Mmm buat laparoskopi je pon...bukannya gempak sangat...Okay this time nak remove endometrioma cyst. Detected on may tapi doktor suruh concerntrate on breastfeed Alany first...lepas tu aku tak pergi dah. Even husben dah bising² pong aku buat dekkkk je. Bila husben bukak cerita ni, aku cepat je buat cerita lain. Sampailah tetiba terbuka pintu hati *pintu hati katanya...tak boleh bla* nak jumpa doktor balik.
Dr. Kham : Kenapa u tak datang follow up? Sakit?
SueygGomok : Saja...takot...tak sakit
Dr. Kham : Tak boleh tunggu lagi...more than 6cm dah ni...nanti meletup pecah...bahaya. Next week kiter buang ok. Bila available?
SueygGomok : Next week husben saya takda...the other week boleh?
Dr. Kham : Ok on Tuesday, admit at 12 noon.
SueygGomok : Errrr doktor, boleh bius dari sekarang takkkk? *pangggg*
Camnilah agaknya rupa aku ketika dikerjakan. Habes pusat i dah tak lawa taw
Pemeriksaan Laparoskopi![](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sZ2gvTHGlXs_LinCdkVm7sUuP4Q_xSUy_s6Rkszu4yujfq7qUf6vZTWY9jsQBTV0XnKO1PQZs75KHpTZPPbNZSZpp8vGwD9m9HnpPq4Qe1LGWMzZwElzpt3S_R=s0-d)
Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.
Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.
Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.
Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.