Hehehe saja nak tau. Sebagai insan yang beremosi, aku memang senang menangis. Tak kisahlah khabar gembira ke, sedih ke *off coz la lagi melalak* . Kiranya aku ni boleh dikatakan ratu airmata jugaklah...sememeh kata orang. *i ngaku ya* . Kekadang malu juga, tapi hakikatnyer airmata aku ni murah sangat. Tapi ramai juga tau wanita kat luar sana yang hati kebal kebaboom boleh tahan dari tumpahnya airmata ni...Ego ke eh? Sungguhlah aku rasa nak menyelami hati diowang ni...mungkin terusik tapi tak tercalar. Kalau aku terusik sikit pon dah meraung...kalau over siap sampai muntah²...muahahaha.
Kalau wanita menangis, ianya perkara biasa. Terlalu luar biasa kalau wanita tak menangiskan...hehehehe...Tapi orang lelaki ni menangis tak?...ke hilang macho kalau menangis *hehehe* . Bagi aku kalau lelaki menangis, ianya sesuatu yg semua orang boleh paham. Lelaki jarang menangis sebab lelaki perlu kuat...untuk menahan air mata wanita yang mudah mengalir...dan kerana itu lelaki tidak mudah menangis....kalau dua² dah menangis, siapa plak nak pujuk kan?