Tuesday, August 31, 2010

Tulunnnnn Tuuuulunnnnnn...(Sticky post ye)

Alamak....macam mana eh kalau bloggers list tetiba hilang?...bukan macam mana sebenarnya, memang dah hilang pon...Camno nak retrive balik?....helpppppppp!!!......takpon kowang tolong tinggalkan blog add balik...nanti senang gue copy kasik masuk list...pertolongan anda sangat diperlukan...terima kaseyyy!!!

Thursday, August 26, 2010

Korang dapat RM500, aku dapat RM10

Wah seronok la orang gomen ya....dapat duit raya gitu. RM500 tu besar sungguh nilainya pada aku. Janganlah merunggut memacam. At least ada jugak dari aku yang nan ado ni...eh aku pon ado laa...ni ha dapat voucher mekdi untuk kali ke-2 hasil dari menjawap survey. Korang ado ke?...hahahaha....kalau nak meh roger aku ya...Abah aku pesara tentera, so mesti dapat jugakkan?...wah mesti bertambah duit raya dari abah tahun ni ;P *bertuah punya anak*


 TQ ShoutBox!

Tuesday, August 24, 2010

Rotavirus

source : en.google

Rotavirus
Rotavirus is on oral vaccine. The rotavirus vacine is known as Rotarix. 

What is Rotavirus?
Rotavirus is a virus that infects the bowels and it is the most common cause of severe diarrhea among infants and children. Children aged 3 to 24 months are at greater risk for developing severe disease from Rotavirus infection.  

What are the symptoms of rotavirus infection?
Fever, vomitting and watery diarrhea which can cause severe dehydration.

How is Rotavirus spread? 
- Passage of the virus in stool to the mouth of another child
- Unclean hands, toys and objects
- Ingestion of Rotavirus contaminated water or food
- Contact with a Rotavirus contaminated surface

How to prevent your child from Rotavirus?
Complete eradication of Rotavirus infection is highly imposible as the virus is easily transmitted. Vaccination is the most effective prentive measure proven to protect children from Rotavirus infections.
 
Gigih aku dok menggoogle pasal Virus Rota ni *tetiba teringat keropok rota*. Last week, anak opismet aku terkena virus ni. Sangat menyedihkan dengan diarhea dan muntah²nya sampai 5 hari warded. Dahla Alany skarang ni tersangatlah suka menghisap tangan dan mittensnya itu. Makin risaulah mamanya ni...dan alhamdulillah Alany dah ambik 1st dos vaksin ni last friday. Agak mahal RM150-RM200 *ikut klinik* per dos dan ianya perlu diambil sebanyak 2 kali sebelum berumur 6 bulan. Tapi kalau fikir balik...beli barang mainan, baju anak, henbeg mama semua nak yang branded aje...kenapa untuk kesihatan nak berkirakan...walaupun ianya optional but prevention is better than cure.  Now i'm looking for pneumococcal vaccine. Yang ni lagi mahal. Tak
habis study lagi. Tapi something pasal paru² dan otak rasanya...sesapa nak share?

 
Rileks je dia...tak sabar nak tengok senyum ke tak

 aunty dyana kata nanti alany senyum²...takde pon

 
dalam kereta baru nak senyum...comeynyer anak mama...
cepatlah rambut panjang ye....cian dia

Monday, August 16, 2010

Sedikit pertanyaan

CintaHati saya ni sejak berusia 2 bulan dah feel lain sket. Gundah-gulana la jugak memikirkan. Tapi hasil pembacaan dikatakan biasa terjadi...cuma saya la tak sedap hati...meh la sedapkan hati saya...meh la meh la....

1) Alany poo poo sehari sekali. Kaler kuning jagung dan kekadang cam hijau sket pon ada, tak lembik sangat dan tak keras sangat. Kuantiti sangat banyak sampai kekadang terkeluar dari pampers...*selebet anak mama*. Baby bukan poo poo 2-3 kali ke sehari?

2) Sejak seminggu yang lalu, Alany dah jarang berjaga malam. Kalau tidur pukul 10 tu, pagi esok 6.00 camtuh la baru bangun. *mama dan papa mendapat tidur yang secukupnya... :P* ...tak lapar ke dia eh?...mama plak yang asyik berjaga nak tengok keadaan Alany takut selimut tertutup muka ke, sebab takde ohek ohek langsung. Pernah juga sumbat susu tapi dia dok ketip bibir...hehehehe....Mungkin ke Alany penat?

3) Kenapa baby asyik bersin? habuk, sensitif kat cahaya? nak besar lagi? kenapa kenapa?

Camnilah perasaan  ibu ya...risau semedang....

Thursday, August 12, 2010

Alany at 2 months...

Lepas lepak² kat USJ after pergi Pureen Warehouse Sale tu, terus aje ke Az-zahrah Bangi. Alhamdulillah orang tak ramai, parking pon senang aja. Agaknya ramai yang pergi bershopping sebelum berpuasa gamaknya. Inilah progres Alany untuk umur 2 bulan.
  • Berat naik sikit je iaitu 0.7kg. So berat skarang adalah 4.5kg dengan ketinggian 56cm. As long bukan border line mama taklah risau sangat...alhamdulillah tak demam untuk 2nd jab ni.
  • Sangat suka masukkan tangan dalam mulut...habis basah mittens
  • Semakin pandai fokus pada satu objek. Let say tengok papa dia...bila papa bangun mata pon dok follow
  • Dah suka timang² dan berdiri. Bila dah bagi berdiri tu, kalau dibaringkan mulalah merengek
  • Rambut dah semakin panjang, lebat dan kelihatan hitam.
  • Dah pandai demand nak orang mengadap dia je bila berjaga...huhuhu
  • Time tidur pon dah teratur...akan terjaga untuk susu pukul 12, 3 dan 6.30 pagi.
  • Redha je bila naik kereta mesti duduk di carseat. Alany tak pernah meragam minta diangkat setakat ni.
  • Bila baring tu suka exercise kaki tangan...hahaha papa cakap kayuh basikal
  • Dihantar ke rumah babysitter pada usia 55 hari. Alhamdulillah setakat ni takda masalah
  • Kentot pon makin menjadi-jadi...takda cover² punya...agaknya sebab tu alany takda masalah colic.
  • Dah pandai tersenyum bila orang agah². Pastu buat muka nak kena geget.
 Kakak ni usap² pipi Alany...lepas tu tetiba nak korek mata Alany...hahaha

Tuesday, August 10, 2010

Selamat menyambut ramadan...


Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka"

 Selamat berpuasa semua...ampun dan maaf dipinta...

Pureen Warehouse Sale

Sabtu lepas berjaya jugak sampai ke PWS ni seperti yang telah diplan awal² dgn my buddy...walaupon terlewat sket dari agenda asal *sowi ye dear* tapi masih sempatlah nak grab apa yang patot dan yang tak berapa patot...hehehe. Sampai sana kol 10...tengok orang dah berduyun balik bawak beg plastik kiri kanan. Time tu mulalah rasa menyesal sebab tak ikot plan.

   
Baju dari RM1-Rm15...mana tak orang meroyan nak borong

Ramai yang amik je bebanyak baju lepas tu baru nak godek² pilih. So kami antara mangsa² yang terlibat memilih bahan buangan orang. Opsss bukan bahan buangan, baju² yang tak menjadi pilihan...Yerla sebab sampai lambat...

 ishh brader ni baik punya usha aku...hehehe

  laki bini *agaknyer* dah tak peduli dah...selamba aje berkelah kat situ

Tak sure dyana beli apa. Yang aku taw ni makanan untuk hadif...tak amik port sangat sebab alany lambat lagi nak makan...hehehe

*putih plak aku time ni..ngeee* time dok menyorting barang yang dirampas. Rasa semua aku nak amik...last² aku pilih yang harga RM6 sepasang je...boleh la nak buat baju basahan cintahati gue tu. lelawo taw...tapi luper plak nak snap gambo bajunya....

Hahahaha tu diaaaaaaaa......

Yang pastinya memang berbaloi-baloi. Aku memang suka product pureen ni. Dengarnyer hujung tahun ni ada lagi. Maybe leh repeat lagi...Nasib pon tak sampai awal..kalau tak lagi banyak duit aku kopak...hehehe...Owh i'm soooooo happy!!! *opsss mee goreng special itu sangat sedap!!!*

Monday, August 9, 2010

Bandung Trip : Terapi diri

Orang kata Bandung tempat terapi diri...Terkenal dengan nama "Paris Van Java" atau syurga membeli belah...okayla for me, takla heaven sangat mungkin sebab aku lebih suka berjalan dari bershopping. Enjoy the piccas.

muka terkenangkan anak...antara excited dan tidak

kota bandung yang sangat padat...jem pagi petang siang malam
Had our lunch at Simpang Raya restaurant which serves Padang dishes and they serve us all the available dishes...the rule is, just choose the food that you feel to eat and put aside the rest so that you won’t be charged.

Di Tangkuban Perahu. Bau belerang still kuat lagi...cam bau kentot orang pon ada...hahaha. Kelihatan panas tapi sebenarnya dingin

Factory outlets (NOT shopping malls!) sangat banyak di Bandung. Boleh kata cam area Bangsar yang banyak rumah dah dijadikan shop lot.  Many brands such as Guess, Armani, Polo, Gap, Zara, Nautica, CK, Tommy Hilfiger, Esprit, Old Navy, Hugo Boss Monarchy , Bebe etc etc are available. The real and the not so real are there but the quality tu nilai sendirilah. Almaklumlah aku bukan jenis gila branded…Tak macam my other half tu…hehehe. 

We managed to visit about beberapa FO seperti Rumah Mode (the most popular one, besh ok!), Mode Plus, Branded Club, Glamour, Secret, Stamp, Heritage, Natural, Terminal Tas, Cascade, For Men, Donatello (Pelbagai jenis kasut ada kat sini), Mivi (baju bebudak sahaja) etc.. I couldn't remember all the FO..banyak sangat.

McD anyone?..hehehe!!! Jgn risau you name it, JCo Donut, Pizza Hut, KFC, Black Canyon semua ada kat sana...

Akhbar Harian..36sen duit kiter

Must try!!! from left Jus Alpokat (avocado..sedap seh), Teh Botol, Es Kelapa Jeruk, Es Buah Campur, Tagor (Tauhu Goreng...hari2 aku makan) dan Eskrim Durian

Converter...ni based on current changer IDR1,000,000 = RM360. Tapi bodek punya bodek dapatlah RM359...

Di Paris Van Java...class tempat ni. Kira cam KLCC la kot. Ada Sogo, Carrefour, fastfood, coffee shop dan butik yang glamour²...ramai gila muda-mudi lepak kat sini.

Funny

Pasar Baru...dunia tekstil...memang murah!

Brownies dan kek yang enak sekali di Kartika Sari dan Amanda...Sesambil tu borong jajan skali...perut lembu pon boleh bikin kerepek...

Settle sudah entry trip to Bandung from 21st to 24th of July…Dah basi dah pon…hahahaha…So our next trip? Yang dedekat tak plan lagi. Tapi yang jauh dalam perancangan. Hahaha... My husband dah bagi green light…InsyaAllah  kalau ada rezeki target sebelum Alany 4 tahun. Kena kumpul duit banyak². ;P 

Friday, August 6, 2010

Patotnya nak bawak Alany gi cucuk 2 bulan on the way balik kerja petang ni. Sekali boleh plak terlupa nak bawak medical record dia. Semalam ingat, tapi tak masukkan dalam beg juga. Pagi tadi time mandi mando pon ingat, tapi keluar je pintu toilet bila terpandang si comey tersengih-sengih atas katil terus aku lupa lagi. Yang aku ingat bila dah separuh jalan kat highway.

Isteri      : Alamak abang, anak punya buku tertinggal kat rumah la...
Suami   : Ye ke...ish awak ni...macam mana boleh tertinggal
Isteri      : Kita letak dalam paper beg kat dressing table tu...pagi tadi dah ingat
Suami   : Tu la abang kata biar dalam kereta aje...*memang aku yang gatal keluarkan... motif apa ntah*
Isteri      : (Dalam hati - Mmmm camni mesti gagal nak bodek pergi sogo time lunch karang)

Kat opis thru YM

Isteri      : Abang, sogo tengah sale gegila taw...hari ni ngan esok aje
Suami   : Oleh itu....?
Isteri      : Saja je bagitaw...mmm boleh ke nak pergi?
Suami   : Owh yang tu awak ingat kan...tak pernah lupa kalau sana sini ada sale
Isteri      : Hehehehe...Mmmm....jadik boleh ke?
Suami   : Sebab lupa bawak buku anak, takyah la pergi ya...esok pon awak nak pergi pureen warehouse sale lagi...Mana satu ni...banyak nak pakai duit nak raya ni...berpada-pada sket...   
Isteri      : Okaylah bye kiter bz...*merajuk la konon*
Suami   : Yerla pergi la....belanja tu ingat sikit
Isteri      : Eh takper la...memang bz....*dalam hati dah melonjak gumbira*

Kesudahannya setakat entry ni ditaip....aku rasa memang malas la nak pergi...kang dari nak ushar²...mesti terbabas jugak....simpan la untuk esoknya program....

Thursday, August 5, 2010

Bandung Trip : Tips & Tricks

From this trip...aku nak share tips dan pengalaman yang aku rasa penting sekiranya kowang nak ke Bandung. Summary dulu la ye...gambar akan dimasukkan kemudian...cheers! 
  • Yang 1st time pergi cam kitowang elok hire pak supir...senang nak ke mana saja. Not adviseable sewa  kereta dan pandu sendiri kecuali dah otai kat sana. Jalan kat sana 4 kali berbelit dari kota kuala Lumpur ni. Thanks to Pak Ndang yang melayan kerenah kitowang ke sana ke mari. Untuk 13jam dalam Rp350k (RM130)
  • Jalan raya di Bandung adalah sangat sesak. Motor pon sangat banyak…susah nak jumpa kereta buruk @ lama...kebanyakkannya adalah Honda, Toyota ngan Suzuki. Alphard sangat berlambak ok. Kaya orang Bandung ni.
  • Kat sini nak kata semua barang murah tu tidaklah. Kena la pandai ushar² jugak. Baju baby untuk usia Alany tak berapa nak banyak. Kalau untuk yang 2 tahun ke atas tu banyaklah…Tawar menawar sangat digalakkan kecuali di FO yang memang fixed price...Tawar sampai lebam ok.
  • Rakyat kat sini kalau yang kaya tu kaya betul, tapi ramai jugak yang susah....sampai kena berniaga kat tepi jalan untuk cari duit...kadang² aku sedih sebab diorang mintak aku beli barang diorang sebab diorang lapar…nak makan…macam kat malaysia ramai yang meminta macam tu saja...
  • Silalah buat converter from RM to Rp. So that takdela time tu baru terkial-kial nak kira. Sampai lunyai jugaklah converter kitowang tu…hahaha…sikit² cek harga…maths slow sket….hehehe
  • Oh ya, tak perlu roamingkan handphone anda…sangat mahal ok. Better beli simcard dekat Bandung saja…kitowang beli SimPati Rp315k ( RM11 ) hari² kol dan sms family, sampai balik pun pulsanya (kredit) tak habis.
  • Jangan lupa juga asingkan duit airport tax yer. Rupiah only! Per head Rp75k (RM27). Kitowang hampir terperdaya dengan seseorang yang mengatakan airport tax Rp150k (RM54) per head. Owh tidak mudah dikencing ok. Ni gara² nak suruh kitowang tukar duit RM to Rp kat sana.
  • Travelling charger juga penting. Ye la mesti nak charge hp ngan kamera. Kalau takde boleh beli kat sana. Murah juga. Cam kami tak beli sebab pihak hotel dah sediakan.
  • Tak perlu dok hotel memahal. Asal selesa dan bersih cukup. Because most of time kowang dekat luar…merayap. Keluar pagi dan malam baru balik. Unless kalau yang bawak orang tua dan anak kecik tu mesti tak larat nak rayap lelama. Kalu boleh cari yg breakfast provided. Senang dan save sket.
  • Sangat penting ok. Sila cek balik setiap kali bila dapat resit. Kitowang 2x hampir ditipu kat restoran berlainan. Aku memang rajin cek resit kalau beli apa pon. Hampir Rp100k (RM36) terbang kalau aku tak cek bebetul Mungkin mereka tersilap punch ataw ambil kesempatan sebab kita tak biasa dengan duit sana kan…wallahualam.
  • Sebaiknya rerajen la mengoogle bagai, plan mana kowang nak pergi. Senang nak bahagikan masa. Pada kitowang yang arrive pagi dan depart petang, 4hari 3malam sudah mencukupi. 
  • Kalau nak makan fastfood pon takde masalah. Just name it semua ada macam kat sini. McD pon rasa sama macam kat sini…Cuma sos nye lainlah….aku tak makan sos cili, so takde masalah.
  • Sekiranya tak cukup duit, better gunakan credit card rather than kowang pergi kat money changer sana. Tak banyak cam kat sini dan juga rate tinggi…so dah rugi kat situ. Owh ya kalau ada cimb acc pon bagus, boleh cash out duit rupiah terus.
  • Setiap FO ader toilet dan kebanyakannya juga ada surau. So takda masalah. Tahap kebersihan juga memuaskan kecuali di tepi² jalan...agak berdebu sket. So elakkan beli makanan di tepi² jalan ya.

Wednesday, August 4, 2010

Gadget yang tak berapa nak baru...

Elehhhh bukan DSLR pon....eh sukalah nak tunjuk. Husben gue dok belikan supaya lebih rajen snap gambo Alany. Pernah pakai Sony, Nikon but this time gue pilih Canon...why canon? Because canon delighting you always...hehehe...Agak² yang maner gue punyer?

 pstttt...abah Hadif ada DSLR

Tuesday, August 3, 2010

Kena drip pulak

Kesinambungan dari sakit yang tak tentu pasal tu. Semalam aku mc lagi...waduh sejak balik dari bandung dah 2 kali aku mc. Dah la time² genting skang ni *$$$*.

Dah tak tahan asyik sakit perut ngan badan lemau semacam, so semalam kami   *aku, husben ngan alany* ke Hospital Az-Zahrah. Hasil dari blood test menunjukkan kompem ader bakteria dalam perut aku...kiranya aku dah termakan kuman gitew...ntahpaper. So kenalah tahan sekejap, doktor kasik water drip, masukkan skali ubat ceri beri ngan antibiotik. Tu tak masuk ubat makan yang punyalah banyak *kompem aku tak makan...hehehe*. Kelakar pulak aku rasa sampai kena masuk air. Kalau zaman muda remaja ni, kalau cakap masuk air maknanyer tingtong sket...hehehe. Hari ni aku dah kerja, so far badan rasa ok cuma perut still rasa tk sedap lagi...harap bakteria tu dah matilah..jangan terus membiak sudah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...