Friday, April 19, 2013

Semalam




HEHEHE Besday gua!
Celebrate dengan makan char kue teow.. cili jeruk kasik lebih
Sekian

Wednesday, January 23, 2013

Rezeki anak²


Pagi
Berita gumbira pertama dah dapat.. 


Petang
Tunggu berita gumbira kedua pulak, InsyaAllah..


Hadiah sempena maulidur rasul :)

Wednesday, January 16, 2013

Imani Sumayyah - 4 bulan


Hari ini saya 4 bulan. Berat terkini adalah 6kg.
Saya sudah boleh meniarap. Mama kata leher saya kuat sebab saya suka angkat kepala tinggi². Mama bedung sebab saya suka isap jari...bukan 1 jari, tapi 2 jari skali.. nyummmy! Tapi saya tetap terer, sekelip mata saya boleh keluarkan tangan saya.. kuikuikui, mama sila cari kain bedung besar lagi ye.


Ke-tidak-seimbangan yang sangat ketara.
Right is more than lefty. Okay aku dah gugel dan ianya adalah biasa. So tak perlu stress dok pikio. Baru start minum ESP Shaklee.. hopefully ada perubahan yang memberangsangkan.. berdoalah :D


Monday, December 31, 2012

Susu - pengisian perut si anak

Tadaaaaaaaaaaaa...

Alhamdulillah..murah rezeki anakanda saya. Walaupon tak semeriah kengkawan lain, so far bekalan mencukupi. Bekalan untuk Imani satu hari 5 botol x 2.5oz. Haruslah hari² mengepam supaya bukit yang ditarah tak terus gondol. Selain dari dok mengumpul info kat internet, tips² dan tunjuk ajar dari sifoooo saya ini sangat membantu. Mekasih besan coz tak jemu² melayan gua! Semoga terus bersemangat sepertinya. Perjalanan masih terlalu jauh. Harus terus merangkak untuk memenuhi keperluan si anak seikhlasnya.


 Stok masa mula start kije.. sket jeeee. 
Dalam botol ada yg 4oz ngan 5oz. Yang dalam plastik pack 7oz.


  Haaa nampak tak?...Hasil perahan di opis.
Acecehhh ngengada nak sorok² gitew. 
Satu sesi 5oz. Hasilnya tak tentu, average per session 3-5oz. 


 Terus terang.. kekadang aku terlupa nak mengepam. Tau² je breast dah rasa keras macam hape. Huhuhu. So supaya tak lalai, terus set gambo stok susu as wallpaper kat henpon.. tak cukup dengan tu, background image untuk berwasapping pon aku letak gambo yang sama...hehehe. Bukan apa, kekadang bila teralit sangat buat kerja *lah sangat* , asyik terbabas je dari jadual mengepam. Huhuhu which is not gud! Kat opis, aku dah set at least mesti 3x mengepam. Sebenarnyer ikot jadual yang aku sendiri create, seharusnya 4x. Tapi tak sempat. Susah nak memenuhi jadual sendiri. Nak buat benda baik memang ada je dugaannya.


Ok, ni nak share satu cerita yang aku baca hasil dari blogwalking masa tengah berpantang dulu.

Begini kisah nya…

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...



********************************************* 

siapa ada kupon ni? sudilah berikan pada saya ye (^_-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...