Wednesday, October 20, 2010

Hutang...

Siapa dengar topik ni kat hot.fm pagi tadi? KDNK menunjukkan Malaysia adalah negara tertinggi di Asia dengan 77% bebanan hutang seisi rumah. Seisi rumah ya, bukan solo². Kalau dok rumah sowang² dengan bebanan hutang sedemikian rupa....alahai ngeri ok. Kita tolak hutang yang besar² macam rumah dan kereta. Agaknya pasai apa kita berhutang?...Pada aku semuanya sebab diri sendiri dan juga kad kredit *nak jugak salahkan kad kredit*. Terkejut sungguh dengar ada sowang pemanggil tu sanggup berhutang sebab terlalu obseskan tudung yang mahal²...mungkin satu kepuasan pada pemanggil tersebut, tapi disebabkan tudung ko sanggup nak berhutang bagai...not good for me. Ada sowang lagi pemanggil sungguh bangga dengan 11 kad kredit yang dia ada, tapi jumlah hutang menyamai sebiji kereta proton pesona. Nak makan pon terpaksa hutang orang...owh scarrynya mak dengar. Ni semua salah kad kredit, sebab senang sangat nak dapat *skali lagi kad kredit dipersalahkan*

Dulu aku dan husben dah berpakat tkmo pakai kad kredit, since kat memana pon boleh pakai kad debit. Tapi bila disebabkan aku ni selalu je emergency masuk hospital, maka itu adalah pilihan yang terbaik. Nak² tengah malam...mana nak cekau 2k deposit kan....daripada tujuan asal, telah terpesong kalau gi ikea...hahaha.. Owh scarry lagi sekali. Tak seronoklah dapat gaji nak bayar hutang je, dapat bonus pon nak settle hutang. Maka segalanya di tangan anda...ukur baju dibody sendiri ya. Hutang budi pada parents memang tak terbayar sampai mati...

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya) -Riwayat Ibnu Majah-

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. -Riwayat Baihaqi-

Kalau aku ada berhutang pada hangpa *selain hutang TAG* please remind me. Aku ni dah kurang daya ingatan akibat makan banyak ubat...hehehe. Kita taktau bila ajal menjemput. Untuk mama akmal&amni, aku ingat hutang aku kat hang...cuma asyik malas je nak gi mengepos....hang tunggu naaaa.... 

Tuesday, October 19, 2010

Terapi diri dikala tengah bulan...

Ni kira terapi diri bila suami tiada di sisi..ahaks! Yerla tak boleh nak over sedih, rindu-rinduan. Kena pikirkan si kecik tu dulu. Luluh hati aku tengok Alany nangis sedih bila dengar suara papa kat telefon. Punyalah dia mencebek-cebek menahan nangis sampai kembang kuncup hidung dia. Malam tadi badan dedar sket...terus aku bagi ubat demam. Agaknya dah mula kenal orang kot. Nak tidur kan semalam pon jenuh juga...bukan dia menangis, tapi sebok nak main...dengan kayuh basikalnya, kejap² dah meniarap...layan je la even aku sangatlah mengantuk. Nak bagi kat opahnya, nanti mesti mak aku ingat kalau takda laki aku takleh jaga anak...hahaha

Eh panjang plak mukadimah. Sebenarnya nak citer ke Jakel lunch tadi. Biasa la dari adengan escort mengescort haruslah terjadi adengan terbeli. Terbeli dengan tiada siapa yang memaksa. Beli yang memurah je...bolehlah tempah wat baju pergi kerja.


knowing me...haruslah kekaler begini jadik pilihan...kat mata aku cantek..kat mata kowang tatawlah

minah gedix ni haruslah ada kan...nak beli kain tunang kaedahnya...

Kalau ke Jalan Tar juga haruslah membeli Burger Sedap. Burger brother ni sangat glamor dikalangan opismet aku. Serius memang sedap. Nanti kowang bolehlah try...Stallnya tengah² antara maybank dan mydin.

Thursday, October 14, 2010

Hidup biar sedap!

camni sedap tak?

Aku benci orang yang hisap rokok lepas tu hembus macam gampang! *kan dah kena* ...Hisap rokok tu masalah ko la kan, tapi janganlah menghembus macam spray perfume dalam toilet lepas buat projek besar....budusss!

Tuesday, October 12, 2010

When can my baby go in a pool?

With Little Comel's Baby Float & Baby Swimming Pool, you can put your baby to swim safely as early as 3 months old. In China, it starts from newborn!

baby swimming pool+ neck float + pump

With the baby float (neck float), it supports the body baby weight at ease and safely with the help of water buoyancy. Do not worry that it would suffocate your baby as even a mid size adult female also can use the neck float! It's totally SAFE & OMFORTABLE as there are 2 velcro straps on both side of it. We have experimented, even if the straps are accidentally open (very very unlikely), your baby would not sink as the ring supports the babies neck and head perfectly! source LittleComel

********************************************************************************************
Weekend hari tu saja bawak Alany jenjalan ke Clubhouse kat Bukit Mahkota ni. Rasa teruja nak bawak Alany pergi pool *mama yang over excited nak main air sebenarnya*. 

 Testing berendam...skali angkat meraung...hahaha

Actually bila ya waktu yang sesuai untuk baby berendam kat pool ni. Aku concern juga tentang klorin ni...bahaya tak untuk kulit baby...kot terminum ke kan...tapi tengok anak mat salleh selamba je dibiarkan berendam dari usia berapa minggu je. Pastu baby float dan pump  camna yang okay eh?
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...