" Yang, seingat awak lah kan, pernah tak bagi kita bunga? "
" Bunga? ishh tak pernah...jiwang! "
Okaylah nak cerita satu rahsia. Selama 7 tahun perkenalan kami, tak pernah sekuntum bunga pon aku terima hatta bunga plastik skalipon... sumpah! Wanita dan bunga sangat sinonim. Walaupon aku tak suka bunga.. mmm bukan tak suka tapi macam " ish tak payahlah bagi bunga.. buat apa pon.." tapi kalau diberi juga, sudah tentu aku menyambutnya dengan senyuman manis dan dengan lapang hati sudi menerima. Tapi itulah dianya suami saya, tak mau dikatakan mat jiwang :p
6 tahun usia perkahwinan kami, boleh dikira berapa kali bertukar hadiah sempena ulangtahun perkahwinan atau pon harijadi. Tiap² event nak kasik hadiah parah juga.. coz aku demanding orangnyer...huwawawa!.. kat mulut " tak kisah nak bagi apa " ataupon " takyahlah bagi apa² ".. tapi 3 bulan sebelom aku dah hint².. huwawawa dapat tak dapat belakang kira :p . Yang pasti, kitorang akan menyambut hari² istimewa ini dengan aktiviti makan². Kalau tak pegi makan kat restoren best² pon, makan KFC ngan makan nasik goreng masakan sendiri pon pernah...hehehe sempoi habeh! Kad² syahdu penuh romantis jauh skali lah. Hanya tutur kata yang simple aje. Cukuplah, asalkan dia tak pernah lupa, rumahtangga pon tak suram. Itulah dianya suami saya, bukan seorang yang romantik.
muka serius
Alhamdulillah...
Dengan izin Allah, kita bertemu jodoh
Dengan izin Allah, kita mempunyai seorang bidadari
Semoga rumahtangga kita diberkati & dirahmati Allah swt hingga ke syurga... aminnn.