dan dapatlah token dalam RM 40-RM60. Untuk discussion group plak, ha yang ni memang lumayan...dah la dapat token, pastu selalunya refreshment pun disediakan skali. Normally start dari RM100-RM300 untuk 1-3 jam discussion. Paling best skali saya dan husben *time tu tunang* dapat RM 300 sorang utk 2.5 jam survey+discussion. Dapatlah topup untuk beli barang hantaran...hehehe...Tak silap saya masa tu perodua nak keluarkan myvi.

Dan sejak 2 minggu lalu, saya kembali aktif join aktiviti ni. Termasuk untuk discussion hari selasa nanti, dapatlah RM 280 untuk bulan April ni. Okayla kan...bolehlah topup sket duit nak gi bercuti-cutian nanti. Biasanya saya dapat info dari laman web di lowyat.net, parttimejob.com dan asiaparttime.com. Online survey pun saya join jugak. Tapi disebabkan baru lagi, so hasilnya pun takda lagilah.  Bolehlah cuba try test ya. Tetiba ngantuk...chiow....selamat pagi!  



Friday, April 23, 2010

Wednesday, April 21, 2010

Kompaun JPJ naik 333 peratus

Wow dari RM300 ke RM1000 tu. Ewah ewaaaahhh JPJ dah tak cukup duit ke?...bukan diowang banyak buat duit dengan jualan plat² nombor kereta yang berjuta-juta tu ke. Mmm lepas tuh nak naikkan kadar kelayakan umur dari 16 ke 17 tahun untuk mendapat lesen motosikal plak ye. Alamatnya ramailah budak sekolah yang pergi sekolah tanpa lesen dan membahayakan nyawa diowang ni. Pada pendapat aku yang ada # saman speeding yang belum berbayar ni kan...sebenarnya kerajaan Malaysia gagal nak membentuk pemandu yang berdisiplin lagi berhemah supaya tidak sombong, tidak ego, tidak panas baran dan tidak berani tak tentu pasal. Tak kiralah sebanyak mana pun kompaun yang dikenakan sekiranya pemandu itu tak berdisiplin sudah tentu masalah ni takkan dapat dibanteras....ceh tetiba rasa macam buat karangan time sekolah dulu. hehehe....Aku sokong 50-50 aje. Tapi janganlah dengan kenaikan kadar saman ni akan menaikkan rasuah di kalangan penguatkuasa undang²...maklumlah kompaun saman naik diowang pon naik demand plak. Harap kerajaan fikir balik sebelum akta pindaan baru ini dilaksanakan. Saman TAKKAN mendisiplinkan pemandu....dan saman TAKKAN mengurangkan kes kemalangan....

Monday, April 19, 2010

Berkongsi atau show-off ?

Saya tak faham. Tapikan saya sibuk nak faham juga *i kan bz body*. Ada sesapa nak fahamkan saya tak??? Gini, yang saya sibuk sangat ni nak tau kenapa orang yang dia kata dapat untung banyak tak kisah la dengan melabur ke, jual nasik lemak ke atau jual buah potong ke...bila dapat duit sekelepuk *biasanya yg dapat sekelepuk ni orang buat MLM la* mesti nak susun atas meja lepas tu amik gambar...tak pun susun duit tu jadik bentuk kipas lepas tu amik gambar...ambik gambar tu satu hal, lepas tu boleh pulak pergi tayang kat FB, Myspace, Blog bagai...tak takut kena rompak ke aper? Well bagi sayalahkan kaya wang boleh susun atas meja, boleh buat kipas...tapi kaya budi dan hati nak susun kat mana pulak ekkk...

Saya pun ada melabur jugak. Tapi pelaburan saya ciiiiput sangat. Agaknya kalau sekelepuk dapat macam tu, mungkinkah saya pon sibuk nak amik gambar bagai...Nauzubillah min zalik...


Sunday, April 18, 2010

Welcome 30's!

Happy birthday to me * wink *. I'm officially 30. Cam tak percaya aje dah ada pangkal 3. Kedut²  matang juga sudah kelihatan ...seharusnya saya memerlukan kelengkapan menjaga kulit dengan sempurna *kalau ada pon saya ni bukannya orang yg berdisiplin nak pakai secara teratur* ...tapi nak jugak kulit cantik macam puan kirana...hehehe...nak je tapi usahanya hangat-hangat kentut ayam.

By the way age is just a number :) jadi saya terima dengan hati terbuka...and i'm looking forward to have a very good life ahead...InsyaAllah aminnnn...

Terima kasih mak abah atas doa restu mu...

Friday, April 16, 2010

Watie oh Watie...

Hahahaha...semua orang sebok cari ko...awatnya ni?....ramainya yang nak tengok gambo watie elite masa ABP hari tu...maaf ya saudara-saudari sekalian, apa yang anda cari tiada di sini...agaknya hari ni hari jumaat...so semua dah mood nak bercuti...alih² ni yang dicarinya...hahaha!!!

yang ada adalah....jengjengjeng....jemput tengok ya...(",)

source : google
 

Thursday, April 15, 2010

Aku takut lerrr...

Semalam aku cuti. EL lebih tepatnya. Sebab apa EL, sebab aku tak boleh bangun tido...hahaha. Serius ni. Tapi takdalah nak sms boss bagi reason EL sebab tak boleh bangun tidokan. Nanti mesti boss dok pikir 18sx aje macam korang...hehehe ampun!. Bila dah bangun tu rasa terkapai-kapai keseorangan, mulalah menyesal sebab dah bosan. Nasib hari ni boleh bangun dengan jayanya...kalau tak pasti menyesal..auwww ada kakak opis ni kenduri laksa you...i like!

Actually nak cerita sket tentang apa yang aku takutkan. Secara am ajerlah yer. Seingat aku ada 4 benda yang tersangatlah aku takut. Kalau teringat lagi, nanti boleh update balik.

Yang pertama
Sangat takut pada kucing - ya itu adalah saya. Sesape yang rapat dengan aku pasti tahu yang aku sangat² takut pada kucing. Kalau pergi makan kat gerai especially, bila nampak kucing tu automatik aku rasa kenyang dan mengigil. Masa kapel² dulu, husben slalu ingat aku gedik...tapi makin lama dah boleh terima...bila nampak kucing datang je dah tau apa yang perlu dibuat..hehehe i tak gedik kan lalink?

Yang kedua
Takut nak pam tayar @ isi angin - tak kisahlah basikal, motor, kereta atau lori balak skalipon, aku memang takut. Skali pon aku tak pernah nak pam tayar kereta sendiri...hehehe takut meletup. Oh ya, belon pon aku takut. Tolong jangan campak belon kat aku ya...harus nanti aku jerit dengan nada yang paling nyaring lagi bingit.

Yang ketiga
Takut nak pijak besi jaring² yang biasanya kat longkang tu - hehehe...tak kisah pakai selipar ke, wedges ke *kalau high heels haruslah takutkan* aku memang sanggup ikut jalan jauh dari terpaksa meniti kat atas benda tu...huhuhuhu sangat bukanlah saya kalau berjaya memijaknya juga. Dalam kepala dah set, kalau pijak jugak aku akan jatuh terjerumus kat dalam tu.

Yang keempat
Takut nak keluar dari bilik kalau dah tengah malam - kalau dahaga sekalipon aku akan ajak husben turun *selalunya dia yg turun sorang...hehehe* sebab aku selalu terbayang manalah taw kot ada orang standby kat bawah...lepas tuh orang tu letak pisau kat leher aku...adoiii...takpun aku nampak ada benda tengah intai aku kat tingkap dapur....uiiiii takutnyer i. Ni lah akibatnya kalau suka baca cerita Tamar Jalis suatu ketika dulu...hehehe. Slalu jugak kena marah pasal hal ni *ate dah terlupa bawak ayor naik atas* ...yerla kaco orang tidurkan...tapi i tau, you tak sanggup biarkan i tido dalam kederhagaan...hehehe

Okaylah ni je nak cerita. Ntahpapekan cam takda benda lain plak nak story. Yerla birthday i dah dekat. Nanti takutlah pulak ada yang hadiahkan kucing ke, buat surprise party gantung belon kiri kanan ke...hehehehe. Korang pulak takut apa ya? meh la share sket.

Tuesday, April 13, 2010

Cetusan prasan cun...

Hye!
Hari ni i rasa cun sangat. I look gorgeously in purple + black colour....auwww silalah muntah biru ye! Hari ni i pakai black stretching top ngan long black pant...i cover top tu dengan purple laidback...*sukaaa sangat!* tudung plak kaler purple+black+grey. Tambah lagi pakai bright blue bra *camne leh terbeli biru ni* and black panty...pastu pakai black wedges...auwwww...aku rase seksi dan cantik... ;P...Dan i rasa bertambah cun dan seksi sangat bila husben asyik cakap rindu dan sayang sangat kat "mekuak" dia hari ni...hehehe prasan sungguh! 

Petang ni nak singgah kat adidas, mau merembat core power bra dan juga 3 quater tights...yeay! lagiklah i rasa cun...Mesti orang² kat Menara Tan & Tan ni pelik tengok i asyik jalan sini sana...gaya model oversize lagaknya...hahaha...rasa hebat sangatlah pulak...ntahpape!!! 

...
...
...
...
...
...

 Sebenarnya ni adalah entry untuk mengambil mood...saya dah start nak handle projek baru. Oleh itu sudah pasti kebizian akan melanda...kalau rindu, lu helo² sama wa ok!

Monday, April 12, 2010

Buku Ilmiah : Indahnya Hidup Bersyariat

Salam geng.

Nak share buku yang baru dibeli. Punyalah tokei kedai tu dok promote cakap buku ni bagus. Mulanya aku jeling sebelah mata aje coz sebelah mata lagi lebih tertarik tengok cover² majalah. Tambah lagi cover buku tu kaler biru... *huhuhu i dont like bluish at all* husben yang dok belek² buku then terus cakap nak beli. Aku sebagai quality controller *ngehngehngeh* terus belek buku tu coz nak taw la jugak apa yang buat husben aku tertarik sangat tu...Selak² sket je terus aku rasa buku tuh patutnya dah lama kami miliki...tu la orang kata don't judge a book by its cover...hehehe skali terkena. Lagi satu orang kata kalau tetiba rasa nak beli tu, jangan tunggu² lagi, maknanya pintu hati dah dilembutkan sedikit la tu...alhamdulillah...patot la kalau nak beli novel tu aku slalu je rasa cam kejap nak beli yang ni, kejap nak beli yang tu...orang kata ketetapan iman takda...Aku bukan nak tunjuk alim sangat...banyak lagi kejahilan aku sebenarnya. Cuma aku nak berkongsi coz rasa buku ni memang bagus dijadikan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Buku ni merangkumi dari saat kita dilahirkan, meniti kehidupan sebagai hamba Allah sehinggalah seseorang itu diliang lahad. Memang complete dan very interractive coz coloring dan mudah difahami. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Oleh itu apa lagi, sila dapatkan di kedai² buku berhampiran.

Thursday, April 8, 2010

Red Wok Restaurant

Walllllaaaa...sedap gila dinner malam ni. Adoi camna la nak kurus ni. Anyway aku and husben memang peminat chinese cuisine. Sebelum ni restoran yang sangat berjaya menambat hati kitorang adalah Muhibbah Seafood kat TTDI. Chinese fried rice dan apple kasturi juice adalah yang terbaekkkk...Ok kita lupakan MS dan kembali kepada RW.

  husben dan boss RW yang hensem lagi friendly

Restoran RW terletak di Taman Kajang Impian, berhampiran sangat dengan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Pemiliknya adalah cina muslim. Sangat suka design kat sini. Moden kontemporari dengan red and dark grey colour scheme. They offer varieties delicious HALAL chinese dishes as well as thai food. Their All-You-Can-Eat Steamboat/Korean Style Sizzling Steamboat adalah kelihatan sangat berbaloi dengan harga dari RM22/pax. Next time boleh try coz tadi we go for ala carte. Bangkok Tomyam Soup with Milk dan daging black pepper ....adalah terbaekkkkkk!!!! *kalau cili tuh lagi hancur lagi besh*

Ok let the pictures tell you ye... *ngantoks sudah* ....opsss for more details kindly visit http://redwok.wordpress.com







Wednesday, April 7, 2010

Apa yang tak cukup lagi?

Kes 1
Pasangan ini dikurniakan zuriat setelah 7 tahun melayari kehidupan berumahtangga. Hampir si anak berusia setahun, mereka dah duduk berasingan atas alasan sudah tiada persefahaman. Skarang dalam prosess penceraian. Kesian sungguh kat anak tu. Kenapa afterall bila dah dapat anak tetiba tak ada persefahaman?....sungguh tak boleh terima betul.

Kes 2
Lahirnya anak ke2...terus memacam masalah timbul. Tak tahu di mana silapnya, di usia perkahwinan hampir 4 tahun, si suami dah nak kahwin lain. Selama ni aku tengok diowang ni bahagia ajer. Tapi cerita dalam selimut hanya mereka ajer yang tahu apa puncanya. Masih awal lagi, cuba berbincang ye dik.

Kes 3
Anak dah berderet 5 orang, tapi suami ada gilfren. Dah la selama ni si isteri yang bagaikan ketua keluarga. Keluar pagi balik malam coz nak sara keluarga. Si suami hanya tahu balik rumah bila nak duit dan nak memenuhi tuntutan nafsu ajer. Gila kesian kat akak ni. Tapi berkat kesabaran dan kekuatan, akhirnya she deserve dapat kebahagian dan kemewahan macam sekarang ni....

Kes 4
Susahlah dah ada anak. Dulu boleh je nak macam tu nak macam ni. Nak pergi memana pon takda hal. Tapi sekarang dah lain, tak bebas macam dulu. Huhuhu...takda anak sebok nak anak. Bila dah ada anak, kenapa perlu jadikan anak segala alasan...kenapa perlu merintih...apa yang korang nak sebenarnya ni? Memang aku belum melaluinya lagi, tapi peliklah manusia ni...


Apa yang aku cerita ni bukanlah tujuan nak membuka pekung sesiapa. Cuma perlu dijadikan pengajaran kepada semua. Manusia ni tak pernah cukup. Tak pernah nak bersyukur dengan apa yang terbentang kat depan mata, yang jadi mangsa adalah anak². Sesungguhnya anak itu adalah tanggungjawab kita dan merupakan anugerah yang tak ternilai dari Illahi.

sumber: internet...layanzzzz
masa bercinta
 
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

masa engkau suka, aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

masa engkau suka, aku pun suka
tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka, aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka, aku pun suka
aku pakai apapun tak ape
lupa pakai tali pinggang pun tak ape
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape
lupa cukur misai pun tak ape
kau kata aku tetap handsome seadanya.

baru kahwin
 
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk
aku saja

bila anak dua, lain pulak cerita
kau suka aku tak suka
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?...
  

Monday, April 5, 2010

Habis sudah Anugerah Bintang Popular BH 2009

Wah...semangat sangat! Bukanlah cuba nak tiru bloggers dunia hiburan. Cuma saja nak cerita sket tentang ABP semalam...Buat pertama kalinya aku rasa dok konsenteret tengok dari mula sampai habis. Eh tipulah, time iklan dok tuko² channel jugak...lagi satu time Azlan and The Typewriter *dah tkda nama lagi bagus agaknya*  dan bebudak AF perform...Tahniah pada para pemenang ...Berikut adalah komen aku *skema seh*

Ucapan kemenangan
Muahaha...kalau dah taw tercalon tu, sepatutnye sediakan la sket teks ucapan. Tak kisah la menang atau kalah....yang penting be prepared. Supaya takdelah adengan ucapan ke laut bagai, tak perlu la nak mention setiap nama kaum kerabat korang, tu belum lagi nak ucap terima kasih pada tok penghulu kampung korang...dengan samseng kampung dusunnya pun nak masukkan skali...adoiiii....just make it simple and meaningful ok.

Dressing
Dah la buat kat genting nun. Takyah ekon pon dah cukup buat terketar *genting ada ekon ke?*. Pelik sungguh tengok artis² kiter ni berpakaian. Terbeliak bijik mata aku tengok watie elite tu...tak kisahla pakai kain ikut skin kaler ke...ala separa bogel pon ado...tuh belum lagi ada yg nampak macam sarung nangka...huhuhuhu

Perli
Hehehe...kalau kowang perasan...ABP this year banyak adengan perli memerli...Dari adengan peluk memeluk, kenan telinga, sampai la ke Rosyam Noor tolong membantu Si ADAM dan NUR tu...hehehehe....tapi paling tak tahan bila Kak Engku dok perli David Teoh...klakor betul...dan yang paling sentap, biar berat rantai, jangan berat dosa...ekekeke

Menyentuh jiwa
Syabas pada Rabbani, Nazrey. Sungguh touching ok. Meleleh jugak la air mata aku ni...Yang pergi takkan kembali...lagi syahdu kalau masukkan visual arwah Yasmin Ahmad, Seha Freedom dan Din Beramboi skali.

Yang paling best
Trio Adnan Sempit...nampak masyuk sungguh. Kathy, Dayang ngan Alyah pon ok...Wings *kalau takde Jac & Black lagi best* terbaek.....Kak Engku ngan Sheera pon best....agak kurang melalut this time....they did a good job. Overall, tak berapa membosankan...memang banyak gelak.

So apa pendapat anda pulak ye?

Thursday, April 1, 2010

Kan dah meletoppsss!!!

EEEEiiiiiii!!! Bodoh piang, labu sayung!!!.  
Cukup²lah menyeksa mental aku ni...Ish asyik naik angin je aku skang ni taw. Adakah sebab hormon² matang *bukan tua ye* semakin menerjah?...susah la dapat kawan yang camni...tak rugi pon sebenarnya kalau tak berkawan ngan ko *suami aku lagi la tak boleh nak dengar cerita pasal ko...still kawan pun sorok² taw* Cuma aku tak sampai hatilah bila tengok ko terhegeh-hegeh nak berbaik dengan aku. Bagi nasihat bagai *alhamdulillah, terima kasih* , buat macam orang paling bagus untuk aku contohi la konon....piiirahhhh!!!...konon ko la paling deboom skali...bajet diva bagai...aku memang suka berkawan...dan aku boleh berpura-pura sukakan ko sebab aku tak sampai hati ok. Dah jenuh mengajar hati ni supaya terima ko...tapi gagal....sebab apa gagal???...ha lu pikir lah sendiri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...