Masa Alany takda gigi lagi, aku ada la ushar² berus gigi untuk bayi. Sebab rasa comey² pastu cantik² je design. Tambahan pula ubat gigi ada pelbagai flavour. Rasa besh je. Bila Alany dah tumbuh gigi, aku boleh terlupa plak.. sampailah dah ada 4 batang ni tetiba wujud kesedaran. *Padahal kesedaran tu wujud bila aku mengusha website PUREEN pagi tadi...muahaha hampeh*
Gigi kapak yang besar dan jarang
Orang kata mencabar nak gosok gigi anak ni. Tak taw la camna peel Alany nanti...Harapnya senang lah. Bila aku tekap² guna towel, mesti dia dok gigit towel tu. Pastu gelak² bila aku suruh lepaskan... kelako beno gamaknya. Google punya google, aku terjumpa info ni.
Pemberusan gigi anak anda - Bila dan Bagaimana?
Mengajar anak memberus gigi adalah sangat penting. Tentu ramai yang mempunyai masalah yang anak mereka tidak suka memberus gigi atau tidak mahu diberus giginya oleh anda. Bagaimana anda mahu memupuk sikap suka memberus gigi dikalangan anak anda? Bagaimana cara memberus gigi anak anda?
Bayi
Kunci utama untuk memupuk tabiat suka memberus gigi adalah memulakannya dari AWAL. Paling bagus jika anda memulakannya beberapa hari selepas lahir. Selepas bayi anda menyusu, lapkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dengan kain lembab. Ini bertujuan untuk:
1. Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dari plak yang terbentuk
2. Membiasakan anak anda merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya anak anda tidak akan berasa tidak selesa atau takut apabila anda mahu menggosokkan giginya kelak
Selepas 6 bulan
Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh apabila umur bayi anda sekitar 6 bulan. Biasanya gigi bawah di bahagian hadapan akan tumbuh. Ada yang tumbuh awal dan ada juga yang tumbuh lambat jadi jangan risau sekiranya hal ini terjadi. Selepas gigi pertama tumbuh, anda boleh membeli berus gigi bayi. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi di pasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk seperti berus gigi biasa. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana sesuai untuk bayi anda. Pastikan berus gigi itu cukup kecil dan mempunyai berus yang lembut.
Ubat gigi
Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang berusia di bawah 18 bulan. Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida selepas anak anda berusia 2 tahun( apabila anak anda sudah tau berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana, jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih – kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai untuk digunakan.
Cara memberus gigi anak anda
Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.
1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
5. Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.
Apa perlu buat jika anak tidak mau memberus gigi
Ada kanak-kanak yang tidak suka anda menggosok gigi mereka. Mereka mahu membuatnya sendiri. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan menggosok gigi dengan betul kerana mereka masih tidak tahu menggunakan berus gigi dengan betul. Jadi, anda perlu memberus semula gigi anak anda selepas anak anda memberusnya. Anda juga boleh mencuba beberapa tip untuk menjadikan aktiviti memberus gigi disukai anak anda:
1. Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang seronok dan bukannya satu tugas yang perlu dibuat oleh anak anda setiap hari
2. Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi.
3. Biar dia memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya
4. Nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan
5. Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi
6. Jangan gunakan paksaan semasa memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberus gigi
Jika anda jadikan gosok gigi ini seperti sesuatu yang menyeronokkan tentu anak anda sukakannya. Anak anda juga akan suka memberus gigi jika mereka melihat anda memberus gigi. Mulakan dari awal, supaya senang mendidik anak menggosok gigi kelak. Ingatlah bahawa gigi anak anda amat penting walaupun gigi itu akan diganti dengan gigi kekal kerana tanpa gigi, anak anda akan menghadapi masalah untuk makan dan boleh mengganggu tumbesaran mereka.
Selamat mencuba! Kredit info to
Dr. Leen - Gigi Sihat Senyuman Menawan
Pitam baca ya?... Aku gigih membuntangkan mata ok. Mak cetek ilmu. Owh barulah faham, untuk bayi bawah 2 tahun, tak perlu guna ubat gigi. Maka lambatlah lagi aku dapat menerai ubat gigi perisa buah-buahan... kwangkwangkwang....
Silicone Baby Toothbrush Gum Massager
Saya mesti pilih!
Features:
BPA Free
Made of soft and durable silicone, moulded in a single piece
Dimples for massaging baby’s gum
Soft bristles for cleaning baby’s teeth
With a casing for easy storage
Untuk yang 2 tahun ke atas, boleh cuba ini - tanpa florida
Bertambahlah list aku nak menyopping kat Pureen Warehouse Sale. Ada sesapa yang pergi tak? InsyaAllah Sabtu pagi, aku ada di sana... kot terlanggar bahu ke, tertolak perut ke tegur² la sambil berkata "eh comey jugak mama Alany ni yer"... hehehe...
|