Friday, July 30, 2010

Aishiteru - Aku Cinta Kamu

Gigih aku cari lagu ni. Masa kat bandung hari tu, ke mana pergi asyik kedengaran lagu ni. Bebanyak kali dengar layan plak. End up aku tanya salesgirl kat situ ni lagu apa...hehehe. Skarang ni dah jadik background song utk blog aku hehehe....demam bandung belom kebah gamaknya...tapi entry bandung malas betul nak menaip...sepenat aku berada di sana....hahaha!!!

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

Cerita pagi jumaat

Cam tak percaya je insiden pagi ni. This week adalah trial week utk menghantar Alany ke rumah pengasuh. Oleh itu, aku kena naik lrt dari Setiawangsa dan turun di Ampang Park utk ke opis. *start next week normal balik, jalan tun razak - jln enggang - setiawangsa*. Nak dijadikan cerita 8.15 dah dalam train, pastu ada announcement bgtaw yang train problem dan akan ok dlm masa 30 minit. So kalau 8.45 tu still sempat lg nak sampai opis b4 pukul 9. Skali dah 8.45 diberitahu plak lagi satu jam baru masalah teknikal tu dpt diselesaikan. Husben plak ada meeting pukul 9. Mana sempat kalau nak mintak tolong hantar dgn keadaan jam lagi ni. Husben suh naik teksi, berapa tambang pon bayar je lah *mentang² baru gaji* nak buat camne kan. Skali lepas refund tiket balik, mak aiiiii panjangnyer org beratur dengan teksi pon tkde. Jem tu memang tak henggat lah. Skali lagi mengadu kat husben, dalam kepala dah pikir nak halfday merayap memaner dulu...*hehehe*. Tetiba ada hamba Allah tegur aku "keje kat menara tan&tan ke?..." rupanya dia nampak tag lanyard aku dan offer tumpang dia coz dia keja kat klcc. Ni tengah tunggu ayah dia datang amik. Dalam hati rasa cuak jugak, mmg la nampak baik je tapi zaman skarang ni boleh ke percaya kat org lagi. Aku yang memang buntu tataw nak buat apa ni tetiba angguk setuju plak. Dalam kepala dok pikir apa pon aku nak tgk ayah dia dulu....andai kata cam boleh dipercayai, baru aku ikot. Kitowang kenalah menapak sket sebab nak elak jalan jem tu. Skali dtg kete merc...tengok ayah dia alhamdulillah mmg aku konpiden dgn ketayap dan jubahnya lagi *penceramah bebas gitu*. Terer giler pakcik cilok sana cilok sini ikot jalan shortcut....kol 9.15 aku dah punch kat opis. Alhamdulillah masih ada lagi hamba Allah yang boleh dipercayai zaman skarang ni. Tetiba rasa bersalah sebab memula tu aku bersyak wasangka. Aku ni nak bercakap dengan orang tak kenal pon aku takut, aperntah nak offer naik keta skali...Cerita punya cerita rumah kitowang ni dekat aje....jiran sebelah taman gitu....hehehehe...keciknya dunia.

Thursday, July 29, 2010

ngapa'in?

Rasa tak larat
Perut memulas-mulas
Rasa lemah
Bila tido pon aku rasa penat

dah berlarutan 3 hari....kata doktor demam virus...selagi bakteria tak habes keluar dari perut, selagi tu la aku rasa cam ni...ye ke? *ceh mulalah tk percayakan doktor ni, yerla doktor kan manusia biasa jugak*

Friday, July 23, 2010

Waduh-waduh...kok rindunya sama CinTaHati gue ni


Tentu saja kalian memahami perasaan gue. Tidak enak skali perasaan ini ketika berjauhan sama CinTaHati. Waduh kok rindunya deh. Tidak ketahuan gimana ingin menunjukkan perasaan ini. Mau saja gue pulang ke tanah seberang sekarang ini...owh CinTaHati mama!!! sabar ya nak, mama ingin sekali ketemu sama kamu...



Wednesday, July 21, 2010

Time out!

tata titi tutu (",)


Tuesday, July 20, 2010

Siapa tak nak benda free kan?


Alhamdulillah lepas la sorang makan. Semalam dapat voucher ni dari Shoutbox. 2 minggu lepas jawap survey dan semalam diowang pos voucher ni ke rumah. Baru je join online survey company ni...ingatkan sebab company baru so lambat la dapat imbuhan atau tak dapat langsung. Tapi ni kira efficient la untuk company yang baru setup cam Shoutbox ni. Owh ya, pada yg berminat meh emel nama penuh, emel dan no telefon pada saya yer di suespecky@gmail.com ...Nanti bolehlah rekemen kowang dan shoutbox team akan contact kowang plak. Sesambil ngadap pc tu, apa kata kiter jawap survey...

Friday, July 16, 2010

Thursday, July 15, 2010

Kena TAG pulak

Okay, setelah beberapa kali kena tag tapi tak buat *ceh noti taw*...kali ni sebab simple, aku jawap la jugak. Slalunya dapat award TAG la....ishhh mak belum sampai tahap tu lagi. Sebab tu tak buat....jangan marah nooo...ala nak cakap i tak sporting la tu...takpa mak tak kisah. Okay tag ni datangnya dari Shima Lili

Sila klik folder gambar di PC atau LAPTOP anda. Pilih folder gambar yang ke-8, dan di dalam folder yang ke-8 itu pilih gambar yang ke-8 pula. Tulis catatan ringkas berkenaan dengan gambar tersebut. Seterusnya, tag lagi 8 orang.

Dan gambo inilah yang keluar. Kejadian berlaku di kedai ikan bakar Jalan Istana. Masa ni tengah beratur dok tunggu sotong ni masak. Bila tengok skali, nampak semacam plak sotong ni *mata aku tinggi imaginasinya*. Terus rasa tak lalu nak makan dah....ish ish ishhhh........muahaha...


Ha skarang nak TAG sapa yg baca entry ni...sila ngaku ya...peace!!!

Tuesday, July 13, 2010

Plat No Hunter!

Okay kita lupakan pasal komen yang hilang tu. Saya dapat tahu, blogspot memang ada masalah sket since last week. Harap lepas ni dapat trace baliklah komen yang tak appear tu.

Sebenarnya saja nak tunjuk setelah hampir 4 bulan menjadi pemburu nombor. Bukan nombor ekor ya. Ni sesaja sesuka sesuki nak penuhkan antiviti ketika berjalan. Suka sangat sebenarnya tengok nombor kereta yang unik dan cantik² macam MAN15, NAD14, EJA78, KCT1 *ops belom jumpa lagi...hehehe* dan banyak lagilah no unik. Selalunya saya sering jumpa nombor² macam ni kat area rumah MIL, di TTDI. Icha dan marina pon terlibat sama dalam pemburuan ni...hehehe...no biasa saja tapi yang bestnyer sebab nak kumpul ikut susunan.

Monday, July 12, 2010

Komen hilang...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sari berita hari ini. Sejak akhir² ni, komen² anda sudah pandai menghilangkan diri. Kenapa dan mengapakah hal ini boleh berlaku? Bila publish aje, komen tu tak kelihatan di tempat sepatutnya....ke mana menghilangnya? Jangan biarkan hidup eden diselubungi misteri....tolong laaaaaaaaa....camno nak buek ni?....kang ado yg ingat den sajo delete komen ekau orang plak....wawawawawa

Friday, July 9, 2010

Alany at 1 month

Diusia 31 hari

sedap je tido...tunggu jap lagi

  • Berat dah bertambah ke 3.8kg during 1st check-up kat Az-Zahrah. (HepB II)
  • 1st time demam suku hari pas kene jab. Mama baru dapat tahu, if baby kene jab kiter kene tuam tempat kene injek tu untuk mengelakkan baby demam. Alany strong, makan ubat sekali terus kebah.
  • Semakin alert dengan persekitaran, pendengaran dan penglihatan. Papa cakap Alany busybody. Suka feel comel sangat bila orang dok panggil nama dia. Mula la wat muka yang mama rasa nak geget je.
  • Sangat selalu buang angin a.k.a kentut....bila dok menyusu nak burpkan mesti sound system bawah yang berbunyi
  • Tanggal pusat pada hari ke-10. Orang tua cakap kalau lambat degil. Owh jangan camtu ye sayang.
  • Dalam tido suka senyum² dan gelak terkekek...memula suspen jugak bila dengar gelak mengekek tu, ingatkan kot tersedak atau batuk. Agaknya tengah mimpi main cak² kot...
  • Kuat mengeliat. Opah kata nak cepat besar. Habis merah padam muka.
  • Mempunyai kebolehan melalak yang sangat kuat dan tinggi. Bila lapar atau basah sangat, takde intro² dah...terus high pitch baik punya. Macam kena gigit kerengga je.
  • Paling suka kalau tak pakai seluar, muka sangatlah bebas.
  • Sepanjang sebulan ni baru 3 kali keluar rumah. Semuanya sebab pergi klinik untuk cek jaundice. Alany mandi air bilasan beras untuk hilangkan jaundice...dan alhamdulillah 2x mandi jaundice turun dari TSB-9 ke TSB-5
  • Alany yang berambut lebat dicukurkan pada usia 24 hari. Sedihnya hati mama tgk gegurl dan jadik cam boboy. Tapi takpe, rambut alany jenis cepat panjang.
  • Tak suka dibedung...1st 2 weeks je kene bedung, lepas tu tak lena tido kalau dibedung...jadik Opah bedung kaki Alany saja.
  • Masa 1st time mandi memang menjerit sakan. Terkejut gamaknya. Tapi skarang ni suka sangat mandi. Nak² lagi kalau papa yang mandikan...mula la buat muka comey. Huhuhu mama sampai la ni belum mandikan Alany.
  • Ruam rajen naik kat muka. Kejap hilang lepas tu naik balik. Kat muka je naiknya...alergikkah?. Doktor kata normal pulak.
Steady lagi

uwaaaa...uwaa...3x terus senyap

My CinTaHati yang motak...

sebelum (di usia 24 hari)

   selepas (hari ke2 dicukur)          sekarang (hari ke10 dicukur)

Comey tak?...papa dia kata tak comey. Tapi mama tatap cakap cintahati mama ni comey walau dalam keadaan apa pon...rasa nak geget je...motak pon motaklah...cepat tumbuh rambut ye sayang...



Friday, July 2, 2010

Salam petang jumaat...dah masuk opis ke semua? *pada yang bekerja* ....ke mana merayap bershopping tadi? hahaha...yerla dah la jumaatkan, gaji minggu lepas pon sure belum luak lagi...maken panjanglah jejak langkahnyer ni...anyway nak jugak sesebok bagitaw yang aku tengah kalut nak submit appraisal form ni....due date arini, maka arini jugak baru nak anto....dah siap, gempak baik punya aku bagi tapi tu la...dari tadi nak tekan button send kat emel tu tak lepas²....gabra beno this time...agaknya baper la aku dapat ye?...ado ke nan ado...mak pasrah...uewwwww!!!

to miza...amacam opis baru?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...