Thursday, February 24, 2011

Mengidam..


My niece teringin sangat. Kebetulan dia tengah cuti sem, jadik bawaklah ke Nailis. Aku suka pergi yang kat Sentul, happening habeh.. tapi susah nak parking. Kat Ampang kureng sket, kat USJ tak pernah pergi lagi. 

 Terbaekkkklah. Ubi rebus yang dicicah dengan sambal tumis dan kelapa parut. 
Dulu RM3.50, skarang sudah RM5 okay.

Cucur juga wajib dioder. Sedap weh. RM6 memang banyak. Kat gambor ni dah 
tinggal suku je. hehehe.. time² hujan ni lapor ajeeeeee.

Wednesday, February 23, 2011

Ingin ku petik anggur² itu

Ni antara wishlist 2011 aku. Cheewah wishlist katanyerr. Aku nak sangat pergi ladang anggur ni. Konon nak pergi masa cuti CNY hari tu. Tapi sebab terpaksa bekerja, maka tak jadilah. Bila gamaknya chek pyan nak bawak pergi ya...? Aku ingat nak suggest kat boss, untuk family day tahun ni kita pi Tasik Beris. Geram tak?....owh gambo sumer gugel ye. Kalau dah pi sana nanti aku posing baik punyer dengan anggur² sekalian.



Tuesday, February 22, 2011

Bergumbira di Splash Park, The Mines


 Tetiba rasa nak nyanyi lagu  ♫ jom jom jom... kita heboh heboh ♫  hehehe.. apa kes?

Okay bertempat di The Mines, free sajork. Okayla not bad tempat ni. Hey free ok, so apa ko suspek? Bolehlah bawak anak bergumbira. Takpon mak gi shopping, bapak dok sini jaga anak. Ni 1st time kitowang datang sini. Pakat pergi ngan kakak aku, tapi dalam 20 menet aku sampai, kakak aku nak balik dah. Aku lambat sikit sampai sebab pergi An-Nur dulu. Padahal aku yang janji kol 2 kat situ.. hehehe.


Gigih mak pi Isetan nak beli floater ok. Kan dulu aku ada tanyer hal² baby nak mandi kolam ni. Alany punya yang kaler kuning tu. Ye la anak mak pompuan uols, kaler tu je pon yang ada, menjerit dia tkmo dok dalam tu. Rupernya berkenan kat yang kaler pink ada gambo² princess bagai. Sudahhhhhh!!! Nasib baik tu Arissa punya. Buatnya orang lain punya tak ke segan mak. Amboi cintahati aku ni, siap berkayuh-kayuh lagi kat dalam air tu. Cam dah expert sangat gayanya. Untuk 1st timer, dah kira terer laaa.. sebelum ni aku celup² je Alany dalam pool.


Alany belum berbikini lagi. Tunggulah dah jalan esok baru mama beli ye. Kuak kupu², kuak rangkak, kuak duduk semua skill keluar.. hehehe. Enjoy sangat rupanya... ecececeeeee memula nangisss..:P


Yang Arissa ni berani sangat. Ke main lagi dia siap nak baring² dalam air tu. Pastu asyik nak minum air plak. Adoi jenuh abang Danish mengejar adiknya.


Ada satu kejadian ngeri berlaku di sini. Nampak tak tong² air kaler kuning, merah, hijau tu? Ala yang bila air dah penuh, tong tu akan curahkan air tu.. haaaaaaaaaaa ekekkekeke aku gelak dulu. kwangkwangkwang.. tengah syok aku snap gambo Alany, tetiba aku lenjun separuh badan. Wakakakakakakakaaaaa gelak lagi. Malu mak nokkkkkk! Rasa nak buat² pengsan terus. Ya rabbi, malunya weiiii. Terus ambil Alany bawak pi changging room. Alamak dryer takde plak. Hmm nasib lah baju kaler pepel, jeans kaler gelap. Memang tak nampak lah. Tapi tudung mak kuyup uolss.. Kemek melekat je kat dahi mak ni. Hahaha.. gelak sesikit dah laaa...over la kowang!


Dah siap bilas, tukar baju semua Alany melalak cam tak puas. Nasib baik aku ingat tips dari besan. Prepare susu so that bila melalak leh bagi susu. Tengok la muka Alany masam mencuka je. Takpela sayang, nanti kita pergi lagi kay.  Eh kowang pon kalau free² boleh la ke sini ye.

Friday, February 18, 2011

Yeay! dapat lagi...


Aku kan suka join survey² ni. Di alam nyata mahu pon di alam maya..hehehe. Anyway, hari tu ada dapat kad iTalk RM20 .. taktaw nak guna camna.. ada sesapa nak? Pendapatan dari menjawap survey kena income tax tak?..euuuwwww...

Wednesday, February 16, 2011

1st time buat cupcake

Projek hari ahad lepas. Produk baru keluaran NONA.  Sedap!. Aku wat sebijik cam dalam gambo tu..takde la nak berhias bagai.. kata first time kan...hehehe.. 
ada muffin, spong cake.. etc.

 Senang je.. dah ada yang senang buat apa nak shushah² betul tak *ke malas?* 

Lupa nak snap gambo hasilnya. Ni je yang ada.. 
Tapi laki aku tak berapa suka yang instant ni. Maka semalam direquestnya buat marble cake macam aku slalu buat *slalu ke?*. Buat colourful, skali terlebih kaler hijau.. pas makan terus jadik hulk.. hehehe..

Wednesday, February 9, 2011


Gelabah kentang aku pagi tadi. Alany melalak takmo duduk kat carseat. Tak penah lagi dibuat perangai macam ni. Time² papa tkdo ni la nak buat perangai. 
Bagi toys semua campak bawah. Bagi botol susu pon campak juga. Nasib tak bagi handphone.. hehehe. Pas dukung balik sambil pujuk² tengok pokok mama, barula senyap. Sepanjang perjalanan lebih 40km tu aku dok menyanyi tepuk amai², bulat kecil bulat besar....hahahaha.. 
At the end, aku sampai opis kol 9.30...dush! 

Tuesday, February 8, 2011


Aku sebenarnya tengah geram... sedih sangat. 
Aku benci betol bila orang saja cari pasal. 
Cukup² lah.. kitowang tak ganggu kome, kome pun senyaplah.. 
kome jugak yang untungnya pon. 
Lainlah laki aku nak tuntut hak dia.
Aku benci bila insan yang aku sayang disakiti. 
Haaaa aku memang tak boleh....koooo tu keeecikkkkkkkk je aku tengok skang ni!!!

Monday, February 7, 2011

Happy 8 months Alany Sufiyyah!!!

The biggest enemy to me right now  adalah TIME / MASA / WAKTU. Can you move slower please.. kejap je dah 8 bulan.  Skarang ni rasa tak terkejar dengan perkembangan Alany. Sebolehnya aku tkmo miss langsung. Kalau boleh serba serbi setiap progress tu nak depan mata aku je dan aku orang pertama yang melihatnya. Jom layan gambo. Owh sangat mencabar nak snap gambo Alany skarang. Tak boleh nak 1..2..3..smillllleeeeee...kalau buat camtu kompem gambo muncung tu yang dapat...hahaha..kena amik gambo curi. Dah pandai nyakat mama plak ye. :D

 Dah boleh duduk tegak

 Merangkak ke main laju lagi.. tunduk² sampai tersondol pintu..ekeke

Asal ada tempat nak berpaut, mesti nak berdiri. Seriaunya aku. 
Siap sebelah tangan dok babai kat aku ok.
Pro sangat gayanya. Aku notis Alany jenis tak takut, asyik nak mencuba je.

Kekerapan mengigit sana sini, rupanya dah tumbuh gigi. Skali tengok dah 2 
batang naik. ..cumil je giginya...eee geram!

Wednesday, February 2, 2011

Cuti hari wilayah

Bila mama tengah membaca, Alany akan sebok tarik buku atau majalah mama. Jadiknya semalam kami ke One Utama. We spend time dekat MPH. Asalnya saja nak jenjalan since belom celebrate our 5th anniversary. Lambat sket akibat kebizian melampau sehingga plan nak cuti² malaysia terpaksa dibatalkan.. huhu.. Okaylakan better late than never.. Jalan², makan², shopping sikit² itu saja.. Anyway, we had a great time ☺






Malaaaaaaas sangat! Sepatutnya time ni aku sedang berpangkoran sambil dihembus bayu² laut. Namun hakikatnya aku still kat opis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...