Wednesday, March 30, 2011
Friday, March 25, 2011
Kedai barangan bayi 'Kasih Ibu'
Lepas appoinment dengan gynea last weekend *merdeka sudahhhh!!!*, kitorang ke kedai barangan bayi yang baru dibuka kat bangi ni. Intention nak beli pusher *learning walker* untuk Alany. Tapi takda...so terbeli benda lain...biasa le lain nak beli, lain yang dibeli..hehehe. Pastu beli gift untuk baby kawan aku.. Sesambil dah ada kat situ sempat la cuci mata sambil berangan hehehe..
Terletak di Seri Bangi
Nampak tak meja study kalerful tu....kiuttnyer..suka!
Ni laaa yang aku angankan...:D
Ni pon angan jugak...tapi kaler cam dull jer
Aku angankan Alany dok dalam ni dengan bakal menantu... so besan sila beli yer...:P Opsss beli yang bener² yaaaaa...hehehe
Teringat kat menantu yang suka stereng... so besan, boleh beli yang ni juga
Dah puas cuci mata, beli yang ini 'learning blanket' namanya.. tekan² keluar bunyi... RM49
Cam hepy je Alany dok dalam kotak ni.. Berangan nak kotak ini berisi wang emas..hahaha
Wokeh, seronok betul berangan mekap bilik baby... nak itu nak ini... geram. Rasa kedai itu ana yang punya...hahaha...Okaylah, happy nice weekend. Of course la nicekan, gaji dah masyukkk...:D. Kitowang akan ke Cameron Highlands. Aku dah berangan dok petik strawberry je ni..sesambil tu cicah coklat..auwwww.....daaaaaaaaa!!!
Thursday, March 17, 2011
Sebelum dipanggil interview...
- tu pon kalau dipanggil lah...
Kenapa kita submit CV/RESUME to other company?
a. Test market
b. Looking for better prospect
c. Mencuba nasib --> aku tak suka perkataan mencuba nasib
d. Nak mengupdatekan diri --> teknologi berubah-ubah, kena up-to-date
e.
f.
Wednesday, March 16, 2011
Makanan baby
Dulu aku pernah sebok² tanya pasal baby food kat mommy semua. Memang betul la kata hangpa, sangat enjoy prepare baby food ni. Suka suki je nak masak apa. Baby ni kita kena try and error. Tapi aku takda la blasah aje. Still refer kat kengkawan yang otai². :D. Besides that, aku usha sini juga. Aku simple, as long as poo² normal dan perut tak kembung doesn't matter. Kekadang aku bagi jugak Alany makan apa yang aku makan..hehehe. Sekadar merasa tapi bukan untuk mengenyangkan.
Waktu awal² makan dulu, aku rasa tak interesting sangat. Sebabnya dok bagi makan puree. Senang sangat aku rasa.. hehe.. dok lecek² buah betik, pisang, rebus epal, pastu bagi makan... mm simple... Bila dah start makan bubur nasik baru la rasa hebat ...
So far Alany takda alahan terhadap makanan. Aku jelah yang alahnya...hehehe tak tahan la bau poo² Alany if makan brokoli. Serius takleh blaaaa... aku pernah sampai nak termuntah tak tahan baunya...ishh teruk betul aku ni kan...kwangkwangkwang...tak senonoh! Dulu² time Alany makan bubur yang diblend, aku ada la bagi kat babysitter skali. Tapi zaman bubur blend dah berakhir.. jangan harap dia nak makan kalau dah hancur lepai camtu. Tak padan dengan gigi yang baru 2 batang. Sekarang ni aku memang jarang la bekalkan kat babysitter. Sebabnya, asal aku masak nasik Alany mesti habis... masak banyak pon habis. Dah aku pon makan skali...hahaha sedap laaaa ..satu suap untuk Alany, 3 suap untuk aku..hehehehe..
Ni adalah menu peberet kami :P *poyo je bunyi* . Nasi + sweet potato + ikan bilis. Aku campurkan ikan bilis yang digoreng tanpa minyak as garam. Kekadang letak ikan tenggiri, epal merah, carrot, ayam.. itulah aku dok ulang². Aku belom bagi udang ngan sotong coz dari pembacaan, udang dan sotong tak sesuai untuk baby less than 1 year. Sayuran hijau dah lama tak bagi. Again, pasal aku tak tahan baunya... Tapi kalau aku makan, aku leh tahan laks baunya ekekekekkekekeeeee...rosak²!
Actually aku takdalah tegar sangat dalam memasak untuk baby aku tu. Dulu azam nak bagi homemade food aje. Tapi kantoi jugak. Bila tak sempat tu, aku bagi Alany makan cereal from nestle gold. Tapi sekarang, nasi is a must! Sehari 2 kali. Time breakfast or snek time tu aku akan bagi roti gardenia atau baby bites biscuit. Baby bites ni bagus untuk membantu memenuhi keinginannya untuk menggigit dan mengunyah. Standardlah baby bila dah ada gigi semua nak sumbat dalam mulut. Kalau aku dukung time² keluar berjalan tu, taw² je hujung tudung mesti basah. Suka beno sumbat kain dalam mulut...sedap kot hisap² ni.. Farley rusk aku tak bagi sebab manis sangat.
source : pakcik google
Sekarang ni aku dalam eksperimen... wow eksperimen you! nak pelbagaikan menu baby. Nak try buat menu yang best² dan mempunyai daya penarik untuk dimakan. Harap² aku kreatif dan rajin macam mummy Faaz ngan mama Hadif.
Owh ya nak tanya, mana nak dapatkan kacang peas eks?..beli yang dalam tin tu ke?
A Conversation Between Pencil & Eraser
Copy from email
Pencil : I'm sorry....
Eraser : For what? You didn't do anything wrong.
Pencil : I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser : That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)
This conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.
Friday, March 11, 2011
Happy 9 months Baby Alany...
" A baby who has discovered cruising will "walk" around a room while supporting herself with furniture and other surfaces. To encourage walking, hold your baby's hands when she's standing facing you and see whether she can step toward you. Some 9-month-olds are ready to practice walking with a stable push toy." - babycenter
Inilah aktiviti my baby skarang. Dari berdiri berpaut tu dah boleh duduk sendiri. Jatuh pon dah banyak kali. Menangis sekejap lepas tu buat lagi *cam pantun 3 kerat plak..hehehe* Kalau didirikan boleh la stable dalam 2 saat. Pastu tumbang ke depan.
Suka sangat kalau dibuat macam tu... siap mengekek.
Bila ajar bertatih, dia pon ikot "taaa teh.. taa teyyyy.. taaaaaa teehhhh" ...:D comey!
Paling mencabar bila duduk dalam babychair. Aiyaaaa memang tak senang duduk la papa mama ni. Bagi toys pon campak ke bawah. Yang teruja nak berdiri dan panjat naik ke meja. Sungguhlah suka mengexplore. Bila berdiri, nak capai sesuatu siap menjengket... geraaaammmm rasa nak gigit je betis tu!
Happy 9th months baby!!! Alhamdulillah....mama doakan Alany membesar dengan sihat, berjaya dunia dan akhirat. Rindunya time Alany baby² dulu...
Celebrating Nana's 6th years and Alany's 9th months birthday on 3.3.11. Cuba cari mana Alany?.. hehehe
Wednesday, March 9, 2011
Fridge magnet
Memula baca ni dulu yer...
Magnetic board from IKEA.
eh eh FM yang tak lekat dipeti ais namanya apa?
Dah baca? Sejauh mana betul dan tak betulnya aku tak pasti. Tapi gelang magnet ACK yang kontrobersi tu orang kata elok plak. Aku tak suka letak FM kat fridge, sebab nampak messy. Dah la fridge comey lagilah nampak serabut. Koleksi FM ku takda seberapa. Ni pon ada yang dah pecah *dyana, anda adalah saksi kejadian*. Ada yang beli sendiri, ada gak yang kengkawan bagi. Tapi aku takdelah pengumpul tegar FM ni. Yang still tegar kumpul sampai skarang adalah setem. Hehehe dari darjah 2 sampai skarang aku kumpul lagi. Cuma skarang masukkan dalam bekas coklat forerro roche je...tak rajin nak susun dalam buku.
Projek terbaru nak kumpul pengikat plastik roti gardenia yang kaler biru hijau tu plak.. hehehe... eh tetiber terceriter aktiviti kumpul mengumpul lakss...susah betul nak kusyuk satu tittle, mesti terbabas...hehehe
Mati kau! mati kau!
Yeay! i'm credit card debts free *hooorey*
Asal pakai CC ni mulanya as supplementary from my husben aje.. Pastu sebab aku ni asyik emergency masuk hospital *miscarriage* mana nya nak cekau duit ribu riban...insurans memang tak cover la kalau hal² roper ini...maka angkat la 1...pastu dapat offer lagi..angkat lagi 1.
Memula memang le apply alasan nak guna isi minyak, masa kecemasan. Tapi akhirnya janji tinggal janji. Nak² plak bila aku nak guna, laki aku cakap SUKAHATI LA...maka bila dah asyik bersukahati...sendiri pahamla kan. Pada aku, CC ni bukan untuk EMERGENCY, tapi sebenarnya untuk CONVENIENT. Kalau guna CC utk emergency..amat berbahaya. Emergency ialah cash money dari hard earned saving at least 6 bln gaji.. diulangi yer.. HARD EARNED SAVING!!! Ko pakai siang, malam harus bayar. Kalau tangguh² dan swipe lagi, sakit wooo.... ngan interest yang tak brape interesting tu..
Aku ingat nak pakai 1 CC je la. Cam berminat ngan TESCO-RHB CC tu. Leh dapat point & rebate bebanyak.. Cuma aku kedekut nak bayar gov tax RM50 tu..hehehe. Heyyyy apa kejadahnya baru bebas dari hutang CC, siap ko terminate acc lepas tu gunting² kad dengan rasa bangga sambil kembang kuncup hidung, tapi ko nak sign up yang lain???
* Title tu sumber inspirasi masa aku gunting CC ni tadi. Sambil gunting tu memang mulut aku kumat kamit cakap mati kau! mati kau!..hahahaha
Tuesday, March 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)