Wednesday, January 12, 2011

Check in...

Wah macam pergi bercuti je kan. Alhamdulillah, my Alany cepat sembuh. To all my sweet dearest friends, thank you so much for your concern n prayers..Tak tahu nak balas macam mana kerana mendoakan Alany Sufiyyah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kowang. *hugs*
Okay aku cerita sket yer. Alany cerry berry dekat seminggu. Baik dari cerry berry, terus demam on and off. Batuk dan seseme masih tak hilang². Aku dapat detect 2 kali degupan jantung Alany sangat laju. Aku ingat mungkin sebab dia batuk plus hidung tersumbat. Dekat leher belah kanan, aku rasa ada lump. Doktor kata kalenjar membengkak disebabkan selsema yang teruk. Hari ke4 Alany demam suhu naik sampai 39.6. Buat lab test sampel hingus, kompem Influenza A.  Terus kena warded. * yang aku boldkan adalah simptom² awal*. Timbang berat 6.3kg
Esoknya pula kena buat fisioterapi untuk mengeluarkan kahak dan lendir disamping nak dapatkan sampel untuk memastikan  ada H1N1 ke tidak. Scarry mak datok! Bayangkan baby 7 bulan kena sumbat dengan tiub dalam hidung dan mulut. Lagi kuat Alany menangis, lagi kuat aku meraung...ekekeke over!. Doktor awal² dah cakap kalau tak berani tengok boleh duduk kat luar. Okay aku memang tak berani, tapi aku tak sanggup nak tinggalkan Alany melalui semua tu sorang². Walaupun Alany yang menanggungnya tapi setiap jeritan tangisan rayuan dia tu sangat menghiris hati aku. Rasa macam nak sepak terajang je doktor dengan 4 orang nurse yang pegang Alany. *aku tak dibenarkan pegang Alany ok*. Selesai semua tu, Alany nampak segar dan ceria. Lega agaknya. Demam pon dropped terus.
Hari Khamis, Alany  semakin aktif. Mata pon dah kembali bersinar bak kejora. Alhamdulillah Alany free dari H1N1. Disebabkan tak kena drip, takda muntah² plus walaupon domam selero totap ado, maka Alany dibenarkan pulang. Oyeah oooyeah!!! hehehehe. Macam tak percaya je anak aku masuk hospital. Pengalaman sungguh. Semalam adalah follow up after ward discharge. Everything baik. Berat pon dah naik ke 6.5kg. Syukur!
Okay sedikit tips minuman penawar dari rakan dan taulan. * Influenza A ni jahat. Kalau B baik sikit...B=Baik...hehehehe*
1. Air rendaman jintan hitam/habatus sauda dan bawang putih
2. Minyak kelapa dara 
3. Air rendaman jintan putih
4. Epal hijau - mempunyai alkali untuk membunuh virus

 Masa minggu cerry berry

On the way ke bagan lalang...1st day demam. 
Asyik batuk, sesema dan mata pon bertaik je. 
Aku ni, anak demam pon nak berbagan lalang jugak...ntahpape

 Bernebulizer setiap 4 jam

 Bilik yang besar. Satu² nya bilik yang tinggal. Yang lain penuh dengan 
pesakit yang demam belaka.

 Macam bercuti kat hotel...hahaha. Siap bawak baju kerja laki aku skali. Senang takyah nak balik rumah

 Nampak cengkung sket

 aku pon konpius apa maksudnya ni...boleh visit ke tak boleh

lemah je...tapi takmo lepas buah oren yang nurse bagi...akhirnya selamat juga ke perut mama...:P

 lepas buat fisioterapi...nampak cergas sikit.

 haaaaa luluhnya hati tengok Alany pandang aku macam tu...masa ni nurse nak letak nasal drop....

 
gambar terbaru..sihat dan bergaya...kembali tembam.....alhamdulillah


Tuesday, January 11, 2011

ONEs...

Copy dari emel xPM. Cantik date harini kan?...


" Do you realize that they are many many ONEs in the year 2011
  - 1.1.11, 11.1.11, 1.11.11, 11.11.11 - 
How about the 11 & 1 am n pm and the 11 & 1 minutes and seconds "

 
Enjoy a ONEderful 2011 year filled with ONEderful blessings in this ONEderful world!

Wednesday, January 5, 2011

Alany Sufiyyah

Bersiaran langsung dari Pusat Rawatan Islam AzZahrah, Bandar Baru Bangi.

My daughter was positive with Influenza A type. Please, please and please pray for my Alany speedy recovery. Sesiapa ada info tentang Influenza A, kindly please share with me. Many thanks, hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.

Monday, January 3, 2011

Happy 7 months Little Princess...

Peel baru kalau nampak kamera....mesti nak buat muka camtu

Happy 7 months CintaHati...Papa&Mama love u so much. Be a good girl ye. Kejap je dah masuk fasa ke 2. Pungpangpungpang dah genap 7 bulan hari ini. 
  • Berat terkini 6.30kg. Turun sikit sebab Alany tak berapa sihat lately ni. Dah elok dari cerry berry, demam pulak. Tambahan lagi dah tak reti dok diam...aktif sungguh, mana berat tak turun.
  • Walaupon tak berapa sihat tapi selero totap ado "bak kata atok". Makan mesti mau!
  • Didapati tak sesuai dengan beberapa jenis sayuran. Bayam ngan carrot punca Alany cerry berry. Siap bila poopoo kuar kaler hijau oren...hehehe...maka epal, potato dan banana ajelah yang mama repeat dan Alany enjoy it.
  • Dah show signs to crawl. Asyik gohed gostan...hehehe comey! Cuma nak menapak satu lutut tak pass lagi
  • Suka tengok iklan. Lagi² iklan lagu tv3...
  • Tangan memang laju je nak menggapai. Apa depan mata semua nak rembat...benda kekecik semua nak kuis
  • Nak masuk 7 bulan ni la Alany dah mula menunjuk perangai ngengada....manja sungguh ok. Asyik nak berdukung je...takpon nak menepek kat nono mama....hehehe
muka nak kena geget...eeee geram!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...