Assalamualaikum...
Wah seronoknya nak bercuti panjang. Kitowang tkda plan nak ke mana pon cuti ni. Dok rumah sajalah since aku pon tak berapa sihat. Demam, selsema, sore throat... haaaa semua ada, pakej gitu. Kalau keluar pon area bangi/nilai/putrajaya je lah. Sila hi², bye² kalau terserempak ye...:D
Saja nak up entry hari ni. Almaklumlah, kalau bercuti tu jangan harap nak update apa² kat rumah. Mak takde masa nak membelog kat rumah taw uols. Cehhh! :p .
Alany bersama hadiahnya sempena anniversary papa & mama..
Hari ni Alany genap 20 bulan. Another 4 months dah nak 2 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah, disebalik pelbagai ragam yang sengaja dibuat dan yang tak disengajakan.. Alany telah menceriakan lagi kehidupan kami. Dialah penawar suka, duka, penat dan lelah kami. Melihat Alany membesar depan mata, bagaikan tak percaya diberi peluang untuk merasai kehidupan sebagai papa dan mama. Amanah dari Allah.. sewajibnya kami akan didik dan beri kasih sayang dengan sempurna.
Okay la uols, banyak kerja nak settlekan sebenarnya ni. Selamat bercuti, hati² di mana saja korang pergi. Till then, muahssssss!