Wednesday, December 29, 2010

Hareeem...hampeh!

Terus hilang mood nak senyum...senyum pon dah tak ikhlas....camna lah boleh silap...takkan tak double check secara manual. Staff bukannya ramai pon. Dah la dah teradvance bayar sana sini. Dah siap warwarkan nak makan besar 1/1/11 ni. Takkan nak tarik balik....eee geram walaupon amount ku itu takdalah sebesar mereka² itu!!! Nak tengok bola malam ni pon dah takda mood....kena tangguh la guna borang biru asb. Ishhhh anak cina makan pengat, sendiri mau ingat!


Senyum itu sedekah...

 
 
 
 


Sumber: MihwarOnline.com

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

Senyum itu sedekah? Begitu mudah untuk mendapat pahala sedekah tanpa mengeluarkan wang ringgit atau peluh ! Tapi, benarkah senyum itu mudah? Senyum adalah luahan batin. Ia merupakan ciri khas makhluk yang bernama manusia. Manusia mudah jatuh hati pada seseorang yang tersenyum. Senyum juga mampu menumbuhkan rasa gembira, menyebabkan hati menjadi damai. Senyum juga mampu mengusir duka.

Senyum itu mudah? Senyuman yang tulus itu sukar. Senyuman yang dusta juga bukan suatu yang mudah. Oleh itu senyum yang menjadi sedekah juga bukan semudah yang kita bayangkan. Sesungguhnya, " Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan…." (Muhammad Qutb)

Monday, December 27, 2010

Berakhir sudah penantian itu...

Setahun sudah ku menunggu diri mu... Akhirnya kau menjadi milikku...
Rabu, 22.12.2010
  Kwang kwang kwang....punya la lentok layan lagu banduan ni. Gigih aku mengoogle lirik dia okeh.  Mak aku kata ni pokok bawang. Aku tanam bulan 11 tahun lepas. Teruja nak tengok rupa bunganya sebab yang ni bukan dari spisis yang biasa *bunga kaler putih* yang selalu jadik hiasan tepi jalan tu.  
Sabtu, 25.12.2010   Cantikkan?...besar bunganya...tak padan dengan daun dan pasu...hahaha pasu punyalah cinonet. Tetiba excited luar biasa...hahaha. Maklumlah mak suka tanam pokok hijau sajork. Skali tetiba ada bunga, terus rasa ayu....hahahahaha tak larat.  

Thursday, December 23, 2010

Pusara di lebuh raya...


Scary merry ok. Ni buat aku lagi fobia nak naik bas. Fobia konon, sebenarnya aku pening kalau naik bas. Naik kereta duduk belakang pon pening, ni naik bas. Memang mengunyah asam ajalah. Last naik bas masa nak pergi LCCT tahun 2008. Tu pon dah separuh loya, jalan pulak asyik bersimpang-siur. Kalau straight je boleh tahan lagi. Dasar lupa diri sungguh...zaman sekolah menengah ko naik bas sekolah kaler oghen tu ok. Lepas tu masa blajar kat KL dengan bas metro tulah ko merayap ke sg.wang. Ha nak balik kampung sebulan sekali pon naik bas transnasional ok. Owh masa buat partime kerja dekat Isetan pon ko naik bas intrakota ok. Pergi balik naik bas sebab time tu pakai skirt..auwwww *x-boipren ada motor RXZ je time tu* eh sudey, apa aku melalut ni. Okay ni aku ada snap gambo bas. Ceh macamlah kowang tak pernah tengok bas kan....hahahaha... ni salah satu kesalahan di highway. Bas di laluan laju. Kalau time operasi, aku amik gegambo ni pastu anto kat JPJ leh dpt RM50 oooo....tapi peliklah asal aku nak amik gambo je mesti bas tu berubah dari fast lane ke lane tengah....hahahha. Okaylah di mana saja anda berada, kenderaan apa jua yang anda naiki hatta berjalan kaki sekali pon, sentiasalah berhati-hati ok. i love u all...


Bas Suasana Edaran yang sangat kaya. Plat no mesti no 6,66,666,6666...
huh sapakah tokeynya?

p/s : aku tengah makan hati ngan laki aku ni. bawak keta laju sokmo. tak serik dengan bayar saman speeding beribu beriban....kekadang aku plak tukang tekan break ok.

Wednesday, December 22, 2010

Rindu rindu Rindu!!!

 
 
 
 
 

di akhiri dengan gambor scratch di hidung...hehehee

 

Friday, December 17, 2010

Enjet² semut sapa sakit naik atassss...

Hehehe tak boleh tahan akhirnya ku tonton jua lunch tadi. Show pukul 12.05 dan habis pukul 1.45. Cerita yang simple tetapi penuh dengan mesej tersendiri. Aku suka...4/5 bintang ku bagi. Sequel dari Zombie Kampung Pisang, tapi pada yang tak tengok ZKP pon takde masalah sebab ceritanya takdelah relate to ZKP sangat. Beberapa watak lama dikekalkan dan watak baru diwujudkan. Perkampungan pun masih di tempat yang sama...kalau inspektor Chinohon(Lan PetPet), Deris (Que Haidar) dengan Mat Karen (AC) ada mesti lagi best. Tapi yang paling lawak kurasakan time Abi Hurairah (Johan) buang ayor besor sambil dengar radio pastu pakai tudung saji nak menutup tuuutt....klakar gila ok. Yang part tok bomoh tersalah menurun tu pon scene best. Sampai hantu nangnak dengan hantu kopek datang...hahaha...Aku tak pandai review cerita, so kowang gi tengok sendiri ya...pasti tak rugi!

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Time aku tengok tadi time solat jumaat. Tapi ramai juga ehem yang dok tuang...opsss! Lepas tu ada yang bawak baby, mungkin baya Alany. Bila dah tutup lampu tetiba nangis...tapi sekejap je. Maka di sini aku rasa tak berapa sesuai lagi nak bawa Alany pi tengok wayang. Walaupun Alany selesa dengan keadaan suram², tapi sound system yang agak kuat tu takut buat dia terkejut dan merosakkan sound system dia plak nanti *bak kata laki aku*...hehehe...sekiannn...

Alany at 6 months...

Sekejap je CintaHati dah 6 bulan. Puk pak puk pak dah nak jadi anak dara gitew...cheewah! Mari kiter tengok perkembangan si cumil ini *sapa lagi nak puji anak sendiri :p*
  • Berat 6.5kg dengan ketinggian 70cm.
  • Pusing2 dah expert banget. Kena pantau selalu coz pernah didapati guling2 masuk bawah katil
  • Tengah semangat pektis nak merangkak...montot dah naik tapi dada tak terangkat lagi
  • Cara tido terkini adalah meniarap 
  • Sudah start berjaga sekali dua hampir setiap malam. Merasalah mama dan papa skarang ni...hahaha
  • Dah pandai genggam2 jari bila nyanyi lagu cak cekur udang gamit *hangpa taw ka?*
  • Suka menjerit. Lagi ditegur lagi menjadi
  • Suka tolak² pintu kabinet tv...dah la sliding, lagi senanglah menolak...bahaya dow
  • Telah dikenalpasti tak berapa suka makan sayur. Peberet adalah bubur nasik+epal atau kentang
  • Alany ada eczema...huhuhuhu.

Jom layan video klip ini...Amaran jangan buka volume kuat²..anda pasti tahu akibatnya

    Wednesday, December 15, 2010

    Dinner treat @ Red Wok

    Semalam adalah sangat choatic. It's almost 8pm dan aku still di opis okeh. Rasa nak nangis bila diserahkan kerja bertubi-tubi *huh ayat tak hengat*. Kebetulan enchek DC on emergency leave, jadinya segala tugas dipikul sowang² *nangis*. Pembuka posting kali ni adalah luahan perasaan semata-mata. Okay kita lupakan semua itu, jom kita enjoyyyy.

    kreatif....

    Owh sangat terbayang kesedapan bangkok tomyam di sini.  Kalau dulu mencuba ala-carte, kali ni plak kita layan steamboat. Tonite dinner was on my BIL, abg lan. Gebang tak hengat dekat pukul 12 baru tringat nak balik....hahahaha
    Ada 3 jenis sup untuk steamboat iaitu sup tomyam, chicken dan herbal. Sos plak ada sos cili ala thai dengan sos cili hijau yang sangat menyegat ke menyegit ntah. Tengik hidung bila makan...hehehe.
     ice cream for desserts. cik nana sebagai model

    very wide selection

    Aku bagi 3/5 star la ye. Rasanya biasa² aja. Tapi orang lain aku tengok tak stop² pon menambah. Gamaknya penat sangat kot terus hilang selera nak makan. Kalau hari² penat gini boleh kurus mak taw...hehehehe

    Arissa, Alany & Hadif

    1st time duduk kat baby chair...teruja sungguh

    Anak² merangkap babysitter..hehehe

    Eh, mak bapak buat apa???...... Takkan cuci pinggan kot....jengjengjeng
    ..
    ..
    ..
    ..
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .


     Owh bergambor romantik² rupernye.....tapi ada lagi...
     .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .jenuh la scroll  ye....(",)
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    muncung pasangan manakah paling seksi?... hahaha.....sporting gila! 


    Tuesday, December 14, 2010

    Ce citer Ce citer....

    Tak boleh nak cerite lagi sebab belom tengok *orang lain udah siap repeat ok*.  Bebenornye teman nak tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah ....jom laaaaa kome..Teman ni suka benor tengok Awie blakon citer roper ini. Cerita Tragedi Oktober teman tak suka ye.  Geng tengok wayang tengah peknen. Jadinye jangan cari pasal nak ajak  tengok cerite roper ini. Nak gi ngan husben, sapa plak nak jaga Alany. Kalau bukan cerite roper ini *ala² antu seram* nak jugak try bawak Alany.

    Teman sukalah kat idea Mamat Khalid ni. Dari Man Laksa, Zombie Kg Pisang....tak lama lagi Zombie Kilang Biskut plak....cerite ceriti yang boleh menghilangkan stress gitu. Cam cerite Zomba tu, sampai dah lebih 5 kali tengok, tapi tak pernah jemu pon.....hahaha zomba zomba...zombie lah!..ekekeke dialog pon leh hafal.

    Okaylah sebenarnya nak tanya, korang ada ke test bawak anak² masuk cinema? Moh share sket bleh?...Ceciter ceciter....tengok movie trailer pon teman dah tangkap syok! Owh Kak Limah....

    Monday, December 13, 2010

    Wednesday, December 8, 2010

    Paksa sangat² nak tengok gambo Alany berbaju kurung, nah hambek tapi sikit je sebab time ni aku migrain giler babas tahap mata jadik merah...


    Eh tetibe leh taip kat tittle plak....hambek ko berjela title aku...hehehe...gambo dari official photographer tak dapat lagi laa....layanzzzzz....

    Yeay dapat angpow dari atok n opah!!!

    Yang berkhatan adalah 2 orang yang dari kiri ya..bukan 2 dari kanan

    Alany dengan muka baru bangun tidonya

    Kaum kerabat
     Kawan opah *bukan makcik tersebut*

     Marhabban

    Opah² sedara

    Ditimang Opah Ngah

     Papa je la handle, mama dah tumpo

    Gambor last b4 aku terbaring kemigrainan

    Mengumbirakan hati orang nak berkhatan..alhamdulillah dah selamat...mesti kejap je tengok diowang dah besau tinggi nanti

    Sakit apa paling sakit...?

    Interpretation : Endometrial Cyst (left ovary)
    An-Nur Hasanah First World Resort at 3D2N dengan kos RM 11,904.77 claim kat insurans...:D

    Ramai yang konpius operation apa yang aku lakukan tempohari. Kalau tak kena kat aku, harus aku pon turut tak ambil tahu juga. So di sini aku nak share ngan kowang ye. Refer kat post laparoskopi dan endometrioma.

     Gegurl yang happy mama dah sihat

    Syukur Alhamdulillah, everything nampak baik hasil dari pemeriksaan bebaru ni. Benang jahitan pon dah tercabut sendiri. Oh ya aku perlu dimonitor selama 6 bulan. Dan selama 6 bulan itu juga aku harus mengambil injection Provera *kalau tak silap* di perut untuk menahan kitaran haid. Dan selepas itu Alany harus cecepat jadik kakak sebagai pencegahan untuk aku kembali period. Ini kerana cyst yang telah dibuang itu boleh menjadi semula selagi aku di datangi haid. Sadis sungguhkan

    Pic di atas adalah gambaran terbaik dan senang difahami.
     
    CintaHati kami

    Best pulak rasa tak kena period ni. Takde la tetiap bebulan mengigil menahan sengugut. Mmm mungkin aku kena makan BIDADARI semula...Memang serasi dengan aku, tapi aku gi stop plak. Lepas ni nak order baliklah...Opsss inilah masanya nak wat puasa ganti...ye² takmo tangguh lagi....insaf! Tahun 1431H bermula dan berakhir dengan penuh ujian buat kami. Semoga tahun baru ini memberi sinaran baru buat aku sekeluarga....amin!

    Thursday, December 2, 2010

    Sentap!

    Huh sampai hari ni aku rasa tak besh lagi. Alkisahnya kenduri last week, jumpa la jiran² tetangga kat rumah mak aku tu. Salam² depa, ada yang aku still ingat dan ada gak yang aku ingat rupa tapi nama dah lupa...jadiknya dialog aku "apa khabar makcik?"...ha itu aje laaa. Kang sembang pepanjang kantoi pulak. 

    Nak dijadikan cerita, aku perasan ada sowang makcik ni dok makan kat dalam rumah  *masa tu yang makan dalam rumah sedara mara aje*....kira tak kisahlah coz mungkin kat khemah tu dah takde tempat kosong. Aku punya la dok nak ingat sapa makcik ni ye...kot sedara tapi aku tak kenal ke, jiran mak aku ke...memang aku tak cam langsung. Dah la asyik ushar aku *tetibe mak perasan glam u*...Suddenly makcik tu datang kat aku, dia tanya kenal tak. Dalam kepala terus terpikir kot mak ex-boiprenkah hahahaha. Aku pon cakap mintak maaf makcik, tak berapa nak ingat. Padahal memang tak cam langsung...seriusss!...Pastu dia tanya lagi betul tak kenal, aku senyum aje laaa...Terus dia kata tak kenal sudah sambil blah camtu aje...Aku perhati je makcik tu sambil mulut dia cam mengomel. Adoiii sudah...apa kes! Aku cecepat tanya mak aku makcik tu siapa. Rupernya makcik tu ustazah kat sekolah masa aku sekolah rendah plus aku selalu tumpang kereta dia pergi sekolah dulu....rasa nak kejar je makcik tu time tu...memang aku tersentap habes bila makcik tu blah camtu aje. Rasa bersalah pon ada. 

    Semalam aku kol mak aku, cerita lagi skali kisah ni. Sebab aku rasa tak besh la sangat. Aku mintak mak tolong cakap kat makcik tu aku mintak maaf, mak aku nak bagi phone no suh kol sendiri, tapi aku segan...siyes memang aku sentap sangat. Harap makcik tu takde la kecik hati ke apa eks...nak cakap aku sombong ke, lupa diri ke takpa...tapi janganlah sampai kecik ati bagai...huhuhuhu

    Tuesday, November 30, 2010

    4 in 1...




    Friday, November 26, 2010

    Alany at 5 months...

    Aduhai punya la lupa nak mengupdate. Lepas ni kena punctual bila nak update pasal Alany. Kalau ditangguh nanti banyak yang lupa plak.
    • Berat naik 3.12kg sejak lahir
    • Dah boleh roll over dan mengesot ke depan blakang...montot pon asyik terangkat je tapi dalam a few seconds ajelah lepas tu tergolek.
    • Telah didapati  meniarap atas rocking chair..scarry huh!
    • Dah kenal orang terdekat. Pada yang jarang jumpa mulalah buat pandangan daring...eksyen sungguh rupernyer...tapi bila orang nak dukung hulur tangan saja
    • First solid food adalah puri pisang DOLE yang dimakan di Everly Resort...wah (",)
    • Paling suka bukak baju...tapi bila nak pakaikan punyalah susah..siap lentok2 badan takmo pakai...nak change diaper pon cam berperang
    • Kuat menjerit...alahaiiii....
    • Suka menyumbat apa saja dalam mulut. Perlu monitor every second. Kalau tak tu bantal/bib/toys memang basah aja la kene isap.
    • Tak suka pegang botol susu
    • 1st time demam agak teruk masa papa outstation. Luluhnya hati mama tengok Alany 3 hari berturut kena amik darah coz suspected denggi.

      Wednesday, November 24, 2010

      Alany kan...dia kan.....

      Yeay congrats to my Alany Sufiyyah. She is now more convenience to seat in her car seat at the back.  Even ianya convertible, tapi disebabkan kereta ada air bag, maka better safe than sorry. Dan syukur Alhamdulillah Alany sangat behave even duduk sensowang kat belakang tu. Iyerr betul, kami biarkan Alany sensowang dekat belakang... Dah macam mem besar lagaknya....

       Muka mama yang sangat sembab...ngantoks giler!...Nampak tak Alany kat belakang tu..?

       Kita zoom sket....
       
      Hepy sangat sebab dapat duduk depan. Aku ni sebenarnya selalu pening kalau duduk belakang...lepas tu migrain pon datang la...hahahaha...So sekarang mama dah bleh berpegangan tangan atau main letak² tangan kat peha dengan papa dalam keta...hahaha...don't tell me kowang kalau duduk depan pon takda  buat macam ni ya....:p ...

       Auwwww tangan siapa putih?...hahahaha

      Oleh itu, kitowang celebrate dengan bershopping sket untuk Alany. Mak bapak yang lelebih sedangkan Alany tak paham apa pon...hehehe...takpe la, ni kira as appreciation. Dah boleh jadik kakak ni...eh tetiba...hahahaha...

      Jengjengjeng...cuba teka apakah isi kandungannya...Yang pasti tiada kena mengena dengan produk avent

      Hasil rembatan di myBBstore

      Ni saja ngetest. Everytime pergi babyshop mesti nak test...tapi tak beli pon...mahal sangatlaaaa...tapi kiyutkan...geram je.

      Owh ya, entry yang aku sebok nak cari blender tu, akhirnya aku dah beli blender yang agak menepati citarasa aku...iaitu nak yang murah...hehehehe. Akhirnya aku beli blender jar je...time memilih tu la tetiba terfikir, why not beli blender jar ajer....murah tak sampai RM30 pon...hehehe i like! Dah selamat guna pon...setakat ini berbaloi-baloi....:p



      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...