Day 2 - 21 Oct 2011
Fish massage, Kampung Luanti Baru
Cattle Farm, Mesilau
Dream World, Mesilau
Tamparuli
Back to KK
Pasar malam Kg. Air
Ikan bakar, Pasar Philipines
-----------------------------------------------
Tepat pukul 5.30 pagi, alarm pon berbunyi. Actually aku dah bangun.. feeling gitu dengar ayam berkokok. Dah lama tak rasa suasana kampung macam ni. Mengigil-gigil sejuk. Perghh memang nyamanlah!
View from our room, 6 pagi.. matahari dah mula terbit
Pukul 8 pagi kitorang bersiap untuk breakfast. Sejuknyaaaaaaa nak mandi... mencengkam minda ok. Don't worry, water heater ada :p. Nasiiiiiibblah ada... Lepas tu jenjalan sekitar KPR sebelum check out untuk ke destinasi yang telah dirancang..ewah!
Nam.. namm... Skali nam datang, terus gelabah
Cantiknya munga tu. Segar², harum² dan sweet² gitu..
Nampak tak munga tu...ala yang ada 2 kaler pink tu ...ahaks!
Ni kat Rabbit House. Rabbit pon nak breakfast
Pukul 8.30 - Gunung kinabalu dah diselaputi awan...
Gambar kenangan di KPR
'Tagal' Sg Moroli, Kg Luanti Baru, Ranau
Jarak dari KPR ke Kg Luanti Baru lebih kurang 32km. Bayaran masuk untuk dewasa RM5, kanak² RM2 dan kamera RM3 untuk 15 minit rendam kaki. Kalau nak mandi bersama ikan RM10 dikenakan. Makanan ikan pon ada dijual RM0.20 sepeket. Tapi ada limit, tak boleh sesuka hati nak beli banyak mana... yerla mementang dua kupangkan... ape ke de hal? Jangan tak tahu, ikan akan mati sekiranya terlebih makan...gitulah penerangan yang diberi. Baiklah!
In the Local Kadazandusun dialect, ‘tagal’ means ‘no fishing’, and the main purpose of the ‘tagal’ is to preserve the environment as well as the ecosystem to benefit the future generation. ‘Ikan Pelian’ or Malaysian Masheer comes from the family of Cyprinidae. These fishes are specifically trained by the villagers to perform the healing massage activities.
The fish massage is deemed to have a curative effect on those who suffers from psoriasis. Come to Kampung Luanti for regular fish massages and you will enjoy smoother and suppler skin - just like a baby’s bottom.
Bahagia betul dapat main batu kat situ
Korang mampu posing camni kat tepi sungai?
Sebelum fly ke KK aku memang dah joyah² tkmo lepaskan peluang bermesra dengan ikan ni...Skali dah depan mata terus takut. Ish gedik beno rupa aku time tu... mengambil masa yang lama nak jejak kaki kat air. Ada video yang memang aku takmo share ngan korang... hahaha gedikssss ya amatssss! mak over bajet. Kikiki klakor!
Takyah pergi dedalam, kat tempat cetek pon berebut ikan nak mengigit korang. Ada ikan kelah, lampam dan tiga empat ekor ikan keli sesat. Serius memang memula takut sebab nampak ikan tu hitam je. Dah la ikan keli tu berjanggut... lagi la mak nebes.
Dah lebih 15 minit. Nombor kitorang tak dipanggil lagi. Agaknya sebab tak ramai orang, lagi pon time tu baru pukul 9 lebih. So guna la kesempatan yang ada.. sehingga halus dan licin kaki ku itew... memang best! Rasa stim², geli² sehingga terpancul ouchhh! auww! ha camtu lah... cubalah anda banyangkan :p
Budak tecik ni sangat berani...
kalau boleh nak suap terus dalam mulut ikan...
Look interesting kan? silalah add this as your must activity to do in Sabah
Di Ranau, korang boleh pergi ke Poring Hot Spring dan Sabah Tea Garden. Kitorang memang dah plan takmo pergi tempat² tu. Ada review yang kata kat Poring tu banyak kung².. aku ni memang fobia dengan kung². So awal² lagi aku dah decide takmo pergi walau apa pon terjadi.. hehe. Kat sini korang leh tengok pokok rafflesia. Sayang skali, timing kitorang tak tally ngan waktu bunga rafflesia blooming. So tak dapat la tengok live. Linda Nanuwil dan Adira pon kitorang tak jumpa :p
Desa Cattle Diary Farm, Mesilau, Kundasang
Perjalanan menuju ke tempat yang dikatakan 'New Zealand' ini lebih kurang 41km. Seperti yang teman dah kabo, Sabah ni amatlah kekurangan signboard. Jadik mesra² kan lah diri tu ye. Entrance fee adalah RM3.
Sejuk taw kat sini. Memang feeling obersea sungguhlah even bau lembu dan najisnya menusuk hidung.. totap rasa nyaman dan segar. Time kitorang sampai ni, lembu² nun kejauhan di tengah padang. Waktu proses memerah susu adalah pukul 3 petang.
Korang wajib try susu fresh kat sini. Untuk aku yang sememangnya penggemar apa jua susu, memang heavenlah. Sedap sampai rasa nak bawa balik 100 kotak. Tapi sayang, susu ni hanya dapat bertahan 4 jam aje. Terus mak emo.
Untuk korang yang tak suka susu, totap kena try. Laki mak yang tak suka susu ni pon boleh habes sekotak *nangis kegembiraan tengok laki minum susu* Itu pon tak cukup lagi.. :D. Please, try la wehhhh..sangat sedap! Sekotak susu biasa RM2.50, susu coklat pulak RM2.70. Ada dua flavour tu aje.
Dream World, Mesilau, Kundasang
Tempat ni sebenarnya adalah hotel yang berdekatan dengan Cattle Farm. Tiada yang menarik di sini kecuali viewnya yang superb cantik. Terus mensyukuri nikmat Allah.
View Pekan Kundasang dari Dream World Resort
Bunga teeet ayam
Bersama kereta yang sangat berjasa selama di Sabah
Tak lama lepas tu awan berubah mendung. Titisan hujan pon mula menyembah bumi. Laju² masuk kereta. Plan asal, nak singgah ke Memorial War Park dalam perjalanan turun ke Pekan Kundasang tapi terpaksa dikansel. Amik gambo main entrance dari dalam kereta sajalah.
Aku tak minat tempat macam ni.. so ok je bila tak dapat masuk. Cuma my hubby je lah yang frust sikit...i'm sorrryyy!
Seterusnya ke Kinabalu Park. Entrance fee RM3. Tapi disebabkan hujan, maka FOC. Oleh itu ronda² dalam kereta aje. Sedikit frust di situ.. huhuhu. Takpalah, takda rezeki... memujuk hati sendiri... dan kami meneruskan perjalanan turun ke KK.
Gamba bukti pernah singgah
Tamparuli
Dalam perjalanan ke bandar KK, kitorang singgah di Tamparuli. Tujuannya adalah untuk bertemu dengan Marsha.. hahahha takde lah! Anyway, aku banyak taw nama tempat kat Sabah ni pon sebab Akademi Fantasia. Macam Mas dari Tawau, Felix dari Kota belud, Stacy dari Penampang
Memula nak jalan menyeberangi jambatan ni. Skali ada kung².. terus masuk kereta.. huawawawa. Tringat kat Marsha yang suka sangat nyanyi lagu jambatan Tamparuli masa kat akademi.
Menurut sejarah, Tamparuli dikatakan mendapat namanya daripada ayat ‘ditampar oleh air’ di mana ayat ini berasal daripada perkataan atau percakapan orang Brunei. Pada suatu masa dahulu, apabila pedagang-pedagang Brunei berkunjung ke Daerah Tamparuli, mereka tidak dapat naik ke hulu disebabkan arus air sungai yang terlalu deras. Maka timbullah ayat ‘ditampar oleh air’ dan ia telah disingkatkan kepada Tamparuli.
Kewujudan jambatan gantung Tamparuli telah menjadikan Daerah Tamparuli lebih dikenali oleh masyarakat luar dan pelancong asing. Menurut mitos di kalangan penduduk setempat, kononnya suatu ketika dahulu terdapat seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan atau lebih dikenali sebagai 'tajau' oleh masyarakat tempatan. Tajau tersebut telah diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli agar binaan jambatan Tamparuli kukuh. Mitos ini dikukuhkan lagi apabila jambatan ini tidak pernah runtuh walaupun ribut taufan melanda daerah ini. Malah ia semakin indah dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun.
Jambatan Tamparuli di sebelah kiri. Tinggi tuuuu...
Lepas tu kitorang meneruskan perjalanan ke bandar KK. On the way tu singgah kat Tuaran untuk late lunch. Dah lapor tahap gaban... hahaha. Berjalan tak hengat.
Setiba di KK, kitorang pon ronda² mencari tempat penginapan untuk malam tu. Di KK ada banyak hotel. Bergantung pada ongkosnya saja. Kitorang proceed untuk stay di budget hotel iaitu Hotel Garden RM100 per night. Alhamdulillah selesa, parking pon senang. Perghhh letih.. we had a good rest until 9pm
Pasar malam Kg. Air
Setelah puas mengecas energy, kitorang keluar ke pasar malam Kg. Air. Tempat ni ala² downtown/uptown gitu. Takda beli apa pon cuma setakat mengusha-usha. Owh ada beli t-shirt I LOVE BORNEO untuk Alany. Itu saja. Korang kena pandai tawar menawar kat sini ok.
Rantai, gelang, brooch dari mutiara.. cuci mata saja
Ikan bakar, Pasar Philipines
Gerai ikan bakar ni terletak di belakang Pasar Philipines, berdepan dengan Le Meridien Hotel. Sedap juga walaupon makan kat lorong² begini. Hasil dari pembacaan aku, ramai yang kata fresh seafood di KK ni sangat murah. Tapi bila dah siap masak, harga jadik berganda. Jadi sebaiknya, sebelum memilih menu kenalah bertanyakan harga dulu.
Ikan merah bakar, sotong bakar, sayap ayam, rumpai laut, nasi putih + air kelapa = RM50
Memang rambang bijik mata. Semua rasa nak telan. Cuma satu je... aku tak jumpa kerang bakar.. orang sabah tak makan kerangkah? Ehh rumpai laut tu not bad taw. Ranggup dan masin² gitu. Aku ni jenis suka mencuba makanan... so kira boleh terima. My partner tu, memang tak boleh. Asal pelik sket suma tolak tepi..hehehe..
Itu aje cerita untuk day 2. Nanti sambung day 3 plak ye...doakan aku leh cecepat habis cerita ni (",)