Tuesday, July 31, 2012

Harap ending tidak menghampakan..

Dejavu di Kinabalu

Ammar --> Gila setia
Nadira --> Gila keras kepala, emosional
Bazli --> Gila baik
Yuzra --> Gila sayang kawan
Zahir --> Gila sayang kawan jugak
Uzma --> Gila ammar
Inara  --> Gila membayangi ammar
Tira --> Gila fobia
AKU --> Gila tersampok kat drama ni.. Muahahaha








Cintailah Orang Yang Mencintai kita.. InsyaAllah, 
itu akan lebih bahagia..






Banyak beno watak yang bernama RA, RA, RA ... eh adik alany pon nanti 
ada RA jugersss *wink wink*

Tuesday, July 24, 2012

Sukses setakat ini...:D

Salam ramadhan...

Pejam celik, dah hari ke-4 umat Islam berpuasa.
InsyaAllah hari ke-4 juga buat aku.
Setakat ni, alhamdulillah takda masalah cuma aku perlu bersahur dengan nasik.
Hari ke-2 dok bersahur dengan roti, bila petang dah rasa nak fengsan sangat.
Ikotkan memang tak lalu nak bersahur ni, tapi bila fikirkan keadaan diri dan adik Alany, ku telan jua.

Menu berbuka adalah biasa² saja. 
Yang penting lauk adalah masakan sendiri. Simple je pon :p
Maklumlah, balik kol 4.15 kan.. haruslah sempat masak..
Lagipon tak berapa nak lalu beli lauk dah siap masak ni. 
Kalau kuih muih takpe lagi *sebab tak pandai buat kuih...hahaha*.
Anyway kuih bukanlah satu kemestian.. yang wajib mesti NASIK!
Tapi aku slalu risau takut terlupa masak nasik... takpon lupa petik suis hehe.. 

  
 
 Balik kang nak singgah pasar malam. Mau carik ketam... 
nak masak gulai lemak. Ni gambo bulan lepas, time isi ketam tengah penuh.. pergh puas!


Rambut raya Alany Sufiyyah.. tayang tiak pulak :p

Hahaha mama dok rimas Alany tkmo bersepit rambut.. ikat rambut lagi la kan.. tahan 2 menet je.
So untuk keselesaan Alany dan mata mama, kita kasik potong pendek.
Sayang memanglah sayang.. takpa la, rambut Alany jenis cepat panjang.


 takdo dah rambut dora.. layered depan belakang, bagi nipis sikit. nampak cheeky kan?

Thursday, July 19, 2012

Langkawi

Hye!

5-7 Julai kitorang bercuti ke Langkawi.
Beli tiket AA tahun lepas.. time free seat tu...sowang RM 35 return. Ha nangis tak?
Kekonon nak celebrate besday Alany yang ke 2 di Langkawi. Skali leh consider berbabymoon jugak. Wah ke main lagi mama Alany! Hahaha.. at 28 weeks, nasib sempat lagi.

As usual, gambo memang banyak sampai aku rasa malas nak pilih... lagipon Langkawi je kan, semua orang dah pergi :p . 
Tak banyak yang dishopping.
Adala beli pyrex microwave bowl, cekelat² ngan cadar patchwork. Tu pon dah 32kg.



Bila buat perangai :p
Lokasi : Tanjung Rhu







Wednesday, July 11, 2012

Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday # 11 : Cuti² Malaysia

Gambo tahun 2008

*********************************************** 
Alhamdulillah... urusan tadi berjalan dengan lancar. Bolehlah cuti² dengan riang ria!:D

Tuesday, July 3, 2012

Interview

Asal 'interview' je mesti terpikir lompat kerja kan?

As for me yang dengan keadaan sekarang dan akan datang *nak membesorkan anak²*, untuk lompat kerja tiada dalam agenda. Sudah cukup selesa di sini. Selesa ni banyak aspek ye.. kalau cakap pasal gaji, banyak mana pon memang tak cukup ye dop?.. 

Doakan kami ye! 
Esok.. mama Alany, papa Alany dan Alany sendiri akan pergi interview di JPN. Semoga Allah permudahkan 'urusan' ini.  Berdebornya..

******************************************************

Dalam percubaan mencari buku mama

" Taaadaaaa.. buku mama " 
hehe Alany pon dah kenal buku mama
At 28weeks. Semakin membolat. Sekarang sudah mula mencari nama adik Alany secara serius.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...