Tuesday, April 27, 2010

Sebok nak bagitaw...

Hari ni aku datang opis dengan mata yang bengkak. Nak cover guna eyeliner tak pandai plak. Kompem opismet aku ingat dok bergaduh ngan laki semalam *padahal neber aku yg indian tu yang berperang sakan semalam...haih* ...apa kes plak aku yang over nak nangiskan? Ish terstory masalah rumahtangga orang plak...sorry...ekekeke. Sebenarnya aku nangis coz terfeeling bebenor baca novel Cinta Kau & Aku karya Siti Rosmizah tu. Memula baca memang macam boring...tapi bila dah smpai part dia diceraikan laki dia tuh aku dah tak boleh blah...Sampai kol 1.30 pagi aku dok baca padahal pagi liat nak bangun. Itu pon sebab laki aku dah sound suruh tutup lampu...Cepat² aku tutup lampu coz malu kalau laki aku tengok dok baca novel sampai nangis *padahal dah biasa dah...emo lebih*

Ni nak cerita pasal gathering ngan bebudak cari.com last saturday. Kira ni 2nd time aku bergather dengan bebudak cari.com ni. 1st time dulu masa zaman kegemilangan AF2 kat Pizza Hut, Subang Parade. Kali ni dengan groupies yang lain pulak...port luck gitu...haruslah ada banyak makanan....* woit tembun * peewittt....saja takmo letak gambar makanan bebanyak... nanti ada yang teringin pulak...hehehe

 
presenting my mabeles sandwich...tetiba aku rajen buat mulat² macam ni...


one happy family

Anyway nak bgtaw jugak yang  berat aku dah turun 2kg sejak 2 weeks join aerobik. Okayla kan....tapi aku takmo diukur pada kg...aku mau dilihat pada perbezaan struktur body...hehehehe...owh ya, petang ni ader group discussion lagi pasal online shopping...yeehaa..masyuk masyuk!!! ekekeke...

Monday, April 26, 2010

Untuk yang nak duit extra

Dah pukul 2.30 pagi tapi saya belum mengantuk. Nilah akibat tidur siang. Saya jarang gila tidur siang, tapi tadi sakit kepala. *agaknya tension last week tak habeh lagi kot...wawawa* Nasib le esok halfday pagi...eh esok ape...hari ni le...so bolehlah bangun lambat sket.

Okay di kedinginan pagi ni, saya ada benda nak share ngan kowang. Nak duit extra tak? Jangan risau ia pasti bukan MLM...hehehehe. Sewaktu zaman muda mudi dan bujang trang tang tang, saya selalu la jugak gi join survey atau discussion group ni. Biasanya bila produk baru nak dikeluarkan, Research Company yang dilantik akan membuat beberapa survey berkenaan dengan produk tersebut. Ha masa nilah kowang memainkan peranan. Time ni bolehlah keluarkan idea yang bernas ke, tak berapa bernas ke, nak kondem ke....pendek kata apa2 ajelah asalkan dapat memberi pendapat yang jujur tentang sesuatu produk tu *Dyana you still ingat lagi tak?*...hehehe...lepas dah kahwin, saya stop aktiviti ni sebab busy dengan aktiviti lain plak....aaaueewww *ha pikir apa tu?* ...Kalau survey biasanya token tu takdalah banyak sangat...coz normally dalam 15-30 minit sahaja, oleh itu jawap soalan berkaitan sikit dan dapatlah token dalam RM 40-RM60. Untuk discussion group plak, ha yang ni memang lumayan...dah la dapat token, pastu selalunya refreshment pun disediakan skali. Normally start dari RM100-RM300 untuk 1-3 jam discussion. Paling best skali saya dan husben *time tu tunang* dapat RM 300 sorang utk 2.5 jam survey+discussion. Dapatlah topup untuk beli barang hantaran...hehehe...Tak silap saya masa tu perodua nak keluarkan myvi.

Dan sejak 2 minggu lalu, saya kembali aktif join aktiviti ni. Termasuk untuk discussion hari selasa nanti, dapatlah RM 280 untuk bulan April ni. Okayla kan...bolehlah topup sket duit nak gi bercuti-cutian nanti. Biasanya saya dapat info dari laman web di lowyat.net, parttimejob.com dan asiaparttime.com. Online survey pun saya join jugak. Tapi disebabkan baru lagi, so hasilnya pun takda lagilah.  Bolehlah cuba try test ya. Tetiba ngantuk...chiow....selamat pagi!  



Friday, April 23, 2010

Wednesday, April 21, 2010

Kompaun JPJ naik 333 peratus

Wow dari RM300 ke RM1000 tu. Ewah ewaaaahhh JPJ dah tak cukup duit ke?...bukan diowang banyak buat duit dengan jualan plat² nombor kereta yang berjuta-juta tu ke. Mmm lepas tuh nak naikkan kadar kelayakan umur dari 16 ke 17 tahun untuk mendapat lesen motosikal plak ye. Alamatnya ramailah budak sekolah yang pergi sekolah tanpa lesen dan membahayakan nyawa diowang ni. Pada pendapat aku yang ada # saman speeding yang belum berbayar ni kan...sebenarnya kerajaan Malaysia gagal nak membentuk pemandu yang berdisiplin lagi berhemah supaya tidak sombong, tidak ego, tidak panas baran dan tidak berani tak tentu pasal. Tak kiralah sebanyak mana pun kompaun yang dikenakan sekiranya pemandu itu tak berdisiplin sudah tentu masalah ni takkan dapat dibanteras....ceh tetiba rasa macam buat karangan time sekolah dulu. hehehe....Aku sokong 50-50 aje. Tapi janganlah dengan kenaikan kadar saman ni akan menaikkan rasuah di kalangan penguatkuasa undang²...maklumlah kompaun saman naik diowang pon naik demand plak. Harap kerajaan fikir balik sebelum akta pindaan baru ini dilaksanakan. Saman TAKKAN mendisiplinkan pemandu....dan saman TAKKAN mengurangkan kes kemalangan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...